CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Bront Palarae Pilih Jep Sepahtu Sebagai Keluang Man, Mesti Pecah Perut!

7-1-2020 10:31 AM| Diterbitkan: hafiz.ahmad| Dilihat: 7098| Komen: 17|Original author: Oleh: hafiz.ahmad

Description: Siapa ingat lagi Keluang Man, sebuah siri animasi televisyen yang popular pada tahun 90-an yang kembali menjadi kegemaran rakyat Malaysia selepas ditayangkan semula pada tahun 2008 di TV9?
Siapa ingat lagi Keluang Man, sebuah siri animasi televisyen yang popular pada tahun 90-an yang kembali menjadi kegemaran rakyat Malaysia selepas ditayangkan semula pada tahun 2008 di TV9?

Siri animasi ini popular dalam kalangan kanak-kanak kerana Keluang Man boleh dikatakan watak adi wira pertama yang dicipta oleh rakyat Malaysia.


Sumber Gambar: Cinema Online

Keluang Man popular dengan dua watak utama iaitu Borhan sebagai Keluang Man dan Samad sebagai Tiong Man. Keluang Man dan Tiong Man sering memainkan karakter lucu memandangkan siri animasi ini ditonton kanak-kanak. 

Jika anda masih ingat, Samsir Jauhari ialah musuh ketat Keluang Man dalam animasi ini. Samsir Jauhari mengamalkan ilmu hitam dan sering diganggu oleh Keluang Man dan Tiong Man ketika menjalankan misi jahatnya.

Cuba bayangkan jika siri animasi ini dilakonkan semula dan difilemkan? Pasti menarik bukan! 


Beberapa hari lepas, tular di laman Twitter apabila warganet mengimbas kembali memori mereka tentang Keluang Man yang ditonton semasa zaman kecil. Malah, ada yang memberi persoalan jika siri animasi Keluang Man ini dibuat menjadi filem, siapakah pelakon yang sesuai untuk membawa watak-watak tersebut?


Foto: Twitter

Menurut Bront Palare, beliau beranggapan watak Keluang Man sesuai dibawa oleh Jep Sepahtu, Shuib Sepahtu sebagai Tiong Man dan Khir Rahman sebagai watak jahat iaitu Samsir Jauhari. Cuba bayangkan kombinasi pelawak Sepahtu ini jika filem ini berjaya diwujudkan, mesti pecah perut!


Foto: Twitter

Warganet turut mempersoalkan bagaimana pula jika filem Keluang Man dibuat dalam versi serius dan bukannya komedi seperti sedia ada, namun Bront Palarae berpendapat Keluang Man lebih sesuai dijadikan sebagai filem aksi komedi, sesuai dengan idea asal dalam siri animasi Keluang Man.


Foto: Twitter

Sebenarnya sebelum ini sudah ada pengarah yang mahu memfilemkan Keluang Man, namun dibatalkan pada tahun 2018 atas sebab peribadi. Walhal, ketika itu berita pembikinan filem Keluang Man ini disambut baik oleh rakyat Malaysia, malah ada peminat yang terlalu teruja sehingga mereka kostum Keluang Man sempena pembikinan filem tersebut.



Kostum yang direka pula nampak menarik!


Sumber Gambar: Hyped Geek

Jika sebelum ini Malaysia ada Pepaya, Cicakman dan Badang, mungkin Keluang Man boleh menyelamatkan filem bergenre aksi komedi di Malaysia dengan mewujudkan hero yang kena dengan hati rakyat Malaysia. Semoga impian ini menjadi kenyataan! - CARI
4

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
4

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • natrahn


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kawankau 7-1-2020 11:31 AM
Aku nak bagi komen anti-klimaks tapi cliche sejak dari awal. Ampun mbah.

Org akan banding dgn cicak man. Badang. Papaya.
Kan bagus kalau buat superHero serius.
Quote meteorspeed 7-1-2020 11:51 AM
sila jgn copy cat pakain bat man..sila carik idea lain
Quote AbukRokok 7-1-2020 12:35 PM
xminat kluang man
animation lembab mcm lampu neon
Quote Artemesiaa 7-1-2020 12:54 PM
Paling sesuai kalau beliau dipilih
Quote Lavender_Violet 7-1-2020 01:05 PM
Jepp?? Shuib??
Pleaseeeeelahhhhh.....
Jadi lawak slapstik bangang tak jadi jek nanti
Quote supernaturalee 7-1-2020 02:21 PM
filem2 batman dolu2 pun berunsurkan aksi komedi
sejak dpt di tgn christopher nolan baru lh batman disogokkan dgn kisah yg lbh serius dgn lebih gelap sisinya

in fact, post 2000 filem2 remake/reboot/new baik superhero atau fairytale tone msg2 serius dan dark


so....keluang man ni blh je klu nk buat dlm tone yg serius, drama dan gelap
tgl lg, story, screenplay, arahan dan lakonan...and of course magical dlm cgi
mampu mengangkat keluangman ke tahap yg berbeza tapi diterima ramai

Quote husna_amal 7-1-2020 02:49 PM
Kalau nak buat filem keluangman baik mula dengan siri tv dulu. Tarik penonton baru dan kanak2 dulu. Kalau ada sambutan baru teruskan rancangan untuk terbitkan filem keluangman. Biasanya kalau filem syok sendiri memang tak dapat sambutan. Buat jahanam industri filem pula nanti.
Quote violetungu 7-1-2020 04:03 PM
Aku imagine kalau khir rahman ataupun azhan rani yg jadi keluang man pun ok sebab depa lawak mesti xkering gusi dgn lawak depa...
Quote whadda 7-1-2020 05:50 PM
lawak jep shuib khir rahman datang kalau mereka sendiri yang cipta sketch tu.. kalau dah berlakon dan ikut dialog yang dicipta oleh penulis skrip hilang lawaknye.. hambar.. tengok je la filem ngan drama2 nye
Quote meow_tompok 7-1-2020 06:28 PM
tak minat dgn kluang man, sbb tak hensem tak mcm ejen ali dgn ejen2 lain. Tak pernah tengok pun.

Quote hafiz.ahmad 7-1-2020 07:17 PM
supernaturalee replied at 7-1-2020 02:21 PM
filem2 batman dolu2 pun berunsurkan aksi komedi
sejak dpt di tgn christopher nolan baru lh batman d ...

Setuju sangat!
Quote RumiMenari 7-1-2020 07:37 PM
Kalau pak kodi @ ropie yg jadi jahat ok tak.. muka dia ada penampakan watak jahat gak..
Quote mohdcrow 8-1-2020 09:55 AM
La...ingatkan bijak sangat...
Quote Orix 8-1-2020 02:11 PM
haritu iols tgok citer Gundala ya ampunnn bestnya..... rasa sampah sgat filem Malaysia bila compare dgan Gundala
Quote RatuDunia94 8-1-2020 06:23 PM
Dan Krisya kena wat comback nyanyi lagu OST KM ni.. "Dia bagaikan seorang pahlawan..menjadi pembela.."
Quote pukulrata 9-1-2020 05:50 AM
Kami nak Chempiang!!
Quote farishaziqi 9-1-2020 12:53 PM
Shahrol Shiro lah sebagai Keluang Man sebab dia pon asal dari Kluang Johor dan sah sah dia Keluang Man

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:59 AM GMT+8 , Processed in 0.065261 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top