CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Mana Ada Merajuk' - Faye Kusairi Tetap Aktif Berlakon Walaupun Hamil 4 Bulan

13-7-2020 03:49 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 8134| Komen: 30|Original author: Oleh: LilRose

Description: Wah! Diam tak diam, rupa-rupanya sudah empat bulan Faye Kusairi hamil anak kedua.
Wah! Diam tak diam, rupa-rupanya sudah empat bulan Faye Kusairi hamil anak kedua.

Pemilik nama sebenar Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi itu bagaimanapun tetap aktif di set penggambaran.



Kredit foto: IG 

"Alhamdulillah, saya kini hamil anak kedua. Bagaimanapun, saya tetap bekerja apabila terbabit dengan penggambaran drama Keluarga Pasar siaran RTM. Sebelum ini, saya baru menyelesaikan penggambaran drama bersiri, 7 Hari Mencintaiku 2 yang kini sedang disiarkan menerusi slot Akasia, TV3.

"Jujurnya, saya mengalami alahan lebih teruk, berbanding hamil anak pertama. Bagaimanapun, mujurlah ketika fasa trimester pertama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jadi saya duduk di rumah berehat sahaja.

"Saya hanya kembali bekerja apabila aktiviti penggambaran dibenarkan. Keadaan saya bertambah baik, tetapi bohonglah jika cakap tak penat. Penat juga, tetapi tidaklah teruk sangat. Semuanya baik-baik sahaja ketika penggambaran," katanya kepada BH Online.




Faye juga menolak dakwaan segelintir pihak yang mengatakannya merajuk apabila kerjaya seninya dilihat agak perlahan.

"Saya masih berlakon, cuma belum ada naskhah yang 'outstanding' membuatkan penonton nampak saya.

"Saya juga tidak merajuk seperti diperkatakan, cuma jadual agak padat dengan perniagaan yang diusahakan sejak April, tahun lalu.




"Ada sahaja tawaran lakonan yang diterima dan saya tak pernah pilih naskhah. Jika tawaran bersesuaian dengan jadual, saya terima. Jika tidak, saya terpaksa tolak," katanya. - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 13-7-2020 03:56 PM
Aku je ke yg tak kenal dia siapa?
Quote nazzse 13-7-2020 03:57 PM
Scene gaduh jah 7 hari mencintaiku tu..
Nasib baik tak follow yg 1st dulu, yg ni pun tak payah follow lah
Quote buragazz 13-7-2020 03:57 PM
Dia ni akak dak Kenit kan & hari mencintaiku 2..
Quote chinta89 13-7-2020 04:00 PM
tak pernah minat dia ni dari free hair sampailah bertudung, xde aura..

popular sb rampas laki Elly mazlein je pun....
Quote umbut 13-7-2020 04:12 PM
Muka x komersial. Dok umah jaga anak je lah
Quote shark_eow7 13-7-2020 04:36 PM
chinta89 replied at 13-7-2020 04:00 PM
tak pernah minat dia ni dari free hair sampailah bertudung, xde aura..

popular sb rampas laki Ell ...

hehe.. scroll komen tengok dia ni rampas laki sape. lupa dah pasal dia ni.
Quote rosmahisham 13-7-2020 04:39 PM
X phm mcmana leh jd heroin..muka biashe2 jer
Quote husna_amal 13-7-2020 04:47 PM
Watak yang dia berlakon pun biasa2 je selalunya.
Quote mieymiey 13-7-2020 05:01 PM
Bukan heroin material.
Quote dewi_rina 13-7-2020 05:46 PM
Wow ni baru betul anak PKP.. duduk rumah 3 bulan, sekarang mengandung 4 bulan
Class kau kak !
Quote RatuDunia94 13-7-2020 08:43 PM
Ngarut je drama 7HM tu.. syakila masih x bertaubat.. then boleh diberi muka lg.. apooo???
Quote salamon 13-7-2020 09:35 PM
kau sape nak merajuk bagai?! retis sendu je pon
Quote cruz2 13-7-2020 09:44 PM
Tp dia berlakon not bad.rasanya kisah kurang best didengar cuma kes dia&azmi vs kak lina pom pom.selain tu rasanya low profile jer si faye ni
Quote eizarz 13-7-2020 09:58 PM
Kaki caras ni.....







Quote eizarz 13-7-2020 09:59 PM
Kaki caras ni......,







Quote putericahaya999 13-7-2020 10:13 PM
Istikharah cinta je dia jd heroin
Quote timah03 13-7-2020 10:35 PM
eizarz replied at 13-7-2020 09:58 PM
Kaki caras ni.....

Tapi, masih boleh keluar TV.....
Yang si jering sampai ke sudah tak keluar TV lagi ni....
Quote kiah_mai_pulak 13-7-2020 10:39 PM
dh tu kita semua nk kena mggelabah teksssss ke tak ni dgr kau tak merajuk???
Quote nazzse 13-7-2020 11:55 PM
RatuDunia94 replied at 13-7-2020 12:43 PM
Ngarut je drama 7HM tu.. syakila masih x bertaubat.. then boleh diberi muka lg.. apooo???

Tau tak pe..Apa benda lah novel ni, laki penyabar gila bini perangai mcm setan.. Gaduh merajuk baik, tak sampai 5 minit gaduh lagi, apooo..
Iols suka tengok kawan Kushairi tu je, handsome..tawar hati dgn Nadya pun comel...hehee

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:02 AM GMT+8 , Processed in 0.203105 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top