CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bina Kerajaan 9 Di Melaka Tuduhan Berat, Tiada Kaitan Maula

22-2-2024 10:13 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6602| Komen: 45

Description: SUNGAI BULOH – Pertubuhan Nur AlMustafa Malaysia menyifatkan tuduhan mudir membeli sebidang tanah seluas 11 hektar di Melaka untuk membina perkampungan Kerajaan 9 sebagai satu fitnah yang sangat bera ...


SUNGAI BULOH – Pertubuhan Nur AlMustafa Malaysia menyifatkan tuduhan mudir membeli sebidang tanah seluas 11 hektar di Melaka untuk membina perkampungan Kerajaan 9 sebagai satu fitnah yang sangat berat.

Pengerusinya, Hasnul Hakim Mohd Zain berkata, perancangan asal adalah untuk membina sebuah Kota Cinta yang bakal menjadi pusat pengajian Islam dalam sebuah komuniti yang mencintai Allah SWT dan rasulnya.

“Bagaimanapun, cadangan tersebut masih jauh kerana kita tidak mempunyai kekangan dari segi dana.

“Malah, semua ahli di madrasah ini juga berkhidmat secara sukarela tanpa mengharapkan sebarang upah atau bayaran dan tidak menggunakan dana infaq seperti yang digembar-gamburkan,” jelasnya dalam sidang akhbar bertempat di Madrasah Darul Uloom Al Mustafa (DUAM), Sungai Buloh di sini hari ini.

Hasnul menegaskan, maula yang didakwa terlibat langsung tidak mempunyai sebarang kaitan dengan apa-apa hal ehwal madrasah dan hanyalah tetamu yang dijemput untuk mengimarahkan program yang diadakan oleh pertubuhan.


Tambah Hasnul, pihaknya juga menafikan dakwaan menggunakan mawla sebagai ‘magnet duit’ untuk mendapatkan kutipan dana.

Dalam pada itu, Hasnul menjelaskan, untuk mendirikan sesebuah madrasah, pihaknya perlu menyiapkan satu kertas kerja bagi menampung usaha pendidikan pelajar dan dakwah yang berterusan.

“Sekiranya (bukti) sedia ada tentang madrasah tidak mencukupi, pihak berkaitan boleh semak dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk lihat sendiri baki akaun madrasah,” ujarnya.

Hasnul berkata, disebabkan kekangan kewangan, pihak madrasah tidak mampu untuk membeli sebidang tanah, apatah lagi tanah seluas 11 hektar seperti yang didakwa oleh sebuah akhbar tempatan baru-baru ini.

“Pihak kami menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kami mengutip dana awam untuk tujuan tersebut.

“Ia hanyalah satu cetusan idea untuk bina perkampungan muslim namun tidak dapat diteruskan kerana kekangan kewangan,” katanya. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 22-2-2024 10:21 AM
Mula2 kota cinta la lama2 bina teko giant, labu giant, sipar giant bagai.  
Quote Triple_8 22-2-2024 10:33 AM
Samerosie replied at 22-2-2024 10:21 AM
Mula2 kota cinta la lama2 bina teko giant, labu giant, sipar giant bagai.

Tugu Selipar Arab itu wajib ada.
Quote Sazreena 22-2-2024 12:01 PM
Al-Arqam 2.0 ke....
Quote adiwarna 22-2-2024 01:32 PM
Netizen2 terpaling holier than thou ni bila mall pusat beli belah dibuat, marah kutuk kecam berjemaah, ni pusat agama sufi centre nak dibuat, marah kecam keji jugak......apaaa pun x boleh    otak masing2 dah zombie dek hari2 tgk tiktok berjam2, kesiannnn umat manusia kena attack gelombang energy teknologi jin dan dajjal nak melemahkan manusia....manusia pulak rata2 jahil mcm mana nak protect diri dari this kind of attack.....itu yg ramai org islam skrg yg bunuh org sana sini, bawak kenderaan mcm org bodoh eksiden bunuh anak bini, rogol org, bunuh diri terjun bangunan etc etc
Quote lightheaded67 22-2-2024 04:52 PM
habis bushuk org yg kait dgn dia.. tp lebih baik smua org lapang dada, dah dia bukan keturunan nabi, kita pun benti layan beria, sbb layanan spesel yg dia dpt tu atas tiket keturunan nabi. so dh dia bukan ,jd tak perlu layanan spesel sperti dulu.ok a ni kejap je dia dpt scam acik2. kalau lagi seploh tahun doploh tahun scam nye, aa menung. kita nexttttt kan aje
Quote KiddInc 22-2-2024 05:10 PM

