CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Selama Clubbing, Berapa Kali Dah Balik Dengan Lelaki?” – Netizen Kecam Content Creator Korek Aib Untuk Views

23-2-2024 10:39 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8816| Komen: 51

Description: Baru-baru ini, seorang wanita dikecam hebat selepas meminta pengunjung lelaki di kelab malam supaya tampil bergaya bukannya hanya memakai t-shirt hitam.


Baru-baru ini, seorang wanita dikecam hebat selepas meminta pengunjung lelaki di kelab malam supaya tampil bergaya bukannya hanya memakai t-shirt hitam.

Wanita itu juga menegaskan dia akan mengelak daripada bergaul dengan mana-mana lelaki yang kurang ketinggian berbanding dirinya.

Difahamkan, wanita itu melontarkan pendapat sedemikian selepas ditemu bual secara street interview.

Terbaru, tular pula video memaparkan content creator yang sama membuat street interview bertanyakan soalan buka aib kepada pengunjung kelab malam yang lain pula.

“Selama clubbing, berapa kali balik dengan lelaki?”



Soalan yang ditanyakan adalah, “Selama you clubbing ni, berapa kali you dah balik dengan lelaki?”

Pengunjung kelab malam itu hanya ketawa menjawab, “Seriuslah you tanya? Nak i jujur ke? Jujur eh, dua kali”.

Kemudian, dia ditanya lagi, “Kalau lelaki itu pendek, pakai baju hitam dan gemuk. You balik dengan dia tak?”

Wanita itu menjawab, ” Pendek tak kisah, jangan gemuk. Tapi janganlah macam tu, i tak body shaming orang”.

Pengunjung kelab malam itu berkata lagi, dia baru je berumur 23 tahun dan dari usia 18 tahun dia sudah menjejakkan kaki ke club untuk berhibur.

Video yang dimuat naik semula oleh seorang pengguna aplikasi X itu telah mengundang pelbagai reaksi netizen.



Rata-rata mengecam tindakan content creator yang sanggup bertanyakan soalan ‘dalam kain’ demi views. Jelas mereka, content creator sebegini memburukkan nama content creator lain yang ikhlas mencipta video berfaedah.

Kredit: X @twtbiy/OhMedia

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 23-2-2024 11:31 PM
Patut la kedai SUB banyak baju hitam..
Iols suka beli baju tshirt kat SUB sebab smart2...
Terutama lengan 3 suku
Quote beatgirlX 23-2-2024 11:35 PM
Punahhhh
Quote pearl.silver 23-2-2024 11:47 PM
Ada satu lg yg bdk pompuan bertudung ngaku trisome tu best smpi ketagih
Quote hyie 23-2-2024 11:58 PM
iols ada tengok video ni jugak haritu. Bagi iols, budak pompuan tu sejenis budak bandar yang sporting dan jenis tak kisah, i mean jenis selamba la. Open minded gitu, tipikal budak bandar la.

so iols fikir budak tu balik dengan 2orang lelaki je tapi setakat balik lepak2 lepas clubbing dan hantar balik rumah je. Sebab dia tak mentioned pun check-in hotel etc..so, ok lah...

nak kata soalan ni tak sesuai, rasa macam ok je sebab tak rasa budak tu segan2 gitu. Unless soalan ni diajukan kat budak pompuan persis watak setazah, haruslah jatuh air muka dia. Camnetah nak explain...tapi camtulah iols rasa...
Quote imransulaiman 24-2-2024 01:01 AM
Dah budak perempuan tu pun jawab, kira ok lah.
Bukan nak galakkan...tapi dah dua-dua pun bingai.. Kira okay je lah.
Quote MissYouSayang 24-2-2024 01:18 AM
Content pebenda la skrg ni ..x habis2 isu memant@t.. atlis tnye la psl  global warming ke, currency exchange ke, world war ke atau pun psl artificial  intellingent...ni tnya brape kali ang check in blablabla...
Quote gigahertz 24-2-2024 01:21 AM
shernazz replied at 23-2-2024 03:31 PM
Patut la kedai SUB banyak baju hitam..
Iols suka beli baju tshirt kat SUB sebab smart2...
Terutama l ...

I baju hitam x boleh. Sebab suka garu2 kepala.
Pastu kadang2 bulu kucing.
Quote gigahertz 24-2-2024 01:25 AM
hyie replied at 23-2-2024 03:58 PM
iols ada tengok video ni jugak haritu. Bagi iols, budak pompuan tu sejenis budak bandar yang sportin ...

