Seorang lelaki yang sedang menangkap ikan di Sungai Towy di Wales tidak sangka menjumpai sebilah keris berusia beratus tahun dahulu apabila artifak itu tersangkut pada jaring menangkap ikan miliknya.
Keris itu dipercayai dibuat pada tahun 1700 dan kajian serta siasatan akan dibuat bagi mengenalpasti bagaimana keris itu boleh berada di Sungai Towy dan sudah berapa lama ia berada di situ.
Andrew Davies, berasal daripada Carmarthen berkata, ketika beliau sedang menangkap ikan pada suatu malam di Sungai Towy dan ketika jaring diangkat, beliau mendapati wujud sebatang besi berupa seperti pedang terlekat pada jaring menangkap ikan.
“Saya pelik dengan bentuk pedang itu kerana tidak pernah lihat senjata seperti itu, namun saya pasti ianya adalah senjata yang digunakan pada zaman dahulu kala.
Pegawai Muzium Carmarthenshire, Gavin Evans berkata, beliau telah menghantar gambar keris itu kepada pihak muzium di London, namun masih belum mendapat maklum balas.
“Saya belum mendapat apa-apa berita dan maklumat daripada pihak di London, namun daripada pemerhatian awal pihak kami senjata itu berasal daripada Tanah Melayu yang kini dikenali sebagai Malaysia di rantau Asia.
“Pada mulanya kami menyangkakan ianya berasal daripada zaman pemerintahan Rom, namun ia memiliki ciri-ciri yang lebih eksotik pada bentuk dan bahan yang digunakan untuk membuat keris itu juga menunjukkan ianya daripada sekitar Asia dan pada zaman dahulu ianya dijadikan senjata utama di Malaysia, Brunei, Thailand, Indonesia dan Filipina,” katanya.
Penemuan keris di Wales ini boleh dipakai oleh prof. kangkung melayu untuk membuat dongeng sejarah baru betaoa powernya Hang Tuah ... SEkarang terbukti bahwa Hang Tuah pernah melawat ke UK di masa hidupnya .. seperti halnya terbukti pernah melawat ke China dan Jepun (Okinawa) untuk menunjukan betapa besarnya kuasa empayar melaka saat itu ...Hehehehe
Post time 22-2-2024 01:38 PMFrom the mobile phone|Show all posts
B40tastePosh replied at 22-2-2024 01:02 PM
Ni namanya Sudang... biasa Sulu, Brunei yang pakai...tapi lepastu ada Peranakan Bugis di Bentan, Ria ...
Thanks for clarify.
Melayu Malaysia tngah ketar tangan nak claim betapa hebatnya melayu suatu ketika dulu.
Iols syak penjajah terdahulu bawak Sudang ni ke sana.Almaklom la penjajah aka pencuri.
Post time 22-2-2024 02:06 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Ahriman replied at 22-2-2024 01:38 PM
Thanks for clarify.
Melayu Malaysia tngah ketar tangan nak claim betapa hebatnya melayu suatu ...
Dulu Kesultanan Johor pakai angkatan tentera Iranun..diorg ini lahh yang pakai Sundang dan bawa Sundang ke Johor dan Riau
Sisa dari suku Iranun ni menjadi orang Suku Melayu Timur di sekitar pesisir Jambi dan Riau Kepulauan...bahasa nye sama dengan Melayu Malaysia (Johor dan Kepri)