CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

[VIDEO] Saintis Berenang Bersama Ular Terbesar Di Dunia Di Sungai Amazon

22-2-2024 10:15 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6520| Komen: 38

Description: BRASILIA, BRAZIL – Seorang ahli biologi dari Belanda menemui ular terbesar di dunia yang dirakam menyusur dasar sebatang sungai di Hutan Hujan Amazon sebelah Brazil, lapor akhbar The Sun semalam.


BRASILIA, BRAZIL – Seorang ahli biologi dari Belanda menemui ular terbesar di dunia yang dirakam  menyusur dasar sebatang  sungai di Hutan Hujan Amazon sebelah Brazil, lapor akhbar The Sun semalam.

Reptilia  gergasi itu memiliki berat 199.5 kilogram atau tiga kali ganda melebihi berat manusia biasa dan berukuran 7.62 meter panjang. Saiz kepalanya dikatakan menyamai saiz kepala manusia.

Spesies Anakonda Hijau Utara tersebut ditemui oleh Profesor Freek Vonk  yang juga pengacara sebuah program hidupan liar di televisyen.

Dalam video yang disiarkan, Vonk dirakam berenang di sebelah ular gergasi berkenaan.

Loading FB Post...


“Berdasarkan video yang anda boleh lihat, ia merupakan anakonda terbesar  pernah saya lihat. Ia setebal tayar kereta, sepanjang 7.62 meter dan seberat 199.5 kilogram,” katanya. – AGENSI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote msdummy.2018 22-2-2024 10:19 AM
Mana videonya
Quote B40tastePosh 22-2-2024 10:21 AM
Takda video tak percaya
Quote Thunderclouds 22-2-2024 12:10 PM
J Lo sinyum siniss
Quote KamikuP 22-2-2024 03:59 PM
Sudin: Kalau dia ngap saya tinggal ngep!
Pak Mustar: Eh Eh kenapa cari keja yang berat-berat nak?
Ramli: Apa boleh buat pakcik..nasib badan...
Quote airfilterkotor 22-2-2024 04:29 PM
Utk rekod, Green Anaconda paling besar adalah 400kg dan 10m panjang.
Quote shernazz 22-2-2024 06:25 PM
Yang orang Kata jumpa ular di hutan beso kayu balak.tu betul ke tak EK?
Ada yang berlumut.lagi...
Quote noor2 22-2-2024 07:23 PM

[youtube]ZJBD-Ga-0uM?si=UnmZsymmXVlWugkJ[/youtube]
Quote Suchi 22-2-2024 07:46 PM
Seramnya harap tak masuk mimpi iols
Tak paham knp ada yg wat pet hewan jenis ni hewan  yg ada dlm kubur tak patut jd hewan belaan ngarut jaah
Btw kat melaka ada zoo apatah yg import beliau jd hewan pameran siap bleh sentuh lagi.
Risau betul laa napa la dibawa kat sini kang tiba terlepas dia membesor pastu membiak plk kat hutan sini
Euwwww seremmmmm
Quote Suchi 22-2-2024 07:55 PM
shernazz replied at 22-2-2024 06:25 PM
Yang orang Kata jumpa ular di hutan beso kayu balak.tu betul ke tak EK?
Ada yang berlumut.lagi...
...

Teringat dulu masa sekolah baca majalah Dewan Masyarakat ada satu cerpen tu cerita tentang batu misteri yg besar berlumut dlm hutan.
Kononnya ada projek pembinaan apatah dlm hutan so nk kena la tebang pokok alihkan batu bagai, bila jentolak cuba nak alihkan batu besar tu mcm susah. Hinggalah tiba2 batu mcm bergerak sbb masa tu mcm ada darah keluar.
Baru la dorang tersedar batu tu rupanya panjang dan  tak tau mana penghujungnya
Tgk batu tu bergerak dorang pun lari laa tak jadi nk teruskan keje.
Quote Nokiaman 22-2-2024 08:14 PM
awat ulaq tu tak libas ?senyap je macam seram nak makan daging manusia
Quote jerukkedondong 22-2-2024 08:16 PM
berat lagi che kiah sawa betina 220 kg kat balik pulau dulu pernah msuk majalah 3..tapi
dah mati ular tu 28 dis tahun lepas..sedih betul abg sado yg bela ular tu..
hobi dia bela ular..macam2 jenis ular dia bela..sampai org kampung pun takut..
tukar la hobi tu bang..jaga ular dalam seluar tu cukup
Quote jejai 22-2-2024 09:06 PM
Seriously claim terbesar di dunia.aku rasa pernah baca berita ular sawa kat malysia lg lebih 200kg
Quote Jitu 22-2-2024 11:03 PM
besarnya

mcm dlm movie pulak tengok
Quote sharlenetexas 22-2-2024 11:06 PM
noor2 replied at 22-2-2024 07:23 PM

Heols berenang dgn baju gi ofis?


Quote airfilterkotor 22-2-2024 11:29 PM
Edited by airfilterkotor at 23-2-2024 06:24 PM

"Seorang ahli biologi dari Belanda menemui ular terbesar di dunia yang dirakam  menyusur dasar sebatang  sungai di Hutan Hujan Amazon sebelah Brazil, lapor akhbar The Sun semalam."

Sepatutnya ia berbunyi:
"menemui spesis ular terbesar di dunia..."

Lagipun, dia sendiri kata:
“Berdasarkan video yang anda boleh lihat, ia merupakan anakonda terbesar pernah saya lihat. Ia setebal tayar kereta, sepanjang 7.62 meter dan seberat 199.5 kilogram,” katanya.

Terbesar yang dia penah lihat tidak bermaksud terbesar di dunia.
Rekod dunia panjang 10m berat 400kg lebar 0.9m.


Quote Farnor 22-2-2024 11:54 PM
Alah baru ular bersalin kulit..memang takdo la di ngap.
Quote mamajawie 23-2-2024 03:25 PM
i penah mimpi ulat tedung bulan lepas..dalam mimpi tu ular tu patuk dua2 belah tangan i..motif sangat
Quote KiddInc 23-2-2024 04:02 PM
ular tu gh kenyang kot....tu berani je tu selam tepi...
Quote _kelly 23-2-2024 04:10 PM
airfilterkotor replied at 22-2-2024 04:29 PM
Utk rekod, Green Anaconda paling besar adalah 400kg dan 10m panjang.

mak aii..kat amazon jugak ke

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:23 AM GMT+8 , Processed in 0.152544 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top