CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Hasil Mengemis Dapat RM500 Untuk 4 Jam, Siap Miliki Proton X70 Flagship ” – Lelaki "Kantoi" Hidup Senang Dengan Mengemis Di Pasar Malam ...

22-2-2024 05:43 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 440| Komen: 2

Description: Satu perkongsian di Facebook oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Maran baru-baru ini telah mencuri perhatian warga maya gara-gara aktiviti seorang individu ini yang beroleh kekayaan hanya dengan m ...


Satu perkongsian di Facebook oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Maran baru-baru ini telah mencuri perhatian warga maya gara-gara aktiviti seorang individu ini yang beroleh kekayaan hanya dengan mengemis di pasar malam.

Dalam hantaran tersebut, pihak JKM Maran mendedahkan sindiket dan aktiviti seorang lelaki yang mampu meraih sehingga RM500 dalam tempoh empat hingga ke lima jam setiap hari.

Lebih mengejutkan, lelaki berkenaan turut memiliki sebuah kereta jenama Proton X70 hasil daripada meminta sedekah setiap hari.

Loading FB Post...


"Dia mengatakan kad pengenalannya berada dalam kereta. Penguatkuasa JKM mengekori lelaki itu ke keretanya. Percaya atau tidak, seorang yang tadinya berdiri meraih simpati orang ramai memandu sebuah Proton X70 Flagship."

Difahamkan, lelaki berkenaan turut menerima Elaun Pekerja OKU daripada pihak JKM sebanyak RM450 sebulan sejak tahun 2001 lagi.

"Dia juga mengaku kereta Proton X70 Flagship itu adalah miliknya. Menurutnya hasil pengemisan boleh mencecah sehingga RM500 bagi tempoh empat ke lima jam berada di pasar-pasar malam."

Menurut pihak JKM, lelaki itu berlakon seperti pekak dan bisu namun sebaliknya manusia normal namum memiliki OKU fizikal di kedua-dua belah tangannya.

Lelaki itu kemudian dilepaskan dengan amaran oleh Penguatkuasa JKM setelah disoal siasat.

Perkongsian tersebut kemudiannya menuai pelbagai kritikan netizen yang rata-rata meluahkan rasa ‘kagum’ kerana lelaki itu mampu membeli kereta mewah hanya dengan pendapatan mengemis.

“Yang ada kerja tetap pun belum tentu mampu beli X70” komen seorang netizen.

SUMBER : Facebook/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote Antifake 23-2-2024 07:13 PM
Tunjukkan ajelah mukanya. So orang aware this guy dah tak payah nak bagi lagi
Quote KamikuP 23-2-2024 04:04 PM
X70 tu.. cuolls mampoo?

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:37 AM GMT+8 , Processed in 0.029666 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top