CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘GOLD 1’ Milik Agong Dengan Nilai Bidaan RM1.5 Juta

21-2-2024 10:09 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 344| Komen: 5

Description: PETALING JAYA – Nombor pendaftaran kenderaan ‘GOLD 1’ menjadi milik Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, selepas berjaya membidanya dengan nilai tertinggi dalam sejarah negara iaitu sebanyak RM1. ...


PETALING JAYA – Nombor pendaftaran kenderaan ‘GOLD 1’ menjadi milik Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, selepas berjaya membidanya dengan nilai tertinggi dalam sejarah negara iaitu sebanyak RM1.5 juta.

Nombor pendaftaran berkenaan adalah Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) siri GOLD sempena sambutan jubli emas Hari Wilayah Persekutuan ke-50 yang dilaksanakan pada 1 Februari hingga 5 Februari ini lalu.

Terdahulu, menerusi Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda berkenan menerima mengadap Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, di Istana Negara hari ini bagi mempersembahkan nombor pendaftaran kenderaan ‘GOLD 1’ kepada baginda secara simbolik.

Menurut hantaran tersebut, Sultan Ibrahim berkenan membayar RM1.5 juta kepada Kerajaan Persekutuan bagi nombor khas itu.

Sebelum ini, Anthony berkata, bidaan bagi NPI siri GOLD dibuat secara dalam talian melalui Sistem JPJeBid bagi orang awam dan keputusan telah diumumkan pada 6 Februari lalu.


Katanya, bidaan bagi siri NPI adalah bertujuan untuk menambah hasil negara iaitu kesemua hasil bidaan kelak akan dimasukkan ke dalam akaun disatukan dengan 50 peratus daripadanya akan dikembalikan semula kepada Kementerian Pengangkutan. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote firstlurv 19-3-2024 11:07 AM
ok......
Quote Sazreena 22-2-2024 12:26 PM
Dia mampu dalam byk hal...
Quote Carcosa 22-2-2024 10:46 AM
Sure.

(takut nak ckp apa2)
Quote nisako 22-2-2024 08:27 AM
ok
Quote sayangselamah 21-2-2024 01:13 PM
Tak pelik sebab sebelum2 ni pun nombor cantik selalu agong yang bida

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 10:13 AM GMT+8 , Processed in 0.035706 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top