CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

RXZ Member 6.0 Diteruskan Di Terengganu - "Harap Kali Ini Tak Ada Pukat"

23-2-2024 08:15 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3204| Komen: 13

Description: KUALA TERENGGANU - Walaupun pernah terpalit kontroversi, penganjuran program himpunan motosikal RXZ Member 6.0 akan diteruskan di Litar Permotoran Terengganu, Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus pa ...


KUALA TERENGGANU - Walaupun pernah terpalit kontroversi, penganjuran program himpunan motosikal RXZ Member 6.0 akan diteruskan di Litar Permotoran Terengganu, Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus pada 14 September depan.

Perkembangan itu dimaklumkan oleh Pengarah program, Mohamad Faizal Mat Ali menerusi platform media sosial RXZ Members - Official pada malam Khamis.

Selain itu, Mohamad Faizal turut mengumumkan hadiah utama iaitu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah Toyota Vellfire 2.5L, dua buah motosikal Yamaha RXZ dan pelbagai lagi hadiah lumayan lain yang menanti peserta program berkenaan.

Sebelum ini, penganjuran program himpunan RXZ Member 5.0 yang diadakan di lokasi sama pada 8 dan 9 September 2023 menjadi isu apabila motosikal peserta ditahan pihak berkuasa atas pelbagai kesalahan.



Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu, Zulkarnain Yasin dilaporkan berkata, tidak timbul isu 'pukat-memukat' sempena program itu, sebaliknya motosikal yang disita didapati tidak menepati spesifikasi ditetapkan.

Jelas beliau, antara kesalahan ketara dikesan ialah melakukan modifikasi menggunakan ekzos paip, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi atau tiada langsung nombor pendaftaran.

Tahun lalu, sebanyak 185 motosikal dan 205 orang ditahan dalam Operasi Khas Motosikal (OKM) negeri Terengganu yang membabitkan seramai 83 pegawai dan anggota polis serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu.

Daripada jumlah itu, 292 saman dikeluarkan polis atas pelbagai kesalahan manakala sebanyak 311 notis dikeluarkan JPJ Terengganu.

Sambutan Himpunan RXZ Member 5.0 pada 2023 disifatkan paling meriah berbanding RXZ Member 1.0 hingga 4.0, apabila lebih 60,000 peserta seluruh negara termasuk Thailand, Indonesia, Brunei dan Singapura menyertai program berkenaan.

Sumber : Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ctaz 23-2-2024 09:14 PM
Tahun lalu, sebanyak 185 motosikal dan 205 orang ditahan dalam Operasi Khas Motosikal (OKM) negeri Terengganu yang membabitkan seramai 83 pegawai dan anggota polis serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu.
Daripada jumlah itu, 292 saman dikeluarkan polis atas pelbagai kesalahan manakala sebanyak 311 notis dikeluarkan JPJ Terengganu.


apa lagi...JPJ...time ni la nak cari doit.....
pasang la pukat..kompom mahsyuk.....

hahahahaha
Quote airfilterkotor 23-2-2024 10:11 PM
Harap dekat² Sept nanti JPJ memukat 24/7 biar gelabah bubis geng² Yamaha ni tak keruan nak hala ke mana.
Quote sharlenetexas 23-2-2024 10:19 PM
Selamat preng preng ke kuburan. Jgn libatkan mereka yg bukan rider dan takde laitan dgn motor.

Quote SedihPedih 23-2-2024 10:23 PM
Stress last yr i drive ke KT time sama dgn event ni. Kena take note tarikh ni, if ada kena ke sana i naik flight aja. Tak yah acah2 nk drive sambil healing. Tak tenang lansung!
Quote airfilterkotor 23-2-2024 10:31 PM
Buat road block di setiap selekoh belakang tol plaza negeri masing² nak menghala ke Ganu.
Biar dorang berhimpun RXJekk 6.0 pakai Zoom jer. Aman sikit jalan raya.
Quote ninja boy 23-2-2024 11:16 PM
Xde faedah himpunan motorcycle, mat rempit merata ceruk keluar sarang
Quote kasibiman 24-2-2024 08:33 AM
Mintak tolong pengarah jpj buat program sokongan khas: insentif commission utk saman bertindan kepada pegawai penguatkuasa sempena acara ini
Quote renko 24-2-2024 08:40 AM
bani2 rare kononnya
Quote kucingitam 24-2-2024 09:07 AM
JPJ dan polis trafik, sila siapkan pukat anda..
Quote azimodin 24-2-2024 09:51 AM
Aku sokong jpj buat convention besar2an kat tempat yang sama & hari yang sama. Berani buat, berani tanggung. Hobi mahal kan, xkan takut kena saman?
Quote nw111 24-2-2024 10:35 AM
Level melayu rempit..suka sgt la buat program tak berilmiah mcm ni
Quote akido_kido 24-2-2024 10:50 AM
sebab negeri pembangkang mesti la ada pukat lagi..
Quote airfilterkotor 24-2-2024 01:12 PM
Perhimpunan 5.0 yg lepas umpama seruan mantra bangkit dari kuburan buat antu² raya jalanan. Tau² ramai jer... memang ramai... takde disiplin... macam antu.

Tahun ni 6.0 seru lagi.
Syirik ni weh.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:24 AM GMT+8 , Processed in 0.057863 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top