CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Manusia Kena Rotan Pon Sakit Apatah Lagi Binatang", Polis Siasat Kes Tular Dera Anjing

26-2-2024 08:55 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5010| Komen: 10

Description: PASIR GUDANG - Polis membuka kertas siasatan berhubung kejadian tular penderaan seekor anjing yang berlaku di taman perumahan Johor Jaya pada Khamis lalu.


PASIR GUDANG - Polis membuka kertas siasatan berhubung kejadian tular penderaan seekor anjing yang berlaku di taman perumahan Johor Jaya pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak berkata, laporan berhubung kejadian dibuat oleh seorang wanita warga tempatan berusia 49 tahun.

"Sebelum itu, video berdurasi 28 saat mempaparkan kejadian seorang individu merotan anjing peliharannnya tular di Facebook pada Sabtu.


"Hasil siasatan awal mendapati, kejadian berlaku di kawasan Taman Perumahan Johor Jaya kira-kira jam 9.30 malam, Khamis lalu," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Menurut Sohaimi, kes disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan yang mana jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman tiga tahun penjara atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

"Kes turut disiasat mengikut Seksyen 29 (1) (a) Akta Kebajikan Haiwan 2015, jika disabitkan kesalahan boleh didenda maksimum RM100,000 atau dipenjarakan tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali," ujarnya.

Katanya, orang ramai dinasihatkan tidak melakukan penganiayaan terhadap haiwan peliharaan dan meningkatkan kesederaan mengenai perlindungan terhadap haiwan.



Sumber :Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jebatmaspunyer 26-2-2024 11:08 AM
Anjing makhluk bijak. Camner nak bentuk minda dorang bergantung dgn cara owner. Keras sangat jadi trauma. Macam budak2 lah. Bukan x boleh bagi hukuman fizikal tapi agak2 lah. Tgk sifu2 behaviour anjing time dia nk train anjing bermasalah, dia tolak dgn badan, tolak sket dgn kaki, x der nk tampar2.

Quote rospinki 26-2-2024 11:31 AM
takyahla bela anjing sebab aku tgk anjing ni mostly perangai pun macam anjing mmng anjingla..lagi2 kalu stress buatnya anjing buat perangai anjing lagi stress.
Quote Mary_jane 26-2-2024 12:01 PM
Nak bela binatang tapi pendera.
Quote sayurmayur88 26-2-2024 12:28 PM
HUKUM OWNER ANJING TU.. SEBAT KE?
Quote syamzana 26-2-2024 12:32 PM
nape rotan dia...
manusia ni kdg2 perangai lebih dari binatang
Quote Yoonggi 26-2-2024 01:02 PM
xyah bela klu x mampu nk jaga properly. nk train anjing boleh tp bkn dera
Quote missbigrockstar 26-2-2024 01:19 PM
Terima kasih kepada pengadu yg berani tampil buat laporan.
Owner celaka. Kalau anjing tu tokak kau, self defense kau akan claim. Kesian, Anjing ni haiwan bijak dan ada emosi. Sekali buat baik pada anjing, selamanya dia harga terhutang budi, tapi dah kena dera ni dia Trauma lepas ni susah nak percaya manusia dah.
Quote jari10 26-2-2024 01:27 PM
Apa status kes ni ya?
Quote Kurex 26-2-2024 01:29 PM
leluhur parashit paling hina dan terkutuk di atas muka bumi
Quote gigahertz 28-2-2024 12:51 PM
jari10: Apa status kes ni ya?

kalau OWner keluar kad OKU paham paham la.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:14 PM GMT+8 , Processed in 0.049568 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top