CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Dia Ikut Kerja, Nak Cari Duit Beli PS5", Netizen Puji Ozlynn Pandai Didik Anak

7-1-2022 11:53 AM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 1290| Komen: 2|Original author: Cinta Erina

Description: Istilah melentur buluh biarlah dari rebungnya sesuai digunakan untuk ibu bapa yang pandai mendidik anak mereka. Sama juga seperti Ozlynn, seorang ibu yang sentiasa melakukan yang terbaik dan juga pand ...
Sumber: Instagram Ozlynn & Johan 


Istilah melentur buluh biarlah dari rebungnya sesuai digunakan untuk ibu bapa yang pandai mendidik anak mereka. Sama juga seperti Ozlynn, seorang ibu yang sentiasa melakukan yang terbaik dan juga pandai mendidik anak-anaknya sehingga dipuji oleh netizen! 

Sebagai seorang ibu yang berkerjaya, Ozlynn berasa ia bukan satu masalah untuk membenarkan anaknya merasai pengalaman bekerja dari muda. Walaupun hanya sekadar mengikuti Ozlynn ke tempat kerja, Ozlynn berasa pengalaman yang ditimba oleh anaknya itu merupakan satu perkara yang berguna.


Menerusi akaun Instagramnya, Ozlynn berkongsi cerita tentang anaknya di posting terbaru. Kata Ozlynn, Haziq mempunyai keinginan untuk bekerja disebabkan mahu mengumpul wang untuk membeli permainan yang menjadi kegilaan ramai anak anak muda iaitu PS5. 

Sumber: Instagram Ozlynn & Johan

"The best P.A, lewat macam mana habis bekerja, Haziq tetap jalankan tanggungjawab jaga mama, air botol mama dekat tangan dengan skrip" 

" Director cut je air sampai terus depan muka dengan skrip...Betul-betul dia ikut apa yang papa dia pesan"

"Haih la my bambam syomel! Ni dia ikut kerja sebab nak cari duit beli PS5 jadi ada ketikadia masuk opis papa juga untuk tolong tampal resit" 

"Kalau abang dia masuk opis papa, papa suh cuci jamban, vacum opis. Ada saja cleaner tapi papa dia kata, senang training awal, esok duduk sendiri tak ada la jamban berkeladak lepas tu suruh bini berus", kongsi Ozlynn. 

Dalam posting yang sama juga, Ozlynn menyatakan rasa kesyukurannya kerana dikurniakan seorang suami yang sering bertolak ansur seperti Johan. Tambah Ozlynn lagi, 

"Yang penting suami ada hati nak belajar dan membantu bukan takat arah, lepas tu balik rumah buat muka penat main handphone! Yang penting suami tahu buat kerja rumah tanpa isteri suruh, sebab suami bukan anak yang perlu kita bagitahu apa yang perlu buat. Dapat suami yang ada hati bantu ringankan urusan isteri juga satu rezeki. Pelan-pelan belajar. Senangkan hati isteri, senang la urusan suami". 

Bagus betul Ozlynn dan Johan, semoga kita semua dapat mendidik anak anak kita dengan baik supaya mereka membesar menjadi orang yang berguna dan semoga Haziq dapat kumpul wang untuk beli PS5!  -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missyL 7-1-2022 11:59 AM
Untung oz kawen johan.
Lau x mereput je la jadi pelakon suam kuku je..
Quote ninjago 7-1-2022 12:10 PM
dorg nie baru betul power couple. sama2 naikkan & improve each other. anak2 pun ikut sama terbentuk & terdidik. takde la nak menunjuk benda mewah, lifestyle mewah je manjang

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:47 PM GMT+8 , Processed in 0.051516 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top