CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Kali Melepas, Takkan Saya Nak Terlepas Jadi Menteri Lagi? - Tajuddin

7-1-2022 12:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3333| Komen: 33

Description: Rombakan Kabinet adalah tidak perlu, sebaliknya peluang harus diberikan kepada pemimpin di bawah pentadbiran Perdana Menteri hari ini.
Rombakan Kabinet adalah tidak perlu, sebaliknya peluang harus diberikan kepada pemimpin di bawah pentadbiran Perdana Menteri hari ini.


Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, ia juga bertujuan menjaga kestabilan politik negara sekali gus masalah rakyat juga akan dapat diselesaikan dengan baik.


Kredit foto: The Edge Markets

“Pada saya, memang tidak perlu pun ada rombakan Kabinet, ada sedikit sebanyak kelemahan menteri-menteri, itu biasalah boleh diatasi. Tidak perlu sampai nak buat rombakan.

“Kalau ada rombakan, mungkin saya ada peluang, tetapi bagaimanapun itu tidak penting, yang penting adalah rakyat dan negara kita yang mana kita harapkan dapat dipimpin oleh Perdana Menteri dan Kabinet yang ada pada hari ini.

“Kalau dari segi kepentingan peribadi, saya sokong, saya dah terlepas dua kali, takkan saya nak terlepas sekali lagi? Tapi saya melawak sahaja, jangan ambil serius,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, setelah hampir lima bulan menerajui Kerajaan Keluarga Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka melakukan rombakan Kabinet dan melantik Timbalan Perdana Menteri minggu hadapan.

Bagaimanapun sumber memberitahu, rombakan berkenaan masih dalam proses tawar-menawar untuk memutuskan siapa kekal, siapa ganti atau siapa digugurkan.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Tajuddin berkata, kestabilan politik pada waktu ini amat penting bagi meningkatkan semula ekonomi negara yang sebelum ini lumpuh disebabkan pandemik Covid-19.

“Kita tak nak melihat rombakan Kabinet itu akan membawa kepada keadaan politik yang menggugat kestabilan politik kerajaan yang telah dapat diwujudkan daripada kepimpinan Perdana Menteri.

“Selaku Perdana Menteri hampir lima bulan dalam tempoh singkat, beliau dapat mewujudkan suasana politik yang dikatakan stabil. Jadi kestabilan politik ini bukan sahaja penting, malah, kerajaan boleh tumpukan kepada kebajikan rakyat yang terjejas dan terkesan sebab wabak Covid-19 dan banjir ini.

“Namun, dalam masa yang sama, ia penting untuk Perdana Menteri dan kerajaan mengatur strategi langkah dan tindakan untuk kebangkitan ekonomi dan sosial di negara kita,” katanya.

Jelas beliau, meskipun terdapat pihak yang kurang senang dengan kedudukan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri kini, namun beliau mengharapkan sokongan orang ramai terhadap kepimpinan sehingga habis penggal.


Sumber: Utusan



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 7-1-2022 01:01 PM
“Kalau dari segi kepentingan peribadi, saya sokong, saya dah terlepas dua kali, takkan saya nak terlepas sekali lagi? Tapi saya melawak sahaja, jangan ambil serius,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Butooo.....cakap je lah belum cukup kaya lagi nak kaut selagi boleh kaut dalam gomen ni..kan senang.. lobai tak lobai...
Quote bulalof 7-1-2022 01:05 PM
go to h**l with your gurauan.
Quote kaseh80 7-1-2022 01:08 PM
Bila org ttua meRoyan????
Quote kaseh80 7-1-2022 01:08 PM
Quote Artemesiaa 7-1-2022 01:09 PM
Dah makin terasa peluang dah makin tipis mungkin
Quote namr 7-1-2022 01:11 PM
Ko melepas lagi nnt sbb dh masuk dlm lobang kubor
Quote Orix 7-1-2022 01:19 PM
satu2nya manusia yg tinggal dalam balai polis
Quote cikatilia 7-1-2022 01:36 PM
yihh

mintak dijauhkan

Quote krustykrab 7-1-2022 01:59 PM
Jalan pun bertongkat ada hati nk jd menteri
Quote takayama 7-1-2022 02:03 PM
minta simpang lah dia ni dilantik
gurau konon pada hal dlm hati mmg nak sgttttttt
Quote kelapaparut 7-1-2022 02:08 PM
selisih malaikat 44, rakyat xnak dia jd menteri
Quote Minami2013 7-1-2022 02:31 PM
Edited by Minami2013 at 7-1-2022 06:32 AM

Memekak je.. annoying gile tgk dia ni kat parlimen.
Quote Aliaskotonggo 7-1-2022 02:38 PM
kat malaysia ni, otak kosong pun boleh jadi menteri, in fact yang bodo2 memang senang jadi menteri. So memang ada peluang la si songkok chelupar ni
Quote tungkai 7-1-2022 02:54 PM
Menteri2 yg tak perform patut ditendang keluar terus. Dok perabis resources aje
Quote Bedah.Cun 7-1-2022 02:55 PM
Humban babi neh dalam bilik gelaplah semak!
Quote rosmahisham 7-1-2022 02:56 PM
Edited by rosmahisham at 7-1-2022 06:39 PM

The train kiss kiss..dh lama kot heols pgg pasir berdengong eh pasir salak tu..berpuluh2 tahun ada..
Quote saviour_09 7-1-2022 04:02 PM
berangan jugak nak jadi menteri ko ye

lama tak jumpa cermin ke?
Quote Bedah.Cun 7-1-2022 05:45 PM
Roper macam tuk aki kopek nyior kampungan jer. Blahlah setan
Quote becir 7-1-2022 06:57 PM
Tengok rumah je cukupla, macam balai polis dicatnya. Sapa bodo rasa cat kaler ni mmg tak layak jadi menteri.

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:27 AM GMT+8 , Processed in 0.255364 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top