CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

'Anak' Saya Bukan Anak Iblis, Jin - Ivan Gunawan

7-1-2022 11:53 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1815| Komen: 8

Description: Pengacara dan pereka fesyen Indonesia, Ivan Gunawan tampil menyangkal dakwaan kedua anak patung miliknya bukanlah boneka yang memiliki kuasa misitik.
Pengacara dan pereka fesyen Indonesia, Ivan Gunawan tampil menyangkal dakwaan kedua anak patung miliknya bukanlah boneka yang memiliki kuasa misitik.


Memetik laporan Liputan6, Ivan memaklumkan layanan istimewa yang diberi kepada dua anak patung yang bernama Marvel dan Miracle itu adalah caranya melayan barangan kesayangannya.


Kredit foto: IG Ivan Gunawan

“Anak saya (boneka) bukan anak syaitan. Tiada kena mengena dengan iblis, jin dan sebagainya. Saya mendapatkan anak patung berkenaan daripada Ruben Onsu.

“Walaupun semua sedia maklum itu adalah anak patung, tetapi setiap orang ada caranya untuk melayan sesuatu yang dia suka dan sayang,” jelasnya.


Mengulas lanjut, Ivan turut membandingkan dirinya dengan masyarakat di luar sana yang juga mempunyai barangan kesayangan sendiri.

“Mungkin ada juga yang suka bercakap dengan kereta atau motor mereka. Jadi, mungkin bukan saya sahaja yang gila.

“Pendapat seorang itu terpulang kepada semua, mereka yang membuat kesimpulan sendiri. Saya juga tidak merasakan patung itu mempunyai sebarang roh dan iblis,” katanya.



Sebelum ini, dia menjadi sebutan rata-rata warganet apabila membela dua anak patung itu yang dianggap sebagai anaknya sendiri.

Menurut laporan KapanLagi, Ivan turut mencipta akaun Instagram khas untuk kedua-dua ‘anaknya’ itu.

Kemudian, ramai pula yang mengaitkan patung tersebut ada kaitan dengan perkara mistik dan dikhuatiri boleh membawa kepada amalan syirik.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 7-1-2022 12:36 PM
mentalnya manusia skang ni..
Quote shida81 7-1-2022 04:17 PM
lama2 setan pun menyinggah..
jgn esok kata patung2 tu senyum kat dia dah la
Quote namemysoul 7-1-2022 04:31 PM
Pokok teringat dolu2 rasenyer ader cite time travellers, bebudak pg satu zaman yg mana hanya ada org dewasa tp x mati2 disebabkan amik satu jenis ubat utk melawan penyakit...ank2 diaorg hanyalah robot n patung...tiada bayi yg lahir...igt2 lupa2 dah citenyer.....hehehehe
Quote Annaquinn009 7-1-2022 11:28 PM
gilernya manusia sekarang..x tau la masalah mental atau demi content..yg tahan ada tu siap iklankan nk cari pengasuh unt anak patung ni
Quote Belibis 8-1-2022 08:49 AM
Gayah ke bukan?? Kurex jer dapat jawab.[em:3:]
Quote hyie 9-1-2022 02:00 PM
heshe ke yang hari tu masa Miss Grand Intenesenel 2021 kat Thai umum tahun ni akan buat kat indon, pastu ada sorang fonen naik stage?
Quote caprut 9-1-2022 05:37 PM
Belibis replied at 8-1-2022 08:49 AM
Gayah ke bukan?? Kurex jer dapat jawab.[em:3:]

Tp pepondan mmg ramai yg simpan patung. Tk tahu function patung tu utk apa
Quote DianaSaksen 11-1-2022 01:14 AM
Baik ambil anak angkat atau kucing besar pahala
Takpun kahwin jelah
Takkan kunyit kot ?

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 07:32 PM GMT+8 , Processed in 0.258021 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top