CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mati Diikat, Dipukul: Mangsa Positif Dua Jenis Dadah, Mempunyai 10 Rekod Dadah - Polis

23-2-2024 03:06 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 15834| Komen: 106

Description: PETALING JAYA – Polis mengesahkan lelaki yang diikat dan dipukul sehingga maut dalam kejadian di Taman Pelangi Semenyih 2, Kajang pada Selasa lalu positif dadah jenis methamphetamine dan ganja.


PETALING JAYA – Polis mengesahkan lelaki yang diikat dan dipukul sehingga maut dalam kejadian di Taman Pelangi Semenyih 2, Kajang pada Selasa lalu positif dadah jenis methamphetamine dan ganja.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, perkara itu diketahui hasil laporan bedah siasat terhadap mayat lelaki berusia 42 tahun tersebut semalam.

“Semakan mendapati si mati mempunyai 10 rekod dadah selain dikehendaki atas kesalahan dadah,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, di sini hari ini.

Susulan kejadian itu, Hussein memberitahu, pihaknya menahan dua lagi individu berusia 22 dan 39 tahun di Kajang semalam.

“Akan ada lagi suspek yang akan ditahan. Kita juga menerima laporan yang dibuat oleh dua pemilik kenderaan yang terbabit dalam kemalangan tersebut.


“Difahamkan, ketika kejadian, mangsa melanggar dua kenderaan sebelum meninggal dunia dipercayai akibat dipukul,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya masih menyiasat motif kejadian itu selepas bedah siasat mendapati tiada kecederaan jelas pada mangsa yang menyebabkan kematian.

Tambah Hussein, saksi kejadian diminta supaya tampil bagi membantu siasatan.

“Kita akan melihat penulisan orang ramai di media sosial berkaitan kes itu sekiranya boleh dipanggil bagi memberi keterangan untuk membantu siasatan.

“Pada masa sama, kita menasihatkan orang ramai supaya tidak menokok tambah dan mereka cerita berkaitan kes ini.

“Ini kerana ia akan memberi kesan terhasap siasatan polis selain mendatangkan kegusaran kepada orang ramai,” kata beliau.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan seorang lelaki maut disyaki dipukul dan diikat selepas terbabit kemalangan di Taman Pelangi Semenyih 2 pada Selasa lalu.

Ketika kejadian, mangsa memandu kereta Proton Saga.

Mangsa ditemui tidak bernyawa dalam keadaan terbaring atas jalan dan terdapat kesan pergelangan tangan seperti diikat.

Susulan itu, pihak polis menahan lima lelaki berusia 22 hingga 52 tahun bagi membantu siasatan pada Rabu lalu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shamsadis 23-2-2024 03:18 PM

Quote anony-mous 23-2-2024 03:31 PM
LOL plot twist nasib baik i diam dlu sblm ni sbb mmg nk tggu keputusan toxicology. So betul la mabuk dadah. Bkn pitenah. Dah, keluarkan balik smua yg ditahan, say thanks dah tlg hapuskan taik dadah
Quote mamajawie 23-2-2024 03:41 PM
ok hilang 1 mat dadih kat malaysia ni
Quote prettyuglybabe 23-2-2024 03:41 PM
i berita macam ni mesti tunggu cerita both side..
walaupun i tak sokong keganasan, but kebaikannya, kurang dah satu pendadih
Quote Noraniza_Iblis 23-2-2024 03:43 PM
iolss tarik balik hinaan dan cercaan kepada abam2 rider...
kurang sorg pendadih...cukurrrr
Quote BrendaWilliams 23-2-2024 03:44 PM
Beyond just retrieving monetary assets, Revenant cyber hacker can restore lost Bitcoin. They have given the Bitcoin community hope, confidence, and peace of mind again. Revenant cyber hacker reliable and safe services have made them a lighthouse for people who have encountered the shadowy side of cryptocurrencies. Their commitment to helping people and companies recover what was lost is admirable, and they have played a crucial part in the resurgence of Bitcoin. They carefully analyze the situation, including wallet details and any available information, and utilize their expertise to retrieve inaccessible or lost funds. Their comprehensive process combines technical expertise, cryptography, and the latest recovery methods to maximize the chances of successful restoration. While Revenant cyber hacker has an impressive success rate in recovering lost Bitcoin, it is important to note that each case is unique. The outcome depends on various factors, such as the nature of the issue and the available information. Revenant cyber hacker team of experts works diligently to explore all possible avenues for recovery just like my case. I will advice an immediate contact with Revenant cyber hacker by using the following platform below.

