CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Jumpa Sebilah Keris Berusia Beratus Tahun Ketika Menangkap Ikan Di Sungai Towy, Wales

22-2-2024 10:43 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6792| Komen: 26

Description: Seorang lelaki yang sedang menangkap ikan di Sungai Towy di Wales tidak sangka menjumpai sebilah keris berusia beratus tahun dahulu apabila artifak itu tersangkut pada jaring menangkap ikan miliknya.


Seorang lelaki yang sedang menangkap ikan di Sungai Towy di Wales tidak sangka menjumpai sebilah keris berusia beratus tahun dahulu apabila artifak itu tersangkut pada jaring menangkap ikan miliknya. 

Keris itu dipercayai dibuat pada tahun 1700 dan kajian serta siasatan akan dibuat bagi mengenalpasti bagaimana keris itu boleh berada di Sungai Towy dan sudah berapa lama ia berada di situ.

Andrew Davies, berasal daripada Carmarthen berkata, ketika beliau sedang menangkap ikan pada suatu malam di Sungai Towy dan ketika jaring diangkat, beliau mendapati wujud sebatang besi berupa seperti pedang terlekat pada jaring menangkap ikan. 

“Saya pelik dengan bentuk pedang itu kerana tidak pernah lihat senjata seperti itu, namun saya pasti ianya adalah senjata yang digunakan pada zaman dahulu kala.

Pegawai Muzium Carmarthenshire, Gavin Evans berkata, beliau telah menghantar gambar keris itu kepada pihak muzium di London, namun masih belum mendapat maklum balas. 




“Saya belum mendapat apa-apa berita dan maklumat daripada pihak di London, namun daripada pemerhatian awal pihak kami senjata itu berasal daripada Tanah Melayu yang kini dikenali sebagai Malaysia di rantau Asia.

“Pada mulanya kami menyangkakan ianya berasal daripada zaman pemerintahan Rom, namun ia memiliki ciri-ciri yang lebih eksotik pada bentuk dan bahan yang digunakan untuk membuat keris itu juga menunjukkan ianya daripada sekitar Asia dan pada zaman dahulu ianya dijadikan senjata utama di Malaysia, Brunei, Thailand, Indonesia dan Filipina,” katanya.

Kredit: Malaysia Report

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote albedah 22-2-2024 11:13 AM
Tlg bagi indon claim....
Quote Beribear 22-2-2024 12:16 PM
Brunei dah wujud ke time tu. Tak tahu pulak Philippines dgn thailand pon ada guna keris zaman dulu
Quote nusaraya 22-2-2024 12:50 PM
Edited by nusaraya at 22-2-2024 12:57 PM

Penemuan keris di Wales ini boleh dipakai oleh prof. kangkung melayu untuk membuat dongeng sejarah baru betaoa powernya Hang Tuah ... SEkarang terbukti bahwa Hang Tuah pernah melawat ke UK  di masa hidupnya .. seperti halnya terbukti pernah melawat ke China dan Jepun (Okinawa) untuk menunjukan betapa besarnya kuasa empayar melaka saat itu ...Hehehehe
Quote honeybee1802 22-2-2024 12:53 PM
Beribear replied at 22-2-2024 12:16 PM
Brunei dah wujud ke time tu. Tak tahu pulak Philippines dgn thailand pon ada guna keris zaman dulu

Dah rsnya...dulu kesultanan brunei mau sampai ke filipina sana dgn persisiran sarawak...
Quote s@s@ 22-2-2024 12:57 PM
sundang
Quote B40tastePosh 22-2-2024 01:02 PM
Ni namanya Sudang... biasa Sulu, Brunei yang pakai...tapi lepastu ada Peranakan Bugis di Bentan, Riau pun pakai.

Biasanya  Ketua Armada je yang pakai Sundang.
Quote Ahriman 22-2-2024 01:38 PM
B40tastePosh replied at 22-2-2024 01:02 PM
Ni namanya Sudang... biasa Sulu, Brunei yang pakai...tapi lepastu ada Peranakan Bugis di Bentan, Ria ...


