View: 6070|Reply: 14
|
Louisiana Isytihar Darurat Rusa ‘Zombi’ Ancam Penduduk
[Copy link]
|
|
BATON ROUGE, LOUISIANA – Pegawai-pegawai hidupan liar di negeri Louisiana mengisytiharkan ‘darurat’ berikutan peningkatan bilangan kes penyakit rusa zombi atau Chronic Wasting Disease (CWD), lapor akhbar Daily Star semalam.
Jabatan Hidupan Liar dan Perikanan Louisiana melaporkan sebanyak 19 ekor rusa di negeri itu diserang penyakit CWD.
Haiwan dijangkiti CWD menunjukkan simptom seperti renungan kosong dan menjadi sangat kurus serta agresif.
Selepas kes rusa pembawa CWD dilaporkan di negeri jiran, Mississippi pada 2018, ahli-ahli biologi Louisiana diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.
Kebimbangan mereka menjadi nyata apabila kes pertama rusa zombi dilaporkan pada 2022 di Tensas Parish, yang terletak berhampiran sempadan Mississippi.
Sehingga kini, terdapat 244 kes yang disahkan CWD di Mississippi dan dengan 19 dicatatkan di Louisiana.
Sehubungan itu, Jabatan Hidupan Liar dan Perikanan Louisiana mengisytiharkan kecemasan dan menetapkan ‘kawasan kawalan’. Ia merangkumi Tensas Parish dan sebahagian Concordia, Franklin, dan Madison.
Haiwan yang dijangkiti termasuk rusa, elk dan karibu, sangat mudah menularkan penyakit itu, dengan renungan tajam ketika dijangkiti menyebabkan ia digelar rusa zombi.
Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), CWD telah ditemui di sekurang-kurangnya 31 negeri di Amerika Syarikat selain Norway, Finland, Sweden, Korea Selatan dan Kanada.
Penyakit yang membawa maut itu boleh menjangkiti manusia jika mereka makan daging rusa dijangkiti selain boleh menular menerusi rumput, persekitaran dan air tercemar. – AGENSI |
|
|
|
|
|
|
|
mak oiii kena kuarantin la Mississippi |
|
|
|
|
|
|
|
Adakah rusa ni menggigit manusia dan bertukar jadi zombi |
|
|
|
|
|
|
|
ada tgk video short YouTube
katanya ada pembentukan protein something dlm otak die
tu yg jd biul gitu
untreated yach
|
|
|
|
|
|
|
|
So boleh sembuh ke tidak? Ke hanya kematian menjadi jawapan? |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm dlm filem Train 2 Busan..Punca dia dari rusa jgk kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
CJD dan vCJD aka human mad cow disease tersenyum sinisss |
|
|
|
|
|
|
|
ibu_haritz replied at 21-2-2024 04:15 PM
Mcm dlm filem Train 2 Busan..Punca dia dari rusa jgk kan..
Teringat cite julia roberts kat Netflix- leave the world behind. Ada rusa ni juga. Cite best, ending kurenggg |
|
|
|
|
|
|
|
Ampon.zombie apocalypse bakal tiba.
mano nak lari ni?
Kene buat bunker bawah rumah ni. |
|
|
|
|
|
|
|
wow ..zombie in the making ke.... scary....... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau di sabah tak sempat kau sakit rusa sudah dalam freezer
|
|
|
|
|
|
|
|
Masa baca artikel ni terigt cerita tu jugak. Byk rusa dgn pandangan kosong gitu.Ending dia mmg hampeh. Ending Friends lagi penting |
|
|
|
|
|
|
|
aku dah siap segala homemade weapom utk katok segala zombie mcm citer zombie
|
|
|
|
|
|
|
| |
|