CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Louisiana Isytihar Darurat Rusa ‘Zombi’ Ancam Penduduk

21-2-2024 10:04 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6263| Komen: 14

Description: BATON ROUGE, LOUISIANA – Pegawai-pegawai hidupan liar di negeri Louisiana mengisytiharkan ‘darurat’ berikutan peningkatan bilangan kes penyakit rusa zombi atau Chronic Wasting Disease (CWD), lapor ...


BATON ROUGE, LOUISIANA – Pegawai-pegawai hidupan liar di negeri Louisiana mengisytiharkan ‘darurat’ berikutan peningkatan bilangan kes penyakit rusa zombi atau Chronic Wasting Disease (CWD), lapor akhbar Daily Star semalam.

Jabatan Hidupan Liar dan Perikanan Louisiana melaporkan sebanyak 19 ekor rusa di negeri itu diserang penyakit CWD.

Haiwan dijangkiti CWD menunjukkan simptom  seperti renungan  kosong dan  menjadi sangat kurus serta agresif.

Selepas kes rusa pembawa CWD dilaporkan di negeri jiran, Mississippi pada 2018, ahli-ahli biologi Louisiana diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.

Kebimbangan mereka menjadi nyata apabila kes pertama rusa zombi dilaporkan pada 2022 di Tensas Parish, yang terletak berhampiran sempadan Mississippi.

Sehingga kini, terdapat 244 kes yang disahkan CWD di Mississippi dan dengan 19 dicatatkan di Louisiana.


Sehubungan itu, Jabatan Hidupan Liar dan Perikanan Louisiana mengisytiharkan kecemasan dan menetapkan ‘kawasan kawalan’. Ia merangkumi Tensas Parish dan sebahagian Concordia, Franklin, dan Madison.

Haiwan yang dijangkiti termasuk rusa, elk dan karibu, sangat mudah menularkan penyakit itu, dengan renungan tajam ketika dijangkiti menyebabkan ia digelar rusa zombi.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), CWD telah ditemui di sekurang-kurangnya 31 negeri di Amerika Syarikat selain Norway, Finland, Sweden, Korea Selatan dan Kanada.

Penyakit yang membawa maut itu boleh menjangkiti manusia jika mereka makan daging rusa dijangkiti selain boleh menular menerusi rumput, persekitaran dan air tercemar. – AGENSI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Pumpkinhead 21-2-2024 10:38 AM
mak oiii kena kuarantin la Mississippi
Quote sayangselamah 21-2-2024 01:14 PM
Adakah rusa ni menggigit manusia dan bertukar jadi zombi
Quote supernaturalee 21-2-2024 03:44 PM
ada tgk video short YouTube
katanya ada pembentukan protein something dlm otak die
tu yg jd biul gitu
untreated yach

Quote kakikuDibibirmu 21-2-2024 03:47 PM
[youtube]6Ejga4kJUts[/youtube]
Quote green~tea 21-2-2024 03:48 PM
So boleh sembuh ke tidak? Ke hanya kematian menjadi jawapan?
Quote ibu_haritz 21-2-2024 04:15 PM
Mcm dlm filem Train 2 Busan..Punca dia dari rusa jgk kan..
Quote antikorok 21-2-2024 07:44 PM
CJD dan vCJD aka human mad cow disease tersenyum sinisss
Quote SalenaGomez 21-2-2024 07:52 PM
ibu_haritz replied at 21-2-2024 04:15 PM
Mcm dlm filem Train 2 Busan..Punca dia dari rusa jgk kan..

Teringat cite julia roberts kat Netflix- leave the world behind. Ada rusa ni juga. Cite best, ending kurenggg
Quote shernazz 21-2-2024 11:26 PM
Bambi kena kuarantin..
Quote Ahriman 21-2-2024 11:50 PM
Ampon.zombie apocalypse bakal tiba.
mano nak lari ni?
Kene buat bunker bawah rumah ni.
Quote nisako 22-2-2024 08:18 AM
wow ..zombie in the making ke.... scary.......
Quote Simunggu 22-2-2024 08:22 AM
kalau di sabah tak sempat kau sakit rusa sudah dalam freezer
Quote Lolalala 22-2-2024 11:18 PM
Masa baca artikel ni terigt cerita tu jugak. Byk rusa dgn pandangan kosong gitu.Ending dia mmg hampeh. Ending Friends lagi penting
Quote AbukRokok 23-2-2024 08:55 AM
Ahriman replied at 21-2-2024 11:50 PM
Ampon.zombie apocalypse bakal tiba.
mano nak lari ni?
Kene buat bunker bawah rumah ni.

aku dah siap segala homemade weapom utk katok segala zombie mcm citer zombie

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:17 AM GMT+8 , Processed in 0.100415 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top