CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Aku Nampak Dia Tengah Panjat, Memang S**L Sebab Dia Tak Mengaku,” - Gadis Menggigil, Abang Ipar Intai Masa Tengah Mandi

23-2-2024 10:22 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9830| Komen: 34

Description: JENAYAH seksual boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, malah pemangsanya juga mungkin ada dalam keluarga kita.
Gambar sekadar hiasan



JENAYAH seksual boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, malah pemangsanya juga mungkin ada dalam keluarga kita.

Begitulah nasib seorang gadis yang meraih perhatian ramai di laman X apabila mendakwa dia menjadi mangsa nafsu liar abang iparnya.

Dalam pendedahan itu, pengadu berkata dia dihendap oleh abang iparnya ketika sedang mandi, sekali gus membuatkan dia trauma menjalani kehidupan seharian.

"Aku selalu balik kerja pukul 10 malam. Dah rehat, pukul 11 baru nak mandi. Memang rutin macam tu. Tapi tiba-tiba entah macam mana, aku perasan setiap kali mandi, mesti ada orang kat sebelah.

"Ada orang masuk kat sebelah tapi tiada bunyi air. Aku pun rasa pelik. Masa aku mandi, apabila aku dengar orang masuk sebelah, cepat-cepat aku berkemban. Aku gigil masa tu, dengan rabunnya.

"Aku nampak dia (abang ipar) tengah panjat ya. Memang s**l sebab dia tak mengaku," dakwa wanita itu yang tidak mendedahkan identitinya.


Kalau jumpa dia, aku memang benci tahap langit dan tak akan maafkan dia. PENGADU

Berang dengan kejadian itu, mangsa turut mengadu tentang apa yang berlaku kepada ibunya sehingga suami kakaknya itu dipulaukan oleh keluarga.

"Aku trauma juga. Mak peluk dan pujuk aku supaya tak menangis. Akak aku terdiam (apabila dapat tahu) sebab masa tu dia tengah makan. Dia terperanjat.

"Abang ipar kena pulau juga dengan keluarga aku. Sebab mak aku beritahu semua biar dia tahu benda tu salah dan memalukan. Kalau jumpa dia, aku memang benci tahap langit dan tak akan maafkan dia.

"Adik-beradik aku pun faham. Kalau aku dengus ke apa, mesti sebab abang ipar aku ada. Sebab memang benci dan aku masih menggigil geram dan takut ya," ceritanya lagi.

Pengadu bagaimanapun tidak menjelaskan sekiranya dia menumpang di rumah kakak dan abang iparnya ataupun pasangan itu menetap bersama di rumah ibu bapanya.

Pendedahan gadis itu meraih perhatian ramai di platform X, malah ramai netizen turut memuji sikap keluarganya yang tidak 'memberi muka' kepada abang iparnya.

"Nasib keluarga semua jenis faham. Ada keluarga tak faham dan salahkan mangsa balik.

"Bagus berani bersuara. Orang mengintai sama je level dengan merogol. Memang bahaya.

"Aku pun mangsa intai dan raba abang ipar. Dulu aku buat report, tapi atas desakan keluarga, kena tarik balik," ujar beberapa individu.

Gambar sekadar hiasan


Pada masa sama, ramai yang turut memberi nasihat agar mana-mana pasangan berkahwin supaya keluar daripada rumah keluarga masing-masing.

Malah, gadis-gadis bujang juga disaran agar tidak menumpang di rumah adik-beradik yang telah berkahwin.

"Kalau boleh elak serumah dengan abang ipar. Kalau mandi tu tolong pakai kain basahan dan selepas keluar, pakai baju lengkap.

"Orang yang dah berkahwin ni pun tak bertanggungjawab. Ada ke patut masih duduk dengan adik-beradik dan mak ayah?

"Adik perempuan tak payahlah duduk rumah kakak. Kalau abang betul tak apa. Tak manis orang tua cakap," tulis netizen.

Sumber : mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ifanonline 23-2-2024 10:31 AM
low class tul intai org mandi telanjang
Quote bulalof 23-2-2024 11:09 AM
cerita camni selalu dgr tahun 80an dulu. masih lagi berlaku. budaya kot.....
Quote Skuau 23-2-2024 11:13 AM
silap aku juga kerna jatuh cinta
insan sepertimu seanggun bidadari
seharusnya aku cerminkan diriku
sebelum tirai kamar aku buka
UNTUK MENGINTAIMU
            
Quote ctaz 23-2-2024 11:34 AM
variasari dtg lagiiii
Quote I.K.A888990 23-2-2024 11:37 AM
adoi yg gambar pun

so kakak dia masih dgn lahanat tu lagi ke
Quote tungkai 23-2-2024 12:10 PM
Gambar hiasan pun agak2 laa...
Quote sufi^_^ 23-2-2024 12:22 PM
Apa ke bodoh nak letak gambar hiasan macam tu?

Bodoh!
Quote jebatmaspunyer 23-2-2024 12:41 PM
Aku tak faham piskologi orang lelaki yang dah kawen tapi masih usaha nk intai pompuan mandi. Ko ada bini yang halal, asal nak buat keja x bermoral tu lagi.

Isteri pun klu tau laki nafsu kuat, layan lah extra sket. Kalau x mampu layan, paksa laki korang buat kerja rumah, kerja fizikal. Biar dia pakai tenaga, distract otak tu sket.
Quote me12345 23-2-2024 01:21 PM
Moralnye..jgn suka menumpang duduk lama sgt rumah sedara mara...tak mampu sewa rumah, sewa lah bilik je..bertimbang rasa lah kt tuan rumah.
Quote n3ar 23-2-2024 02:56 PM
takut minah ni berkemban lepas mandi masuk bilik tiap kali.. abang ipar mula2 jeling sikit,lama2 tak tahan nk skodeng
Quote LoveSungmin 23-2-2024 03:56 PM
mana datang gambar hiasan ni?
Quote aemon 23-2-2024 04:59 PM
Prnh ade pengalaman mcm ni.aku blk disalahkan sbb mandi maghrib dan x de kain basah(mmg takde sbb kt kg bukan rumah sendiri).

Selamat dah mampos pengintai tu.
Quote epullipan 23-2-2024 05:12 PM
kat platform X pon byk je video ke apa ke bahan..ngn adik ipar sendiri pulak ko buat
Quote KiddInc 23-2-2024 05:19 PM
amboi gambar hiasan pon...

sejenis laki yg itu je pikiran dia...bukat porn site hari2...tgk gambar n vid...pastu x boleh kawal nafsu...org camni elok dipotong anu dia bagi anjing makan...
Quote stingergrumpy 23-2-2024 05:24 PM
[youtube]ALbmGuC9i58?si=JZNj7w92GLomh4kU[/youtube]

Tetiber
Quote B40tastePosh 23-2-2024 05:33 PM
Abg ipar tak hensem macam pelakon Itali kot
Quote B40tastePosh 23-2-2024 05:33 PM
Abg ipar tak hensem macam pelakon Itali kot.
Quote rosmahisham 23-2-2024 05:33 PM
Geli membayangkn..jantan gatal duk serumah eii..x aman..mesti x ensem!
Quote OshinDaSolja 23-2-2024 06:33 PM
buang la gambar hiasan tu...tak proper sgt2 aihh... btw klau pegi mana2 homestay hati2 la tkut ada spy cam...

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:19 AM GMT+8 , Processed in 0.185179 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top