CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 3 Tahun Mati Kebulur Ditinggal Ibu Jumpa Kekasih

13-7-2020 07:45 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5229| Komen: 31

Description: Kerana 'cinta itu buta', seorang wanita tergamak meninggalkan anak perempuannya berusia tiga tahun selama lapan hari semata-mata untuk bertemu teman lelakinya.
Kerana 'cinta itu buta', seorang wanita tergamak meninggalkan anak perempuannya berusia tiga tahun selama lapan hari semata-mata untuk bertemu teman lelakinya.

Memetik Mirror, mayat mangsa ditemui dalam keadaan lampinnya kotor dan dikelilingi sampah di dalam apartmen ibunya di Ota, Tokyo.

Ketika disoal siasat, Saki Kakehashi, 24, mengakui bahawa dia tidak menyangka anaknya akan meninggal dunia ketika ditinggalkan bersendirian di rumah mereka selama lebih seminggu ketika dia mengunjungi kekasihnya di Kagoshima iaitu lebih 1,126 kilometer dari kediamannya.


Kredit foto: Mirror/ANN News

Wanita itu ditahan pada Selasa lalu selepas sebulan siasatan dijalankan, lapor Japan Times.


Suspek dilapokan, menghubungi talian kecemasan pada 13 Jun apabila mendapati anaknya tidak bernafas sebaik dia pulang ke rumah mereka.

Noa dibawa ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia dan hasil bedah siasat mendapati, punca kematiannya disebabkan dehidrasi dan kelaparan.

Pada mulanya, Saki mendakwa anaknya sudah beberapa hari tidak sihat dan dia tidak mampu membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Namun, dia kemudian menukar kenyatannya dan mengaku meninggalkan kanak-kanak malang itu seorang diri, sementara dia berjumpa kekasihnya beratus batu jauhnya dari tempat tinggal mereka.

Difahamkan, Noa tinggal bersama ibunya sejak wanita itu bercerai dan menurut rakannya, Saki sering pulang lewat malam atau meninggalkannya beberapa hari seorang diri di rumah. - CARI

Bagus
6

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kak-Leen 13-7-2020 08:41 AM
Kenapa x dibawa sekali anak tu? 3 tahun kot.. Bukan 13 tahun yg dah pandai nak makan minum dan uruskan diri sendiri.. X boleh brain berita2 mcm ni. Terganggu kejap..
Quote jazaa100 13-7-2020 08:47 AM
Tak sangka kat jepun pun ada cikki birah mcm kat msia.....
Quote MissLana 13-7-2020 08:47 AM
Rasanya dkt Jepun mmg pernah jadi kes mcm ni samai jd filem. Mmg bodoh ye deols ni bab membesarkan anak. Cetek akal, kalau ada anak tak reti jaga pulak tak bg mkn minum, umur 3 tahun kot. Kalau stress kena buang keje ke putus cinta ke bunuh diri pulokkkk. Adouiii
Quote djzara81 13-7-2020 08:53 AM
Dalam masyarakat dunia menyanjung budaya & norma murni org Jepun, masih ade segelintir yg berperangai spt setan. Kat mana2 negara pon mesti ade org2 mcm ni.
Quote sukacactus 13-7-2020 09:02 AM
Bkn thread dah ada ke 2 hari lps kalau xsalah
Quote MissVixen 13-7-2020 09:05 AM
Banyak dah kes orang jepun tinggalkan anak sendiri, mati kebulur dalam rumah sebab bf, parti, kerja. Mereka ni memang hati kering. Nampak je sopan tapi otak twisted.
Quote kaoru44 13-7-2020 09:14 AM
Xsangka boleh mati???
Hello...bdk umur 3thn kot..
Nk tinggal bdk umur 10,11 thn lama2 pun xharap..
Ksian anknya dpt mak mcm ni..
Quote epuepy 13-7-2020 09:35 AM
dapat bayangkan mesti bdk tu menangis kelaparan. oh. rest in peace dik..
Quote Modngengade 13-7-2020 09:45 AM
birahnya ummah suchi
Quote Nana_Man 13-7-2020 09:58 AM
Ni mcm japanese movie yg aku tengok dulu. Movie tu pun pasal real story. Lupa title.So case mak2 jepun tinggalkn anak2 kat rumah memang very common agknye.
Quote Lailerthee 13-7-2020 10:01 AM
Mana la akal sorg ibu adoii
Quote adeqbun 13-7-2020 10:23 AM
xdpt imagine la camne budak tu terkial2 cari mknn..atau mmg dh biase ditinggalkan..huhu..pls la mandulkan diri sape2 yg xcompitent nak jd parents..
Quote husna_amal 13-7-2020 10:25 AM
Macam takde otak buat anak macam tu. Kesian budak tu tersiksa sampai meninggal.
Quote nad014 13-7-2020 10:27 AM
comel budaknya
Quote sufi^_^ 13-7-2020 11:04 AM
Nana_Man replied at 13-7-2020 01:58 AM
Ni mcm japanese movie yg aku tengok dulu. Movie tu pun pasal real story. Lupa title.So case mak2 jep ...

Sunk Into The Womb, based on kisah benar kat Osaka.
Quote maharani_gebu 13-7-2020 11:11 AM
kalau ikut report tu kawannyer kata ni bukan 1st time budak tu kena tinggal berhari2....
sakit ati btul baca... byk sgt makan ikan mentah tu yg otak penuh cacing gamaknyer!
Quote Burong_Hantuk 13-7-2020 11:20 AM
ini namanya ibu iblissss
Quote highcastle 13-7-2020 11:26 AM
Macam pernah aku bukak thread ni minggu lalu........

https://mforum1.cari.com.my/foru ... ead&tid=1206995
Quote chinta89 13-7-2020 11:33 AM
kejinyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:35 PM GMT+8 , Processed in 0.104492 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top