Al-Arqam tu bagus konsep dia...ioolllsss suka sangat...tolak tepi issue merepek yg lain tu la...

menitik beratkan perniagaan...biz padu siak...makanan, transportation, penerbitan buku2, hartanah, nasyid2...mcm2 lah
Quote otai_g 22-2-2024 05:19 PM
Kena dgr kedua2 belah pihak jgk. Pdrm pun bknnya btl sgt
Quote Sazreena 22-2-2024 07:11 PM
KiddInc replied at 22-2-2024 05:10 PM
Al-Arqam tu bagus konsep dia...ioolllsss suka sangat...tolak tepi issue merepek yg lain tu la...

...

Kebanyakan kumpulan nasyid lejen adalah saki-baki bekas kumpulan Nada Murni...yeah good concept tapi terlajak kat tauhid..susah jadinya.
Quote jejai 22-2-2024 09:07 PM
Apa benda kerajaan 9 tu
Quote Belibis 22-2-2024 09:42 PM
otai_g: Kena dgr kedua2 belah pihak jg ...

Kahhhh...liberal man tersenyum sinis kalau bab2 gini.
Quote dani-rox 22-2-2024 09:44 PM
Kota Cinta? Gelinya dengar nama. Mcm tajuk filem 80an jah
Quote manopBKK 23-2-2024 02:26 AM
adiwarna replied at 22-2-2024 01:32 PM
Netizen2 terpaling holier than thou ni bila mall pusat beli belah dibuat, marah kutuk kecam berjemaa ...

Sebab dimomok dgn dunia akhir zaman! Yg tercicir bangsa sendiri..lah.
Quote sekngucing 23-2-2024 02:28 AM
Samerosie replied at 22-2-2024 10:21 AM
Mula2 kota cinta la lama2 bina teko giant, labu giant, sipar giant bagai.

Diorang nak hidup off grid..mcm satu pertubuhan haritu masa covid nak hidup off grid tp dirangkap semuanya sebab katanya ajarans esar namun dinafikan
Quote Samerosie 23-2-2024 09:27 AM
sekngucing replied at 23-2-2024 02:28 AM
Diorang nak hidup off grid..mcm satu pertubuhan haritu masa covid nak hidup off grid tp dirangkap  ...

Most of the time, living in community macam ni akan fail.  Sebab sikap manusia yg tamak, leader(s) worshipping etc.  Lama2 yg kuat akan control yg lemah, ujung2 declare dia pula tuhan.
Quote BeskotCekelat 23-2-2024 09:35 AM
Kenapa nak buka Kerajaan 9 kat Melaka? Sebelah tu kan dah ada Negeri 9, JV je la dengan kerajaan Nismilan tu, buat MOU win-win situation...
Quote KiddInc 23-2-2024 10:02 AM
Sazreena replied at 22-2-2024 07:11 PM
Kebanyakan kumpulan nasyid lejen adalah saki-baki bekas kumpulan Nada Murni...yeah good concept ta ...

ioolls baru tgk caprice nyer podcasst.....ghupenye masih wujud jemaah dari al- arqam ni eh...n semua dia cite dgn tetamu tu betul coz ioollss penah berjiran dgn ahli al-arqam..ioollss tau byk cheghiteee....kat area kg sg penchala tu...
Quote Sazreena 23-2-2024 04:06 PM
KiddInc replied at 23-2-2024 10:02 AM
ioolls baru tgk caprice nyer podcasst.....ghupenye masih wujud jemaah dari al- arqam ni eh...n sem ...

Ya benerrr...skang ni katanya dah berpindah ke Rawang..ganti nama lain..Wallahua'lam.
Quote epullipan 23-2-2024 05:14 PM
Triple_8 replied at 22-2-2024 10:33 AM
Tugu Selipar Arab itu wajib ada.

tugu capal ke tu
Quote Samerosie 23-2-2024 05:51 PM
Sazreena replied at 23-2-2024 04:06 PM
Ya benerrr...skang ni katanya dah berpindah ke Rawang..ganti nama lain..Wallahua'lam.

Global Ikhwan?

Ada satu rumah anak2 yatim kat sini bawah Global Ikhwan i dengar tapi minta donation.  Pastu I pun cakap la dalam taman wa group tu, Global ikhwan ni kaya raya tapi kenapa pula rumah yatim ni minta derma/makanan etc dri orang ramai.  Lepas tu i kena kecam pulak.  something is not right la there.

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:25 AM GMT+8 , Processed in 0.061916 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top