CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Ayam' Afrika Buat Duit Cecah RM7,000 Sebulan

7-1-2022 11:44 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 722| Komen: 1

Description: Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) berjaya menumpaskan sindiket pelacuran membabitkan penuntut universiti dari benua Afrika dalam serbuan di dua unit kediaman di sebuah servis apartmen di Jalan Su ...
Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) berjaya menumpaskan sindiket pelacuran membabitkan penuntut universiti dari benua Afrika dalam serbuan di dua unit kediaman di sebuah servis apartmen di Jalan Sultan Ismail pada Khamis.


Tinjauan Sinar Harian semasa serbuan mendapati, wanita Afrika yang sedang asyik melayan pelanggan terkejut menyebabkan salah seorang daripada mereka diserang panik sehingga menggeletar dan sukar bernafas.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, sindiket tersebut dikesan mula aktif ketika tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu.


Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud ketika membuat serbuan di salah sebuah Residen pada Operasi Tangkapan Pelajar wanita Afrika yang melacur di Plantinum Suite Residensi, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ 07 JANUARI 2022.


"Dalam tempoh PKP lepas, Imigresen telah mendapat maklumat daripada orang awam berhubung kegiatan dijalankan oleh wanita-wanita warga Afrika ini.

"Mereka mengenakan bayaran antara RM500 ke RM600 dan boleh mendapat pendapatan lumayan antara RM6,000 ke RM7,000 sebulan," katanya dalam sidang akhbar di lokasi serbuan di sini, lewat malam Khamis.

Beliau berkata, modus operandi sindiket adalah dengan menyewa hotel-hotel mewah dan servis apartmen secara berpindah randah serta hanya melayan pelanggan terpilih sahaja untuk mengelak dihidu pihak berkuasa.

"Cara kegiatan mereka sama seperti sindiket lain iaitu menggunakan aplikasi WeChat di mana tempahan akan dibuat terlebih dahulu manakala bayaran ada yang dimasukkan ke dalam akaun dan juga tunai.

"Mereka agak licik dan memilih pelanggan, bukan semua pelanggan akan diterima. Operasi dijayakan oleh pegawai risikan yang dijalankan selama 4 bulan bermula tahun lepas," katanya.

Beliau berkata, seramai enam pelacur warga Afrika berusia dalam lingkungan umur 20-an dan empat lelaki berusia 30-an disyaki pelanggan ditahan dalam operasi tersebut.

Tambahnya, lima daripada wanita berkenaan merupakan pelajar di sebuah universiti swasta masing-masing di Cheras dan Subang Jaya manakala seorang lagi masuk menggunakan Pas Lawatan Sosial.

"Kami akan semak dan berbincang dengan agensi berkaitan berhubung kemasukan pelajar asing ini untuk mengetatkan syarat kepada warganegara yang kita kenal pasti berisiko tinggi," jelasnya.

Khairul Dzaimee berkata, kesemua wanita berkenaan akan ditahan di depoh Imigresen untuk membantu siasatan di bawah Perkara 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen dan akan diusir keluar.


Sumber: Sinar Harian



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote hashashes 9-1-2022 01:09 AM
Wow bestnya kerja jadi pegawai perisik tuh haha

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:25 PM GMT+8 , Processed in 0.039634 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top