CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Awas! Ketagih Internet Punca Kematian Tisu Otak Dan Hilangkan Rasa Malu Di Kalangan Remaja

25-9-2020 01:09 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4027| Komen: 6

Description: Siapa yang tidak kenal Mark Zuckerberg iaitu pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook yang...

Gambar sekadar hiasan



Dalam kehidupan zaman serba moden sekarang ini, penggunaan gadget dan internet dalam kehidupan seharian menjadi sebahagian perkara wajib bagi hampir setiap manusia di dunia ini. Tidak keterlaluan jika dikatakan setiap 15 minit pasti anda akan memegang gadget dan menghabiskan masa dengan pelbagai aplikasi internet masakini. Betul tak?

Namun perlu ada tahu, sebuah kajian di China mendapati penggunaan Internet secara berlebihan oleh golongan remaja boleh menyebabkan otak mereka mengecut, lapor sebuah akhbar.

Kajian berkenaan yang disiarkan jurnal sains, PLoS ONE menyatakan, kematian tisu otak berlaku di kalangan remaja yang ketagih melayari Internet.




Keadaan itu boleh membawa kepada kemerosotan daya tumpuan dan ingatan selain mengurangkan perasaan malu golongan remaja untuk melakukan perbuatan tidak sihat. Kajian tersebut melibatkan penggunaan mesin pengimejan resonans magnetik (MRI) untuk merakam imej otak 18 pelajar universiti berusia 18 tahun yang melayari internet selama 13 jam sehari, enam kali seminggu.

Kumpulan penyelidik berkenaan membandingkan imej MRI tersebut dengan imej MRI kumpulan pelajar yang melayari internet cuma dua jam sehari.
Selepas perbandingan dibuat, mereka mendapati korteks atau bahagian kelabu pada otak 18 pelajar yang ketagih Internet itu mengecut berbanding rakan mereka yang kurang melayari internet.



"Kajian kami membayangkan ketagihan Internet pada jangka panjang boleh membawa kepada kemerosotan struktur otak," kata kumpulan penyelidik itu.
Bahagian korteks otak berfungsi untuk memproses ingatan, emosi, pertuturan, penglihatan dan pendengaran di samping mengawal pergerakan anggota manusia.

Kajian itu dilakukan oleh sekumpulan pakar neurologi dan radiologi beberapa universiti dan hospital di China. Dianggarkan seramai 24 juta remaja negara berkenaan ketagih melayari Internet.





Bayangkan pula anak-anak kita yang masih kecil dan bersekolah kini mula ketagih dengan gadget yang kita sendiri berikan kepada mereka hanya untuk "mendiamkan mereka" supaya "tidak mengganggu kerja harian" kita. 

Fikir-fikirkan sebelum terlambat, mungkin kesannya belum nampak tapi dalam jangka masa panjang pasti akan memberi kesan negatif jika tidak dikawal dengan segera. - CARI


1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shark 25-9-2020 08:46 AM
ketagih porno lagi parah..
Quote husna_amal 25-9-2020 11:23 AM
Dari kanak2 sampai kedewasa yang ketagih internet ni. Hidup tak lengkap lagi2 bila putus line.
Quote dua_chzy 25-9-2020 02:42 PM
Artikel tahun 2009 da.
Quote Belibis 26-9-2020 08:26 PM
Adakah zaman bang non remaja dah ada internet?hinggakan takde malu kemaruk nk jadi pm.
Quote puanbintang 28-9-2020 02:51 PM
zaman ni semua duk ketagih dengan internet je dah, xde line rasa macam nak campak je enpon..huhuhu..
Quote Artemesiaa 28-9-2020 04:48 PM
Apa2 yang berlebihan pasti memudaratkan

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:37 AM GMT+8 , Processed in 0.063732 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top