CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rayuan Kerajaan Ditolak Berhubung Kerosakan Harta Benda Ketika Bersih 3

24-8-2016 09:20 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3965| Komen: 0

Description: Rayuan kerajaan dalam saman sivil difailkannya terhadap jawatankuasa pemandu Bersih berhubung kerosakan ke atas harta benda awam dalam perhimpunan Bersih 3 pada 2012 ditolak Mahkamah Rayuan kelmarin.
Oleh : TS LOO


sumber foto: http://4.bp.blogspot.com & aeshahadlina.files.wordpress.com


Rayuan kerajaan dalam saman sivil difailkannya terhadap jawatankuasa pemandu Bersih berhubung kerosakan ke atas harta benda awam dalam perhimpunan Bersih 3 pada 2012 ditolak Mahkamah Rayuan kelmarin.

Dalam keputusan sebulat suara, panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Datuk Rohana Yusuf mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 30 Jan tahun lepas yang menolak saman kerajaan bagi menuntut ganti rugi.

Beliau berkata mahkamah mendapati tiada peruntukan dalam Akta Perhimpunan Aman (PAA) yang secara jelas menetapkan hak kerajaan untuk membuat tuntutan.

Katanya Seksyen 6(2) PAA tidak mewujudkan “satu hak tuntutan sivil oleh kerajaan" dan kerajaan persekutuan pada masa sama juga tidak diberikan hak untuk menyaman bagi kecuaian di bawah undang-undang lain.

Terdahulu, kerajaan menyaman jawatankuasa pemandu Bersih 2.0, termasuk bekas pengerusi bersama Bersih Datuk S. Ambiga dan 14 anggota jawatankuasa itu.

Dalam saman sivil difailkan pada 15 Mei, 2012, kerajaan mendakwa perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April, 2012 telah mengakibatkan kerosakan harta benda awam dan menuntut ganti rugi khas sebanyak RM110,543.27, sebagai kos untuk membaiki kenderaan polis yang rosak.

Di luar mahkamah, Ambiga berkata Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa di bawah PAA, kerajaan tidak boleh menyaman bagi ganti rugi dan menurutnya keputusan itu merupakan keputusan penting.- CARI




sumber berita: Bernama

24

Bagus
10

Marah
8

Terkejut
7

Sedih
8

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (68 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:11 PM GMT+8 , Processed in 0.171764 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top