Thanks for clarify.
Melayu Malaysia tngah ketar tangan nak claim betapa hebatnya melayu suatu ketika dulu.
Iols syak penjajah terdahulu bawak Sudang ni ke sana.Almaklom la penjajah aka pencuri.
Quote pagaruyung 22-2-2024 01:42 PM
Org buang saka..selamat membela saka..
Quote B40tastePosh 22-2-2024 02:06 PM
Ahriman replied at 22-2-2024 01:38 PM
Thanks for clarify.
Melayu Malaysia tngah ketar tangan nak claim betapa hebatnya melayu suatu ...

Dulu Kesultanan Johor pakai angkatan tentera Iranun..diorg ini lahh yang pakai Sundang dan bawa Sundang ke Johor dan Riau

Sisa dari suku Iranun ni menjadi orang Suku Melayu Timur di sekitar pesisir Jambi dan Riau Kepulauan...bahasa nye sama dengan Melayu Malaysia (Johor dan Kepri)

[youtube]dOqrEVg1NDw?si=fmwQkSIzFz5cQnMg[/youtube]
Quote Ahriman 22-2-2024 02:21 PM
B40tastePosh replied at 22-2-2024 02:06 PM
Dulu Kesultanan Johor pakai angkatan tentera Iranun..diorg ini lahh yang pakai Sundang dan bawa Su ...

Ya Allah.malunya iols.
Kene banyak membaca ni.
Thanks again chuols.
Quote SWORKS27 22-2-2024 02:31 PM
tak mustahil..sebab banyak artifak2 Nusantara dibawak lari ke sana...apapun, bagi la laluan buat kaum indon claim...bagi je lahhh
Quote Skuau 22-2-2024 02:34 PM
nusaraya replied at 22-2-2024 12:50 PM
Penemuan keris di Wales ini boleh dipakai oleh prof. kangkung melayu untuk membuat dongeng sejarah b ...

Ini keris Jaka Sembung ni....
Quote She-Ra 22-2-2024 02:34 PM
Edited by She-Ra at 22-2-2024 02:36 PM
B40tastePosh replied at 22-2-2024 01:02 PM
Ni namanya Sudang... biasa Sulu, Brunei yang pakai...tapi lepastu ada Peranakan Bugis di Bentan, Ria ...

ada seketul sudang di rumah kg
iols duk panggil parang panjang @ pedang samurai ahhahahaaa
Quote B40tastePosh 22-2-2024 02:49 PM
She-Ra replied at 22-2-2024 02:34 PM
ada seketul sudang di rumah kg
iols duk panggil parang panjang @ pedang samurai ahhahahaaa


Siapa yang ada Sundang pusaka maksudnya nenek moyang dia antara ketua armada Sultan...samada Johor, Gowa, Brunei atau Sulu.

Ketua² Armada ni adalah anak2 buah kepada Temenggung

Fungsi Sundang ni untuk rosakkan kapal musuh dan potong tali kapal..disebabkan senjata ni lebih kepada menetak berbanding menghunus.
Quote She-Ra 22-2-2024 02:51 PM
B40tastePosh replied at 22-2-2024 02:49 PM
Siapa yang ada Sundang pusaka maksudnya nenek moyang dia antara ketua armada Sultan...samada Johor ...

ontahlaaa.. ini kena buat edisi siasat dgn abah ke itu bkn sundang hehhee
cuma yg pasti, iols mmg bugis dr kedua org tua

Quote noor2 22-2-2024 02:55 PM
X kan hilang melayu di dunia
Quote cmf_almondpecan 22-2-2024 03:05 PM
Beribear replied at 22-2-2024 12:16 PM
Brunei dah wujud ke time tu. Tak tahu pulak Philippines dgn thailand pon ada guna keris zaman dulu

Kesultanan Brunei ni wujud sejak 1300an bila Awang Alak Betatar jadi sultan. Kalau keris tu dari 1700an, Brunei dah lama wujud pada masa tu.
Quote ardent91 22-2-2024 06:59 PM
keysah dari taun 2017

https://www.independent.co.uk/ne ... ia-uk-a7719466.html
Quote jejai 22-2-2024 09:04 PM
Bukti wales merupakan tanah asal orang melayu?

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:01 AM GMT+8 , Processed in 0.060386 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top