CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penganggur Dipenjara 4 Tahun Dan 1 Sebatan, Kantoi Cium Dan Raba Anak Jiran Di Tepi Tangga PPR

23-2-2024 10:24 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4263| Komen: 4

Description: Seorang penganggur berusia 22 tahun kantoi melakukan amang seksual fizikal dengan mencium pipi dan raba kanak-kanak perempuan anak jirannya sendiri. Allahu!
Gambar Sekadar Hiasan



Seorang penganggur berusia 22 tahun kantoi melakukan amang seksual fizikal dengan mencium pipi dan raba kanak-kanak perempuan anak jirannya sendiri. Allahu!

Menurut laporan mStar, kejadian itu berlaku di tangga tingkat 11 sebuah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Sungai Besi, Kuala Lumpur pada 25 Jun 2022.

Tertuduh, Mohamad Zulkhairi Rosli telah pun dijatuhkan hukuman penjara selama 4 tahun dan satu sebatan atas tindakannya itu.

Hukuman itu dikenakan selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim dan mahkamah menetapkan dia menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap iaitu 3 Ogos tahun lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 dan jika disabitkan kesalahan akan diperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.


Pada awalnya, ibu mangsa didakwa melihat anak perempuannya itu masuk ke dalam rumah dalam keadaan tergesa-gesa dan ketakutan.

Kemudian, mangsa cerita yang ada seorang lelaki memanggilnya sebelum mencium pipi dan merabanya. 

Semoga dijauhkanlah dari perkara-perkara sebegini.

Kredit: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ice_sky92 23-2-2024 10:29 PM
Semoga diliwat dalam penjara.
Quote akido_kido 24-2-2024 10:47 AM
jangan main2 woo..ciom dan raba dah kena 4 tahun siap 1 sebat.sedap tak sampai berapa saat.jadi kawalah nafsu kuda ko wahai jantan taguna
Quote jerukkedondong 24-2-2024 06:40 PM
brp usia budak tu...
kesian dia mesti takut trauma seumur hayat..ko ingat anak patung barbie ke sesuka hati nak cium raba
stim sangat pergi panjat tingkat paling atas terjun bawah..jgn fikir byk..goblok
Quote gigahertz 28-2-2024 12:53 PM
akido_kido: jangan main2 woo..ciom dan raba dah kena 4 tahun siap 1 sebat.sedap tak sampai berapa saat.jadi kawalah nafsu kuda ko wahai jantan taguna

Malaysia kalau bab undang undang bawah umur mmg win.
walaupun u mak bapak kalau berlaku kes cuai. mmg u akan kena jugak.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:41 AM GMT+8 , Processed in 0.075264 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top