CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bersih 2.0 Dedah Akaun RM2.6 Juta, Cabar Najib Buat Sama

6-10-2015 05:43 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3765| Komen: 7

Description: Dengan pendedahan itu, Bersih 2.0 mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil langkah yang sama dengan mendedahkan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.



sumber foto : http://www.freemalaysiatoday.com/



Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mendedahkan secara terperinci kutipan RM2.6 juta derma yang diperolehi bagi menganjurkan Perhimpunan Bersih 4.0 pada 29 dan 30 Ogos lalu.



Jumlah itu dikutip hasil derma daripada 27,000 penderma rakyat Malaysia dan jualan kemeja-t Bersih 4 serta mafla.


Bendahari Bersih 2.0, Masjaliza Hamzah berkata, kira-kira 27,000 penderma telah menyumbang secara purata RM76 seorang dan majoritinya telah menderma antara RM10 ke RM50.


Dengan pendedahan itu, Bersih 2.0 mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil langkah yang sama dengan mendedahkan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.



Katanya, sekiranya Najib gagal, sudah tentu kredibiliti Najib sebagai Perdana Menteri akan hilang.



Berita selanjutnya : freemalaysiatoday.com

15

Bagus
8

Marah
15

Terkejut
11

Sedih
20

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (82 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nirman 6-10-2015 05:12 PM
KENYATAAN MEDIA – 6 OKTOBER 2015

Pembentangan Akaun RM 2.6 juta Bersih 4

Seperti yang dijanjikan, Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) hari ini membentangkan akaun dan perbelanjaan perhimpunan aman Bersih 4.

Kami berbesar hati untuk mengumumkan bahawa daripada penyata bank sepanjang 2,126 mukasurat yang telah kami terima, sekitar 27 ribu penderma telah menyumbang secara purata RM 76 seorang. Majoritinya telah menderma antara RM 10 ke RM 50.

Jumlah derma yang kami terima adalah sebanyak RM 2,064,652.74. Hasil derma melalui jualan kemeja-t Bersih 4 adalah sebanyak RM 553,914, manakala hasil jualan mafla pula adalah sebanyak RM 28,795. Ini membawa kepada jumlah besar RM2,647,361.74.

Jumlah perbelanjaan Bersih 4 termasuk pra-perhimpunan dan perbelanjaan ketika perhimpunan adalah sebanyak RM664,052.52.

Jumlah lebihan sebanyak RM 1,983,309.22 akan digunakan untuk mendanai program BERSIH 2.0 untuk jangkamasa dua tahun akan datang; termasuklah program pendidikan pengundi, kos mahkamah, latihan dan sebagainya.

Dengan ini lunaslah sudah janji BERSIH 2.0 untuk membentangkan perbelanjaan kami sepanjang penganjuran perhimpunan aman Bersih 4.

Kini tiba giliran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mendedahkan akaun RM 2.6 bilionnya pula. Sekiranya beliau gagal berbuat demikian, maka jelaslah kredibiliti beliau telah hilang sama sekali.

Dikeluarkan oleh,

Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0, yang terdiri daripada –

Pengerusi: Maria Chin Abdullah; Timbalan Pengerusi: Sarajun Hoda Abdul Hassan; Bendahari: Masjaliza Hamzah; wakil kebangsaan: Prof Madya Dr Abdul Halim bin Yusof, Farhana binti Abdul Halim, Fadiah Nadwa Fikri dan New Sin Yew; naib pengerusi: Jannie Lasimbang (Sabah), Ahmad b. Awang Ali (Sarawak), Abd Halim b. Wan Ismail (Semenanjung Timur), Thomas Fann (Semenanjung Selatan), Simon Lee Ying Wai (Semenanjung Tengah) dan Dato’ Dr Toh Kin Woon (Semenanjung Utara).
Quote bluehedgehog 6-10-2015 05:13 PM
senang je umno jawab...
@dizek: cing cong ting tang...wayang cina
utk tutup malu umno sendiri
Quote harkktuih 6-10-2015 05:14 PM
http://mforum2.cari.com.my/forum ... read&tid=899545

@spiderman80
Quote nirman 6-10-2015 05:19 PM

My apoligies, did not see the thread.
Quote freebird 6-10-2015 05:22 PM
rekod yang aku transfer rm10 kat bersih4 melalui maybank2u pun musti keluar jugak ni...
Quote atira 6-10-2015 05:39 PM
good job...
boleh nampak sapa telus sapa perompak
Quote bluehedgehog 6-10-2015 05:41 PM
atas faktor kejatuhan ringgit
usd700juta yg diterima telah meningkat dari rm2.6b ke rm3b
tahniah datuk seri tan seri penjilat..bonus tahun ini gao gao

macai2 bawahan? apa dapat? rm50? beras?

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:03 PM GMT+8 , Processed in 0.591273 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top