CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Puteri UMNO Gesa Kerajaan Kaji Isu Kewarganegaraan, Pinda Perlembagaan Segera

21-2-2024 09:45 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5902| Komen: 13

Description: PETALING JAYA – Puteri UMNO Malaysia memandang serius isu berkaitan kewarganegaraan bagi seorang anak yang lahir di luar negara dan mempunyai bapa kerakyatan luar negara.



PETALING JAYA – Puteri UMNO Malaysia memandang serius isu berkaitan kewarganegaraan bagi seorang anak yang lahir di luar negara dan mempunyai bapa kerakyatan luar negara.

Selain itu, pihaknya turut menggesa pihak kerajaan untuk segera menkaji perkara tersebut termasuklah perlaksanaan pindaan Perlembagaan.

Ketuanya, Datuk Nurul Amal Mohd. Fauzi berkata, gesaan itu selaras dengan manifesto Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-15 lepas.

“Kami bersetuju pindaan Perlembagaan ini perlu dibincang dengan teliti bagi mengekalkan keharmonian serta ketamadunan rakyat Malaysia yang penuh dengan adat serta tinggi Perlembagaan di negara ini,” katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik di Instagram rasmi pergerakan itu hari ini.

Isu tersebut mula mendapat perhatian selepas kumpulan hak asasi Persatuan Sokongan Keluarga dan Kebajikan Selangor & Kuala Lumpur (Family Frontiers) dan enam wanita warga Malaysia memfailkan saman pemula pada 18 Disember 2020.


Saman tersebut difailkan bagi menuntut perisytiharan bahawa anak wanita warga Malaysia yang berkahwin dengan pasangan rakyat asing layak memperoleh kewarganegaraan secara automatik walaupun dilahirkan di luar negara.

Sehubungan itu, Mahkamah Tinggi memutuskan bayi yang lahir di luar negara oleh ibu warga Malaysia dan pasangan rakyat asing berhak mendapat kerakyatan negara ini secara automatik yang diputuskan pada 9 September 2021.

Bagaimanapun, keputusan itu berubah pada 5 Ogos lalu apabila Mahkamah Rayuan memutuskan kanak-kanak dilahirkan di luar negara oleh ibu warga Malaysia tidak berhak mendapat kerakyatan Malaysia berlandaskan undang-undang negara.

Pada 14 Disember lalu, Mahkamah Persekutuan memberi kebenaran kepada enam ibu warga Malaysia dan Family Frontiers untuk meneruskan rayuan dalam menuntut hak kerakyatan tersebut. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 21-2-2024 09:51 AM
Abangla tersengih sengih...sambil...mengintai dr kamar...
Quote Pumpkinhead 21-2-2024 10:59 AM
kaji jangan tak kaji
Quote sayangselamah 21-2-2024 01:14 PM
Setuju
Quote Zazama 21-2-2024 03:30 PM
Addition Tuan Kerajaan : 1. Lambakkan warga asing.  2. Nilai matawang yg hurrmmm...ntahlah  3. Beras tempatan ke mana menghilangnya  4. Harga barangan yg semakin meningkat. Adalagi tp takkan Tuan Kerajaan tak tau.
Quote joy_ah 21-2-2024 03:42 PM
Skuau replied at 21-2-2024 09:51 AM
Abangla tersengih sengih...sambil...mengintai dr kamar...

konsepnya dimana ko beranak. kes2 begini banyak impak pasangan first world. baby bangla dapat je citizenship kalau lahir di malaysia.
Quote TOPwind 21-2-2024 08:52 PM
keluar je dari PH

dan bergabung dgn PN

Bising2 je tak kemana
Quote Apoo 21-2-2024 09:36 PM
joy_ah replied at 21-2-2024 03:42 PM
konsepnya dimana ko beranak. kes2 begini banyak impak pasangan first world. baby bangla dapat je c ...

Indeed. Kes2 ni banyak melibatkan wanita yg tinggal atau kerja kat first world countries. Depa kawin dgn org luar dan bersalin disana. Klu ikut undang2 sekrg, anak2 depa ni tak layak dapat kerakyatan Malaysia.

Klu lelaki malaysia pula yg kawin dgn wanita warga asing, even anak dia lahir kat oversea pun, layak dapat warganegara.

Tgk pun dah tau ada gender discrimination.
Quote LadyCarefree 21-2-2024 09:39 PM
Apoo replied at 21-2-2024 08:36 PM
Indeed. Kes2 ni banyak melibatkan wanita yg tinggal atau kerja kat first world countries. Depa kaw ...

Dah memang gitu kan lelaki kekonon ketua keluarga. Family name pun nama laki.
Quote annehuda 21-2-2024 10:49 PM
Die gini lah, kalau negara toklaki ko pun tak leh nk kasi kerakyatan kt anak ko, takkan ko harapkan Malaysia pulak jadi tong sampah terpaksa terima anak ko? Sebabnye majoriti kes gini 1. Memang tak hingin pun nak anak jadi warganegara Malaysia tak standard katenye 2. Sebab tak kaji pakat main beranak je bile dh jadi mcm ni baru menggelabah.
Quote Apoo 21-2-2024 11:45 PM
annehuda replied at 21-2-2024 10:49 PM
Die gini lah, kalau negara toklaki ko pun tak leh nk kasi kerakyatan kt anak ko, takkan ko harapkan  ...

Isu dia bukan pandang rendah malaysia atau awareness pasal undang2 ni.

Isu utama sbb apa ada diskriminasi antara warganegara lelaki & perempuan. Awat dia x buat undang2, anak hasil perkahwinan warganegara malaysia dgn warganegara lain & lahir kat oversea, tak boleh jadi warganegara malaysia. Senang. Dua2 x dapat.

Quote sonic-bertaik 22-2-2024 12:04 AM
Apoo replied at 21-2-2024 11:45 PM
Isu dia bukan pandang rendah malaysia atau awareness pasal undang2 ni.

Isu utama sbb apa ada dis ...

Komen bijak....ramai tak paham tapi nak sembang. Hasanah mentaliti.
Quote joy_ah 22-2-2024 12:19 AM
Apoo replied at 21-2-2024 09:36 PM
Indeed. Kes2 ni banyak melibatkan wanita yg tinggal atau kerja kat first world countries. Depa kaw ...

kenapa indon viet pinoy siam yg kahwin lelaki malaysia elok je beranak di saigon manila? elok dapat warganegara tak perlu jejak tanah air pun. cukup tahun anak dapat passport /IC.

dulu ada yg kata atas keselamatan tanah air katanya. habis yg bunuh abang kim jong un dekat klia tu bukan perempuan warga asing?

sepatutnye kalau perempuan xdpt, lelaki pun tak dpt.
Quote firstlurv 19-3-2024 11:10 AM
lama sangat dah isu ni...ada tindakan ke takde?

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:28 PM GMT+8 , Processed in 0.054471 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top