CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Diana Dianielle Danny Beeson Hanya Ada Empat Memori Bersama Bapa

13-7-2020 09:01 AM| Diterbitkan: kp5x| Dilihat: 65633| Komen: 428|Original author: Oleh: kp5x

Description: "Saya rasa ada empat sahaja memori dengan ayah dan saya akan pegang memori tu sampai saya mati."

Kredit foto : Instagram Diana Danielle

"Saya rasa ada empat sahaja memori dengan ayah dan saya akan pegang memori tu sampai saya mati."

Pelakon Diana Danielle berkata demikian ketika berkongsi mengenai bapanya yang menghilangkan diri secara tiba-tiba.

"Kami dulu selalu main dekat pantai. Lepas tu, dia selalu buat-buat baring macam dia dah tak ada. Jadi, saya lari dekat dia dan panggil daddy! daddy! bangun, wake up.

"Selepas itu, dia juga pernah ajar saya macam mana nak ikat rambut, nak ikat tali kasut dan ada memori yang dia pesan piza banyak-banyak dan hanya saya dan dia sahaja yang habiskan berkotak-kotak piza itu.


"Saya akan ingat betapa banyaknya kasih sayang dia curahkan pada saya walaupun sementara, tapi saya tahu dia sayang saya. Daripada situ saya bawa sayang dia tu sampai saya jumpa Farid," kongsinya dalam rancangan Astro, Rumah 107.


Kredit foto : Instagram Diana Danielle

Pernah menjelaskan mengenai status bapanya di laman Instagram hampir setahun yang lalu, Diana berkata bapanya, Danny Beeson menghilangkan diri secara tiba-tiba dan walaupun dia tahu di mana bapanya berada, mereka tidak pernah berjumpa kerana bapanya menolak untuk berjumpa dengannya.


Kredit foto : mStar


"Bukan saya yang tak nak dear, dia yang tak nak," jawabnya kepada peminat yang bertanya. - CARI
2

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
4

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JiEunTak 13-7-2020 09:14 AM
Kesian nya dia nih...
wpun farid mcm2 hal but I believe dia sangat sayangkan diana nih....
moga diana dilimpahi kasih sayang yg x berbelah bagi...
Quote djzara81 13-7-2020 09:15 AM
Kesian kt DD. Tak dpt nk imagine the lack of father presence in her life. But now DD dpt FIL yg sgt baik & penyayang. Hopefully her marriage last forever.
Quote RatuDunia94 13-7-2020 09:17 AM
Tp ok lah.. ko xde bapak tp ko ada genetik kokosen yg membentuk muka ko jd cantik dee oi.. berapa ramai manusia sanggup berhabis duit nk memiliki kecantikan ko..
Quote nisako 13-7-2020 09:30 AM
sian ayahnye x nak jumpa dd ni.................
Quote doubleA 13-7-2020 09:33 AM
Kenapa la bapak dia tolak nak jumpa tu, camana pun tetap anak sendiri

Semoga dd bahagia selalu
Quote Themilo 13-7-2020 09:41 AM
bapaknya yang kokesyen or maknya yang kokesyen? sorry, tak pernah tahu her history.
Quote ashcroft86 13-7-2020 09:49 AM
RatuDunia94 replied at 13-7-2020 09:17 AM
Tp ok lah.. ko xde bapak tp ko ada genetik kokosen yg membentuk muka ko jd cantik dee oi.. berapa ra ...

Come on babe. Kasih sayang tu tak terbeli kot. Ak rasa klu die boleh trade kehadiran bapak dengan rupa dia tu, for sure sheols will do it in a heartbeat kot. Mana nak dpt kasih sayang dari bapak sendiri.
Quote iena_jr 13-7-2020 09:52 AM
Bapak dia kawen malay juga kan tak silap. Ada anak perempuan pun muka macam dia. Ada org pernah share fb bapak dia dulu.
Quote anony-mous 13-7-2020 09:53 AM
RatuDunia94 replied at 13-7-2020 09:17 AM
Tp ok lah.. ko xde bapak tp ko ada genetik kokosen yg membentuk muka ko jd cantik dee oi.. berapa ra ...

Setuju komen ni
Quote MFR_IN 13-7-2020 09:54 AM
Themilo replied at 13-7-2020 09:41 AM
bapaknya yang kokesyen or maknya yang kokesyen? sorry, tak pernah tahu her history.
Pernah menjelaskan mengenai status bapanya di laman Instagram hampir setahun yang lalu, Diana berkata bapanya, Danny Beeson menghilangkan diri secara tiba-tiba dan walaupun dia tahu di mana bapanya berada, mereka tidak pernah berjumpa kerana bapanya menolak untuk berjumpa dengannya.
tu ckp nama apak nya..mak nya malay.
Quote Lailerthee 13-7-2020 09:55 AM
Kesian dia ni. I doakan hati bapa dia terbuka la nak jumpa anak dia ni blek
Quote cmf_premierleag 13-7-2020 09:59 AM
kesian DD ni
muka cantik mcm dia ni ekceli x layak utk FK yg perangai mcm hangsuang
Quote Banananaa 13-7-2020 10:20 AM
Themilo replied at 13-7-2020 09:41 AM
bapaknya yang kokesyen or maknya yang kokesyen? sorry, tak pernah tahu her history.

Bapaknya american, maknye org taiping
Quote Suchi 13-7-2020 10:20 AM
Edited by Suchi at 13-7-2020 10:22 AM
iena_jr replied at 13-7-2020 09:52 AM
Bapak dia kawen malay juga kan tak silap. Ada anak perempuan pun muka macam dia. Ada org pernah shar ...


Yup, ada je fb depa tu. Bukan orang yang dedahkan tapi bapak dia dia sendiri yg dedahkan. Takpelah isu lama.
Quote nanasno 13-7-2020 10:20 AM
la iols ingat bapa dia dah meninggal. sheols selalu cakap ada memori sikit je dengan ayah sheols. idop lagi rupanya ya.
Quote Acikgomen 13-7-2020 10:22 AM
First time acik tatau nak komen ape
Quote KBW2 13-7-2020 10:31 AM
Perghhh pedih sampai ke ulu hati aku baca. Yang menanggung tak tahulah camna. Apsallah bapa dia tak nak jumpa.
Quote husna_amal 13-7-2020 10:32 AM
Jadi dari kecil dia kurang dapat kasih sayang dari seorang ayah. Tabah juga DD ni. Laki dia farid macam mana pula sekarang dah kena masuk penjara ke?
Quote chinta89 13-7-2020 10:34 AM
baru tau kisahnya dia masih ada ayah hidup dan ayahnya x nak jumpa dia. mcm drama!

Lihat semua komen(428)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 08:45 PM GMT+8 , Processed in 0.075983 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top