CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Kecil Menjerit Ketakutan Sebab Mak Ayah Bawa Makan Restoran Tema Hantu

22-2-2024 05:34 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 12680| Komen: 61

Description: Kata orang, sebelum melakukan sesuatu melibatkan anak-anak, ibu bapa perlulah berfikir dengan teliti tentang kesan kepada mereka terutamanya jika masih kecil.


Kata orang, sebelum melakukan sesuatu melibatkan anak-anak, ibu bapa perlulah berfikir dengan teliti tentang kesan kepada mereka terutamanya jika masih kecil.

Baru-baru ini, sepasang suami isteri teruk dikecam warganet selepas tular video dimuat naik di media sosial mempamerkan anak-anak mereka dalam ketakutan.

Menerusi video itu, mereka dilihat membawa anak-anak menjamu selera di sebuah kedai makan yang berkonsepkan hantu dan elemen seram.

Berdasarkan rakaman tersebut, dua anak kecilnya dilihat menangis ketakutan sehingga mereka menutup muka dengan memeluk si ibu.


Ketika itu, meja mereka dihampiri dua pekerja yang berpakaian seperti hantu dan si ibu kemudian dilihat meminta ‘entiti’ yang mengusik anak-anaknya untuk beredar.

Rata-rata warganet mengkritik tindakan ibu dan bapa dua kanak-kanak tersebut kerana memilih makan di restoran bertemakan hantu mungkin boleh membuatkan mereka trauma.

Malah, mereka juga tidak menyalahkan pekerja-pekerja yang berpenampilan seperti hantu itu berbuat sebegitu kerana ia adalah kerja mereka, mengikut tema restoran tersebut.

Ada yang turut persoal suami isteri terbabit kerana mahu menjamu selera dengan anak-anak di kedai tersebut dan sesetengah individu turut mempertikaikan konsep restoran sebegitu.

"Kau mesti tahu anak kau punya penakut tahap mana tapi tetap nak pergi. Nak makan, pergi kedai makan. Nak hantu, pergi rumah hantu. Jangan campur."





SUMBER : Twitter/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote doubleA 22-2-2024 05:54 PM
Makpak vodoh akal pendek ni subur2 pula membiak. Ko nak makan ke nak pergi rumah hantu? Bangang gak konsep kedai makan tu bukan iols la customer target nya
Quote Skuau 22-2-2024 07:20 PM
biasa dgr...bg hantu lapor mkn.Yg ni bawa ank mkn ngn 'hantu'...la pulok...
Quote noor2 22-2-2024 07:30 PM
Serius bodohhhhhhhh amatttttt mak pak budak2 ni
Quote Cyempaka 22-2-2024 07:56 PM
Makpak bodo. Patut kena tindakan. Dah gatal sgt nak p kedai viral merapu rapu ni xpayah la bawak anak tu.
Tp yg pegi kedai ni mmg gatal meqela attention seeker pun. Terjerit2 takut.. dah tu gatal pegi buat apa..
Quote airfilterkotor 22-2-2024 08:12 PM
Menerusi video itu, mereka dilihat membawa anak-anak menjamu selera di sebuah kedai makan yang berkonsepkan hantu dan elemen seram.


Dua-dua sama naik... mak bapak sama pemilik kedai.

Apa punya bebal kedai makan berkonsepkan hantu/elemen seram.
Kalau ko buat gini waktu design crit, aku bagi kau F jer... repeat lagi satu sem.
Quote bebulu 22-2-2024 08:37 PM
Yang bukan2
Quote B40tastePosh 22-2-2024 08:42 PM
Parenting Fail.

Btw tema hantu memamng sesuai dengan masakan Melayu yang guna fake cheese, halia, dan tomato.
Quote jerukkedondong 22-2-2024 08:42 PM
buatnya tgh makan terkejut tgk hantu makan tercekik meninggal kat situ jugak baru padan muka mak pak vodo ni..kesian ny bdk2 tu
Quote jejai 22-2-2024 09:02 PM
Trauma budak tu
Quote missbigrockstar 22-2-2024 09:25 PM
Budak tu jerit high pitch kalah cik ponti punya mengilai
Quote ninja boy 22-2-2024 09:45 PM
Hantu fake dan hantu real laeen feel taw
Quote dani-rox 22-2-2024 10:11 PM
sepatutnya buat peraturan, tulis besar2 dan di bold kan - utk pengunjung 18thn ke atas saja, ko tahu je lah kat Malaysia nih ada ibu bapa yg tahap IQ nya di paras negatif
Quote Tinot7 22-2-2024 10:29 PM
Tmpt mcm tu.. iols pun tatut
Quote sukacactus 22-2-2024 10:39 PM
Ramai je parents yg ignorance & selfish camni
Aritu gi suki-ya
Biasa la kedai tu, mesti Q pjg punya
Boleh couple muda ni bw ank baby halus lg ntah2 xabis pantang pun lg berlama2 Q situ
Melalak baby tu xhenti2, sampai la masuk dlm kedai pun still melalak lg
Kalau aku la baby halus gitu, mkn kat umah je la, xkuasa expose ank aku dgn environment yg dia xbiasa yg buat dia xselesa
Quote Jitu 22-2-2024 10:44 PM
aku rasa lawak la pulak

anak2 degil tak dengo kata kot tu bawak gi mkn kat situ


Quote katnissE 22-2-2024 11:32 PM

Kedai di mana ni tema gini?
Quote Mary_jane 22-2-2024 11:45 PM
Tak ke lemah semangat budak2 tu nanti? Satu hal nak pergi ruqyah bagai. Ah gitew i overthinking.
Quote airfilterkotor 22-2-2024 11:50 PM
Muka omaknya dekat² sama putih dgn antu belakang tu.
Quote fcl29 23-2-2024 12:17 AM
misi kedai tu berjaya.. akhirnya dpt menakutkan pelanggan yg betul2 takut dgn watak dorg..
gamak staff tu amek job jadi hantu ek

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:42 PM GMT+8 , Processed in 0.054094 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top