Email: revenantcyberhacker ( @ ) Gmail ( . ) Com

Whatsapp: +1(272) 770-8654

Website: revenantcyberhacker ( . ) Net
Quote black_handbag 23-2-2024 03:44 PM
dah agak mesti motif dendam@dadah. sbb cara pukul tu mcm nak lepas geram marah sgt
Quote black_handbag 23-2-2024 03:44 PM
teringat pulak mak ayah arwah komen anak diorang baik takde cari pasal dgn orang. sekali mendadih siap ada rekod mengedar lagi kan
Quote Belibis 23-2-2024 03:52 PM
Nyonya mabuk langgar berderet motorsikal,okay jahhhh..takde pulak sampai kena belasah...
Ohhhh..lupa,mabuk arak lebih baik dari khayal dadah.[em:10:]
Quote KamikuP 23-2-2024 03:59 PM
LOL plot twiast rupanya..habis terbukak aib si mati.. yang malu mereka dan keluarga mereka
Quote adiwarna 23-2-2024 04:13 PM
Ada member pegawai kebajikan masyarakat cerita kat aku yg mat pet yg tegar2 ni mmg badannya dah jadi rapuh sgt2, fragile dan tulang pun senang retak, kalo pukul kuat sikit pun boleh senang mati....polis2 pun x berapa bantai sgt mat pet2 ni kalo menangkap, takut x sengaja bunuh diorang...
Quote PinkyPie 23-2-2024 04:34 PM
Selamat dah sorang. Tapi Kajang skang mmg port samseng yerr
Quote kaedahnya 23-2-2024 04:38 PM
ada screenshot time dia kena ikat kaki tangan tu lalu kat timeline cepat cepat aku scroll. scary weh.
Quote kaedahnya 23-2-2024 04:39 PM
tapi still scary cara mati nya pun kena pukul sampai mati.
Quote mawarika 23-2-2024 04:42 PM
Belibis replied at 23-2-2024 03:52 PM
Nyonya mabuk langgar berderet motorsikal,okay jahhhh..takde pulak sampai kena belasah...
Ohhhh..lupa ...

Yg kes ni aku marah betul dgn nyonya hanat tu. Siap mengaku tak bersalah. Aman2 skg goyang kaki dok rumah. Mkn babek byk sgt sampai keras hati. Langgar org pun masih rasa takde apa. Babekkk punya cong ceng.
Quote Skuau 23-2-2024 04:42 PM
Belibis replied at 23-2-2024 03:52 PM
Nyonya mabuk langgar berderet motorsikal,okay jahhhh..takde pulak sampai kena belasah...
Ohhhh..lupa ...

tak pasti la pulok..depa tau dia penagih...
Quote hayrin86 23-2-2024 04:42 PM
Semoga yang membelasah arwah yang rupanya tahi dadah dibebaskan segera. Tak perlu tunggu Hari Raya atau Hari Merdeka pun tak apa..
Quote sharlenetexas 23-2-2024 04:50 PM
Kalau dgn cainis kelly ng tak berani pulak.


Quote sharlenetexas 23-2-2024 04:51 PM
adiwarna replied at 23-2-2024 04:13 PM
Ada member pegawai kebajikan masyarakat cerita kat aku yg mat pet yg tegar2 ni mmg badannya dah jadi ...

Dadah merosakkan badan sampai ke tulang jadi reput.


Lihat semua komen(106)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:31 AM GMT+8 , Processed in 0.055548 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top