CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerajaan Digesa Benar Solat Jumaat, Aidilfitri

6-5-2020 11:19 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9963| Komen: 113

Description: Kerajaan digesa untuk membenarkan solat Jumaat dan solat sunat Hari Raya Aidilfitri di beberapa masjid utama di seluruh negara.
Kerajaan digesa untuk membenarkan solat Jumaat dan solat sunat Hari Raya Aidilfitri di beberapa masjid utama di seluruh negara. 

Melihat sektor ekonomi dan sosial dibuka semula selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Pengerusi Jawatankuasa Dewan Tertinggi Majlis Dakwah Negara (MDN), Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid melihat tiada masalah jika kebenaran sama diberikan untuk solat Jumaat dan solat Hari Raya Aidilfitri.



Gambar hiasan
Kredit foto: Fatwa Tarjih

"Jika PKPB boleh dilaksanakan, ini bermakna perhimpunan bersyarat di masjid dan surau bagi tujuan solat Jumaat dan solat Hari Raya Aidilfitri juga boleh dilakukan, sebagai contoh, sesebuah syarikat atau kilang yang membenarkan operasi dengan 100 peratus orang pekerja," katanya

Berikutan itu, Mahmood Zuhdi juga menyarankan pihak berkuasa agama dan kesihatan menyenaraikan kriteria yang dibenarkan untuk pelaksanaan berkenaan.


“Antaranya adalah kebenaran diberikan kepada masjid-masjid utama sahaja, misalnya masjid negeri dan masjid daerah yang mampu memenuhi syarat dalam perintah PKPB.

“Solat tersebut hendaklah dihadiri tidak lebih daripada 50 jemaah yang terdiri dalam kalangan mereka yang benar-benar dikenali pihak pentadbiran masjid dan memenuhi syarat kesihatan yang membolehkan mereka berada dalam sesuatu perhimpunan terkawal,” katanya kepada Sinar Harian.

Perhimpunan tersebut bagaimanapun mestilah tertakluk kepada semua syarat kesihatan dan keselamatan sosial seperti mana yang dikenakan ke atas sektor lain. - CARI
2

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote darkness 6-5-2020 11:27 AM
Kalau macam tu...mohon masjid pakat2 seru nama2 orang yang boleh ke masjid dengan pakai speaker suara supaya yg dtg ke masjid hanya 50 org. Kalau tak memang semua pun nak datang. Kena kaji betul2 sama ada benda ni praktikal atau tak.
Quote Orix 6-5-2020 11:29 AM
Bodohnya, siapa dia ni ? Serupa tak payah bukak lgsg masjid tu kalau hanya org yg dikenali jah boleh msuk utk solat. Kau buat solat jemaah kt rumah kau jela dekkkkkkkkkkk
Quote sidewinder 6-5-2020 11:32 AM
dlm keadaan skrang......benda2 semua ni x perlu.....nak bersolat bagai....kang ada kluster solat aidilfitri dah satu hal.....elok2 ahli keluarga hidup.....dah satu persatu gol sbb covid 19.......pastu cite kat TV3 ....sambil nanggis sbb kebodohan sendiri
Quote nazzse 6-5-2020 11:33 AM
Prof bagi pandangan macam ni, kagum aku dgn keyakinan dia. Yg pasti takdanya 50 orang je yg gi masjid bulan2 puasa nk. Ramai lelaki dah rengsa tak boleh solat jumaat lama sangat katanya.
Quote tungkai 6-5-2020 11:53 AM
“Solat tersebut hendaklah dihadiri tidak lebih daripada 50 jemaah yang terdiri dalam kalangan mereka yang benar-benar dikenali pihak pentadbiran masjid dan memenuhi syarat kesihatan yang membolehkan mereka berada dalam sesuatu perhimpunan terkawal,”


Baik tak payah la ngok...
Quote kelapaparut 6-5-2020 11:55 AM
susah bile lobai bicara, ape beza lbh 50 org atau kurang, dua org pun boleh kne covid
Quote domestobot 6-5-2020 12:03 PM
takkan takut Allah turunkan bala sebab takde orang pegi masjid? ini serupa tuhan pagan je kalau takde sacrifice anak dara setiap purnama nanti gunung berapi meletus.
Quote nenekglamer 6-5-2020 12:07 PM
Abes tu.  Klu dh dtg sejid tapi dah cukup org.. kena patah balik or mcmana?
Quote dodolgemok 6-5-2020 12:10 PM
Konfiden ke nnti 50 org jah yg dtg shalat? Xpasal2 kluster tabligh berulang kembali.
Quote putericahaya999 6-5-2020 12:11 PM
Ni lah yg ditunggu tunggu

Akhirnya ada jugak yg berbunyi

Kalau semua kilang
Shoping mall boleh penuh. Masjid pun boleh buka la
Apa hal masjid kena katup
Virus tu ada kat masjid je ke
Lagi pun kena virus tu boleh Baik lah.
Kalau mati Syahid lah
Quote sarahmirza 6-5-2020 12:12 PM
Takkan masjid je...
Rumah ibadat lain pun nak juga..
Ingat muslim je ke rengsa tak pergi solat jumaat dan jemaah lama2?
Quote tripleid 6-5-2020 12:14 PM
nanti kalo wujud kluster sejid,ramai mati kena covid sbb kluster ni,ummah akan konar.. ini lah cara tuhan nak ambil nyawa org baik2 dulu
Quote paz 6-5-2020 12:16 PM
Sampai rantaian betul-betul terputus, barulah kembali seperti dulu.

Orang-orang ni susah nak paham yer.
Quote zidane_ziege 6-5-2020 12:16 PM
Edited by zidane_ziege at 6-5-2020 12:18 PM

pendapat aku just solat ajelah..dtg solat..baca surah pendek2 bagi salam dan blah..tak sampai 10 minit selesai..tak payah doa2 panjang2 cukup sekadar mintak ampun utk semua muslimin muslimat..so masa kena tepat..pukul 1.30 start zohor..pukul 1.40 siap..dan jemaah kena teratur keluar dan masuk masjid

solat raya dan terawih tak payah lah..jumaat pun x payah dlu..sbb nk kn dgr khutbah baru sah
Quote lonso 6-5-2020 12:21 PM
Skrg ni x tahu wujud ke tak pkp ni...ridsu juga memikirkan result 2 minggu lagi....
Quote bakingsoda 6-5-2020 12:23 PM
pastu pakat serbu nak jd 50 jemaah tu. bodoh. kalau nak limit pastikan list terus nama2 yg akan dibenarkan datang, bukan announce kpd umum pastu berebut kira sape cepat dia dapat.
Quote kucingitam 6-5-2020 12:27 PM
sibuk naw nak solat aidilfitri..

Quote nini_azmi 6-5-2020 12:27 PM
Iols rase perhimpunan mass gathering still tak boleh lg even though most of industri dah start bekerja
Quote azhardanil 6-5-2020 12:46 PM
Setuju untuk dilaksana, tapi cadangan tak praktikal..

Lihat semua komen(113)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:24 PM GMT+8 , Processed in 0.191454 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top