CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suhu Di Xinjiang China Menjunam Kepada -52.3 Darjah Celsius, Paling Ekstrem Dalam Tempoh Enam Dekad

21-2-2024 10:31 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7643| Komen: 21

Description: Beijing: Wilayah barat China, Xinjiang menghadapi musim sejuk paling ekstrem dalam tempoh enam dekad.


Beijing: Wilayah barat China, Xinjiang menghadapi musim sejuk paling ekstrem dalam tempoh enam dekad.

Suhu memecah rekod 64 tahun di Xinjiang, menjunam kepada -52.3 darjah Celsius.

Selain itu, beberapa bahagian di China sedang bergelut dengan satu lagi suhu beku beku apabila orang ramai kembali dari cuti selama seminggu sempena Tahun Baharu Cina.

Sebelum cuti itu bermula, ribut salji dan hujan berais menyebabkan pengembara terkandas di landasan kereta api dan jalan raya di beberapa kawasan di negara ini.

Media kerajaan berkata, suhu di perbandaran Tuerhong, daerah Fuyun direkodkan paling rendah sejak rekod bermula di Xinjiang, iaitu melepasi -51.5 darjah Celsius pada 21 Januari 1960.

Angka itu tidak jauh berbeza berbanding suhu negara paling rendah iaitu -53 darjah Celsius di Mohe, sebuah bandar di wilayah timur laut Heilongjiang, pada 22 Januari tahun lalu.


CCTV melaporkan, jalan raya sepanjang 853 kilometer di kawasan Altay di wilayah Xinjiang, terjejas selepas dilanda salji selama beberapa hari.

Situasi itu menyebabkan pihak berkuasa lebuh raya menghantar 47 kenderaan dan 86 penyelamat untuk membersihkan salji.

Sementara itu, angka kementerian pengangkutan menunjukkan, wilayah Inner Mongolia dan Xinjiang serta wilayah Liaoning, Jilin dan Heilongjiang menutup 43 bahagian jalan dan 623 stesen tol, kata CCTV pada Isnin.

Pihak berkuasa cuaca negara menaikkan amaran untuk keadaan cuaca sejuk ekstrem itu ke tahap kedua tertingginya, lapor akhbar Global Times, dengan penurunan drastik suhu dijangka di seluruh negara hingga Khamis.

Kawasan paling teruk terjejas termasuk bahagian Inner Mongolia, timur laut China, wilayah tengah Hubei dan Hunan di selatan.

Tahun lalu, China dilanda cuaca ekstrem membabitkan ribut pasir hingga hujan lebat dan panas terik yang memecahkan rekod sepanjang musim panas, serta beberapa taufan.

Pada hujung minggu, ribut pasir yang teruk melanda beberapa bandar di wilayah Ningxia Hui, termasuk ibu kota Yinchuan.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 21-2-2024 12:26 PM
Klu bakar mercun byk2 jadi panas tak tmpt tu [em:16:]
Quote sayangselamah 21-2-2024 01:11 PM
Korea jepun dah habis snow kan..k book ke xinjiang la macam ni lama tak main snow
Quote antikorok 21-2-2024 07:54 PM
Sementara di tanah ayer yinni merasa bahang el Nino cuaca panas terik seperti dipanggang api nerraker duniyya!

Chuping Perlis tak hujan 35 hari sampai hari ni tersenyum sinisssss
Quote noor2 21-2-2024 07:57 PM
Bila Malaysia nk ada salji ni...panasssss
Quote tukul 21-2-2024 11:03 PM
Xinyang ni region asal Dilraba actress tu kan
Quote mojarean_X 21-2-2024 11:08 PM
Kena panggil akainu ni
Quote hashashes 22-2-2024 01:11 AM
Share lah sejuk tu kat kl ni sikit
Quote nisako 22-2-2024 08:20 AM
sini panas je pulak
Quote kelip2_07 22-2-2024 10:27 AM
kl pns nk mati tgh ari..ptg ujan lbt..angin kuat
Quote mamajawie 23-2-2024 03:24 PM
i x pasti untung ke idok suhu yang penting i ada tengok video kucing mati dek suhu terlampau panas patu ekor kucing tu tercabut dari badan macam daging empuk terlebih masak..video tu kat malaysia tau
Quote KiddInc 23-2-2024 04:08 PM
mamajawie replied at 23-2-2024 03:24 PM
i x pasti untung ke idok suhu yang penting i ada tengok video kucing mati dek suhu terlampau panas p ...

ishk...share vid...eeeii...
Quote mamajawie 23-2-2024 05:22 PM
KiddInc replied at 23-2-2024 04:08 PM
ishk...share vid...eeeii...

jap i x save tapi chuoollss tengok dekat fb An Koyoko dengan Arif Danial

Quote KiddInc 23-2-2024 05:27 PM
mamajawie replied at 23-2-2024 05:22 PM
jap i x save tapi chuoollss tengok dekat fb An Koyoko dengan Arif Danial

baik, ioollsss tgk sekarang jugak...(kepoh)
Quote tikusmontok 23-2-2024 08:21 PM
noor2 replied at 21-2-2024 07:57 PM
Bila Malaysia nk ada salji ni...panasssss

Kannn rindu nak tgk warga sskjp ngan kepok lekor berselubung dpn beranda rumah
Quote noor2 23-2-2024 09:21 PM
tikusmontok replied at 23-2-2024 08:21 PM
Kannn rindu nak tgk warga sskjp ngan kepok lekor berselubung dpn beranda rumah

Kannn...hehe..biar la kat kolumpo pulak lepas ni selubung
Quote namieamuro 23-2-2024 09:40 PM
takde sape ke nk bina kipas sebesar nye kt situ supaya bole hantar sikit suhu sejuk kt malaysia ni
Quote shernazz 24-2-2024 12:26 AM
Mohon sejuk Mai kat depan rumah iols neh...
Hutan pung botak dah
Dok bina Kondo Sana sini
Quote firstlurv 19-3-2024 11:06 AM
mak ai...giler sejuk tu
Quote twins 19-3-2024 12:15 PM
sayangselamah replied at 21-2-2024 01:11 PM
Korea jepun dah habis snow kan..k book ke xinjiang la macam ni lama tak main snow

dengan suhu gitu kot ko beku terus jad snowman laaaa..... kalau comey mcm Olaf ok jugak la hehehehe

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:18 AM GMT+8 , Processed in 0.062373 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top