CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tarik Rambut Budak Masa Suap Nasi, Pengasuh Didenda RM5,000

14-7-2020 12:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3593| Komen: 19

Description: Seorang pengasuh didenda RM5,000 selepas didakwa menarik rambut kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ketika menyuap nasi.
Seorang pengasuh didenda RM5,000 selepas didakwa menarik rambut kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ketika menyuap nasi.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur juga mengarahkan Roslina Inggo, 24, menjalani penjara enam bulan jika gagal membayar denda itu.


Memetik Bernama, tertuduh dengan sengaja berbuat demikian terhadap kanak-kanak itu di sebuah taska, di sini jam 10.51 pagi pada 15 November 2019.

Ketika ditanya Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid, kenapa dia menarik rambut mangsa, Roslina menjawab “tidak sengaja”.


Gambar hiasan

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya.

Bagaimanapun, peguam Zulkifli Awang yang mewakili tertuduh merayu hukuman denda minimum dengan alasan Roslina kini tidak bekerja.


“Tertuduh masih muda, dia kini tinggal bersama abangnya dan dia juga telah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan sama. Ini adalah kesalahan pertama tertuduh,” katanya.

Namun, Timbalan Pendakwa Raya Noor Dayana Mohamad memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kerana sebagai penjaga kanak-kanak, tertuduh sepatutnya melindungi mangsa.

Berdasarkan fakta kes, ketika kejadian, pengadu yang tinggal berhampiran taska berkenaan mengintai dari celahan daun tingkap dan merakam perbuatan tertuduh selepas terdengar tangisan kanak-kanak sebelum membuat laporan polis. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 13-7-2020 02:45 PM
Padan muka
Cuba kalau iols tarik rambut roslina ni
Bagi dia rasa sikit mcmana feeling kena tarik rambut
Quote joyahglam 13-7-2020 02:50 PM
nak jaga kanak2 ni hati kena banyak sabar
Quote zehra2 13-7-2020 02:51 PM
mesti dah selalu buat. org tggu nak. rakam je
Quote Meiizu 13-7-2020 02:57 PM
matilamakkkkkk ...haku bagi makan anak buah pun penah cubit tak reti duk diam
Quote duri_durians 13-7-2020 03:11 PM
ada kala sedikit kepochi tu ada gunanya..
mesti ala2 detective conan dia merakam.
Quote jazaa100 13-7-2020 03:18 PM
duri_durians replied at 13-7-2020 03:11 PM
ada kala sedikit kepochi tu ada gunanya..
mesti ala2 detective conan dia merakam.


Kali ni dia dtg bwak phone & rakam......

Quote Artemesiaa 13-7-2020 03:23 PM
Mendapat sudah moga jadi pengajaran
Quote Kurex 13-7-2020 03:24 PM
saku pukul anak buah iols sebab degil.. walaupun perlahan je tetap menyesal.. aku pujuk dia balik...  aku syg anak2 buah aku
Quote auntieagony 13-7-2020 03:32 PM
OMG.... Kalau personaliti tu mmg tak sabar dan takder kasih sayang utk budak2, jgnlah kerja di taska. Buat jer lah kerja2 yg lain yg tak melibatkan kanak2.

Kanak2 mmg ada berbagai jenis perangai, pe'el dan berbagai tahap kenakalan. Hanya org2 yg sayangkan kanak2 dpt endure perangai2 mereka.
Quote prettyuglybabe 13-7-2020 03:42 PM
padan muka..
kalau tak sabar tak suka budak, jangan jadi pengasuh..
pergi cari kerja kilang sana..
Quote chinta89 13-7-2020 04:03 PM
kalau x nk jd pengasuh yg baik jgn jaga budak la bodo!
Quote keds 14-7-2020 01:08 PM
Tarik rambut dia pulak
Quote vee_zara 14-7-2020 02:55 PM
Padan muke suke hati je nak tarik rambut anak orang
Quote husna_amal 14-7-2020 04:15 PM
Kalau diri tu tak mampu atau tak boleh bersabar baik jangan jadi pengasuh budak kecik ni. Kerja kilang lagi baik.
Quote Simunggu 14-7-2020 04:26 PM
panjang lah kepala budak tu nanti
Quote matchstick 14-7-2020 11:00 PM
Terima kasih pada acik bawang..ini jenis bawang yg bermanafaat kpd masyarakat
Quote anakmak 15-7-2020 12:55 AM
susah zaman la ni

nak kawin kena pilih betul2
takkan nak test2 kawin pulak
kalau x okay boleh cerai camtu jer dgn anak 2-3 kerat
kalau stay x bini gila laki gila atau anak2 gila tgok perangai makbapak

dah kawin nak beranak
takder anak pekak telinga kena bahan org kepoh
ada anak sapa nak jaga kalau laki bini kena kerja

bg pengasuh jaga pun kena dera walau dah bayar duit
kesian anak2 kita yg makin dewasa ni nak lalui hidup

mencabar sungguh
Quote allshares 15-7-2020 01:56 AM
Kesiannya budak tu, mesti sakit sambil terpaksa mkn. Bgs jgk ade org menyibuk ni. Atleast dpt jgk pembelaan utk budak tu
Quote any42 15-7-2020 02:27 AM
geram btul dgn org yg suka2 naik tgn kt bdk kecik. dibayar utk jaga n ddik bdk2 bkn utk suka2 lps geram. i babysit ank2 buah i pun paling2 nk marah jerkah je la klau nkal sgt. xsmpai ati nk cubit wlau kdang geram jgk. bila dh nangis kna marah i plak rsa sedih p peluk je dorang.

xde ksabaran nk hndle bdk2 jgn la kje taska/tadika. bdk2 mmg byk kerenah kn. laju naik tgn kt ank org sbb bdk kecik xpndai mlawan. cuba klau kje mngjar bdk bsar 2ndary school xdenye brani nk naik tgn kang xpsl kna belasah balik.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:26 PM GMT+8 , Processed in 0.055529 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top