CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Balu Nazrin Tak Pernah Buat Tuntutan Pampasan Insurans

14-7-2020 05:46 PM| Diterbitkan: kp5x| Dilihat: 6913| Komen: 28|Original author: Oleh: kp5x

Description: "Sehingga pertengahan tahun lalu, tiada sebarang tuntutan dibuat Samirah. Dia juga tidak pernah bertanya berapa banyak jumlah pampasan yang akan dibayar oleh syarikat insurans hayat, berikutan kemat ...

Kredit foto : MalayMail

"Sehingga pertengahan tahun lalu, tiada sebarang tuntutan dibuat Samirah. Dia juga tidak pernah bertanya berapa banyak jumlah pampasan yang akan dibayar oleh syarikat insurans hayat, berikutan kematian suaminya dan berapa peratus beliau akan terima."

Saksi pendakwaan ke-27, bekas Pengurus Sumber Manusia Cradle Fund Natasya Aziaton Abdul Aziz, 35, berkata demikian ketika menjawab soal balas daripada peguam bela L.S Leonard di hadapan Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman di Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.

Lapor Bernama, beliau juga mendakwa balu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund, Samirah Muzaffar tidak pernah mengemukakan sebarang dokumen bagi menuntut pampasan insurans Nazrin Hassan yang dibeli oleh syarikat. 

Menurut Natasya, pampasan insurans yang dijangka diterima oleh waris Nazrin adalah kira-kira RM 1.08 juta, meliputi pampasan insurans hayat berjumlah RM 500,000, insurans kemalangan RM 503,000 dan bakinya adalah bayaran kepada faedah yang layak diterima oleh Nazrin. 

Cradle Fund sebagai pemegang polisi insurans masih belum menerima bayaran daripada syarikat insurans kerana dokumen yang diperlukan masih belum lengkap, katanya.

Samirah, 45, dan dua remaja lelaki, masing-masing berusia 17 dan 14 tahun serta wanita warga Indonesia, Eka Wahyu Lestari yang masih bebas, didakwa membunuh Nazrin di sebuah rumahnya di Mutiara Damansara antara 11.30 malam 13 Jun 2018 dan 4 pagi 14 Jun 2018.  - CARI
1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • puterizafira

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Squidward. 14-7-2020 05:48 PM
bukan x pnah

belum lg

x kn le x tuntut

tunggu line clear nasi kandar
Quote Acikgomen 14-7-2020 05:50 PM
Tu polisi insuran under kampeni
Hengat nazrin tuh takde polisi insuran lain kerrrrr
Quote pasa 14-7-2020 05:55 PM
tu baru claim insurance

belum lagi harta imesth di dalam negeri

dan di luar negeri

kaya kaya...maka bermula la episod berebut harta.
Quote Kurex 14-7-2020 06:07 PM
Belum lagi la.... tunggu dah reda dulu la.. nampak ketara muka leluhur
Quote KIM.K 14-7-2020 06:14 PM
@Green_tea ok tak nak look up to this woman, kaka? Nampak evil and cold jah. Patut buat novel cerita pompuan ni
Quote green~tea 14-7-2020 06:19 PM
KIM.K replied at 14-7-2020 06:14 PM
@Green_tea ok tak nak look up to this woman, kaka? Nampak evil and cold jah. Patut buat novel cerita ...

She looks cool and classy
Quote dudaberhias 14-7-2020 06:22 PM
cantik jelita orangnya... muka pun sama macam malaysias next top model iols sebut sebelum ni... dan perangai pun lebih kurang je...

kaki kikis, cold hearted, sanggup lakukan apa saja demi duit...
Quote 234126 14-7-2020 06:25 PM
mungkin dia dah lama tahu jumlahnya tapi  dia diamkan sebab masih nak cover innocence.

Mungkin laaa mungkin.
Quote sarah82 14-7-2020 06:43 PM
Hahaha.. Lawak pulak.. Mana nak sempat minta dah kantoi
Quote selipar_hijau 14-7-2020 06:57 PM
Tunggu dulu corona ni reda
Quote KIM.K 14-7-2020 07:26 PM
dudaberhias replied at 14-7-2020 06:22 PM
cantik jelita orangnya... muka pun sama macam malaysias next top model iols sebut sebelum ni... dan  ...

I loike
She is smart we all should appreciate how smooth this crime is. Laki curang
Quote KIM.K 14-7-2020 07:29 PM
green~tea replied at 14-7-2020 06:19 PM
She looks cool and classy

Smirk like a winner
Quote caca_eric 14-7-2020 07:34 PM
KIM.K replied at 14-7-2020 07:26 PM
I loike
She is smart we all should appreciate how smooth this crime is. Laki curang

Arwah curang gak ker
Quote KIM.K 14-7-2020 09:05 PM
caca_eric replied at 14-7-2020 07:34 PM
Arwah curang gak ker

Dulu ada forumer kata curang
Quote orkidorkido 14-7-2020 09:20 PM
Terus kena kes, mana sempat nak buat apa haha
Quote matbad 14-7-2020 11:58 PM
Ingat lagi dia kalut mintak report apa ntah dri polis..lps tu dok kejap kena tangkap..ingt lagi ada forumer kata kalau polis tak bagi tu maksudnya dia yg disyakki..tepat skali
Quote anakmak 15-7-2020 12:03 AM
Kurex replied at 14-7-2020 06:07 PM
Belum lagi la.... tunggu dah reda dulu la.. nampak ketara muka leluhur

leluhur mana dek kurex?
Quote Kurex 15-7-2020 02:18 AM
anakmak replied at 15-7-2020 12:03 AM
leluhur mana dek kurex?

Leluhur india
Quote little_sis 15-7-2020 06:28 AM
sebab dah jd kes polis dan turun naik mahkamah je... kalo x..

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:15 PM GMT+8 , Processed in 0.281381 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top