CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Vlogger Mat Salih Dedah Tak Mandi Tiga Hari Sebab Air Di Negara Kita Warna Kuning

21-2-2024 09:52 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9951| Komen: 91

Description: PETALING JAYA – Perkongsian dua orang vlogger berasal dari Amerika Syarikat yang mendedahkan mereka tidak mandi selama tiga hari ketika melancong di negara ini menerima pelbagai reaksi daripada netiz ...


PETALING JAYA – Perkongsian dua orang vlogger berasal dari Amerika Syarikat yang mendedahkan mereka tidak mandi selama tiga hari ketika melancong di negara ini menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Melalui perkongsian di TikTok, vlogger tersebut memaklumkan dia dan pasangannya tidak mandi selama tiga hari ketika berada di utara negara menuju ke Pulau Langkawi.

Menurut wanita terbabit, mereka enggan mandi berikutan air di bilik hotel mereka kelihatan keruh dan keadaan bilik air juga tidak begitu memuaskan.

“Sudah tiga hari kami tidak mandi, tidak begitu teruk tetapi kami juga berpeluh dengan banyak selama tiga hari berturut-turut di Malaysia.

“Awak tak boleh beritahu saya yang air ini tidak kuning dan juga bilik air kami bocor. Itu bukanlah isu, cuma air mereka kuning,” katanya.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna terkejut dengan tindakan vlogger tersebut memandangkan keadaan cuaca di negara ini yang panas.


“Jom tutup hidung dan bagi pandangan tajam kepada pelancong yang berbau, saya dah penat dengan bau badan mereka,” kata Hiro.

“Tak faham logik mereka, sanggup kotor daripada mandi dengan air yang tidak bersih yang mana sejujurnya tidaklah kotor, cuma keruh dan okey sahaja selagi awak tidak minum air itu. Kalau tak percaya, belilah air mineral. Alasan malas mandi,” kata Pettymint.

“Mungkin mereka dah biasa tak mandi semasa musim sejuk, tetapi Malaysia panas. Awak akan berpeluh dengan banyak, jadi macam mana bolej selesa tidak mandi selama tiga hari?,” soal Bella.

“Tak mandi dalam negara cuaca lembap? Dia tak tahu ke orang lain boleh bau badan dia?,” kata Vy.

Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih 2 juta kali. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote berusjamban 21-2-2024 09:58 AM
Alahai diorg nih kalau air jernih mcm kat sungai switzerland pun bukannya mandi sgt pun
Quote Samerosie 21-2-2024 09:59 AM
Bukan derang ni nak2 dari US budak2 hotel budget gini air keruh ke tak keruh pun memang asal tak mandi.
Quote Perawankota 21-2-2024 10:02 AM
Dorg memang malas mandi kan.. Jgn kasik alasan air keruh..
Quote mehmet 21-2-2024 10:14 AM
Di sana beli air berbotol2 ok shj. Tak mandi pun.
Quote mehmet 21-2-2024 10:16 AM
Apa2 tolong dulukan aduan Rakyat. Jalan berluvang. Air. Dan byk lagi.
Quote krustykrab 21-2-2024 10:19 AM
Cakap je la kami malas mandi
Quote jebatmaspunyer 21-2-2024 10:27 AM
Ewww... beristinjak pakai lap tisu jer, pastu x mandi. Double ewww... Alasan... macam kat US tu bersih sgt airnya. Pelancong US ni biasalah bodoh yang terpaling.
Quote Dwdrum 21-2-2024 10:30 AM
Kutuk lagi fellasssss! .... Puji pun salah
Quote xdielzx 21-2-2024 10:31 AM
dia belum pergi Kelantan lg tu
Quote MadameOnion 21-2-2024 10:41 AM
keturunan berak tak basuh..what do you expect?kekonon lagi civilized dari kita..juboq pun berkerak bau taik
Quote Pumpkinhead 21-2-2024 10:53 AM
toksah mengata Malaysia...ko mmg sejenis susah mandi pun
Quote juboqhang 21-2-2024 11:06 AM
ngada-ngadaaaaaaaaa
Quote bulalof 21-2-2024 11:11 AM
pathetic Americans. dasar pengotor, pemalas, makan fast food for life.
Quote airfilterkotor 21-2-2024 11:23 AM
Orang macam ni pun boleh jadi vlogger kaa. Dasar TikToker busuk.
Quote Thunderclouds 21-2-2024 11:34 AM
Hahahahaha... Kelantanese sinnyumm sinisssss
Quote Thunderclouds 21-2-2024 11:36 AM
Satgi wat bidio puji puja melezia auto hilang ingatan depa ni busuk xmandi.
Tipikal meleis batak pujian omputih
Quote hyie 21-2-2024 11:51 AM
padehal diorang pun malas mandi. Omputih yang duduk kat mesia time panas terik ni pon ada jua yang malas mandi iyaa...baju 3-4 hari pon tak tukar. Motiffff
Quote johan-adx 21-2-2024 11:55 AM
byk yg baik2 sini air itu jgk dia mention
pegi lah mndi kt negara lain dol..byk bunyi sgt
Quote Dwdrum 21-2-2024 12:09 PM
Itu travel jauh jauh ke negara perfect seperti malaysia...last last shower kena air teh o.... Amerika tidak perlu cakap lah negara penuh patis and filthy... Rugi... Rugii.....

Lihat semua komen(91)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:36 AM GMT+8 , Processed in 0.058044 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top