Kalau dia mmg original budak bandar
Duduk di bandar insyallah boleh jaga diri.
Tapi budak kg kalau sesat masuk bandar
Mmg habis. Jarang kita dengar budak bandar
Mcm ni lari ikut jantan. Yang selalu kita dengar
Jenis2 muslimah tudung complete atas bawah
Lari ikut jantan. Kalau ikut lelaki united state ke
Jerman ke ok la jugak ada transfer genetik
Ni ntah mana rempit
Bangla pakistan di ikutnya.
Quote jejaka_hensem 24-2-2024 04:24 AM
Bab2 bukak aib,korek2 aib orang ni memang menjadi kegemaran org Malaysia sis.
Tak percaya?cer pergi dekat gosip tempatan sana,aib kisah silam retis still lagi sikorek dicanang semesta forum
Quote midori888 24-2-2024 06:09 AM
hyie replied at 23-2-2024 11:58 PM
iols ada tengok video ni jugak haritu. Bagi iols, budak pompuan tu sejenis budak bandar yang sportin ...

Meols sebagai bdk bandar KL original, setuju. Biasa lepas clubbing org gi mkn2 kat mamak. Meols rasa lelaki2 tu hanya htr ppuan tu balik rumah. Lelaki htr ppuan balik kan perkara biasa jer. Adik meols ada jer pergi holidays dgn his exgf, tapi diorg stay bilik hotel lain2. We percaya dia takde buat perkara yg tak sepatutnyer dgn his exgf, hanya sekadar gi holidays sama2 jer.
Quote kasibiman 24-2-2024 08:29 AM
Terikut sangat acuan civil liberty, acuan constitutional rights, acuan black women ratchetness yg bersepah di alam Maya.

Ambil cakna rukunegara kelima: kesopanan dan kesusilaan.

Bukan asal boleh berselindung sebalik keterbukaan utk langgar rukunegara kelima ni.


Maderpak
Quote akido_kido 24-2-2024 10:40 AM
zaman dimana eveyone boleh ada channel sendiri di tiktok youtube..boleh interview orang walaupun tak belajar etika kewartawanan etc..ini lah hasilnya..content sampah yg merosakkan viewer lagi2 anak2 remja
Quote chandrahusin 24-2-2024 10:55 AM
Dh view mencanak bila konten bodoh²
Tu yg makin bebal msg²
Quote nolya 24-2-2024 11:11 AM
hyie replied at 23-2-2024 11:58 PM
iols ada tengok video ni jugak haritu. Bagi iols, budak pompuan tu sejenis budak bandar yang sportin ...

Baragkali gadis bandar ni ialah jenis yg tidak dipantau d dikawal oleh parentnya. Umur semuda itu dah biasa dgn akhlaknya tidak disemak, agamanya lagilah...... hanyut.  Mungkin parent sendiri pun jenis yg tak kesah, anak pergi mana, berkawan dgn sape, suka kamulah.
Quote mrs.uzair 24-2-2024 12:07 PM
lepas tu yg menjawab pun terlalu jujur. alahaiii
Quote pavlovachoc 24-2-2024 01:10 PM
hyie replied at 23-2-2024 11:58 PM
iols ada tengok video ni jugak haritu. Bagi iols, budak pompuan tu sejenis budak bandar yang sportin ...

Katenya budak perempuan tu asalnya dari felda
Quote shernazz 24-2-2024 01:22 PM
gigahertz replied at 24-2-2024 01:21 AM
I baju hitam x boleh. Sebab suka garu2 kepala.
Pastu kadang2 bulu kucing.

Ye ke..
Dolu iols masa study keje part time kat Kenny Rogers...Jadi kena pakai tshirt hitam..
Kat kedai tu paling best tshirt dia..
Kalau baju pompuan mmg baju gi clubbing punya style...hahaa..
Quote mily 24-2-2024 01:30 PM
gigahertz replied at 24-2-2024 01:25 AM
Kalau dia mmg original budak bandar
Duduk di bandar insyallah boleh jaga diri.
Tapi budak kg kala ...

Setuju bab tu..
Quote dua_chzy 24-2-2024 02:04 PM
Edited by dua_chzy at 24-2-2024 06:05 AM
gigahertz replied at 23-2-2024 05:25 PM
Kalau dia mmg original budak bandar
Duduk di bandar insyallah boleh jaga diri.
Tapi budak kg kala ...


Aku budak kampung. Ok je masuk bandar. Yang penting kena pandai carik kawan. Oya dulu kat U aku kawan budak2 gereja yang merokok idok, mabuk2 idok, clubbing idok, berzina idok. Sah2 terselamat dari donya yang fana.

Ni juga antara sebab aku tak Talibankan anak2 sedari kecik. Ramai la aku nampak hanyut kat U, termasuklah budak2 course Pendidikan Agama Islam. Yang tidoq berzina dengan boipren pun hada. Sekarang sah2 dah jadik ustazah SMK.

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:16 PM GMT+8 , Processed in 0.288552 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top