CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mahkamah Tak Benarkan Penceraian Jika Guna Alasan Pasangan Curang

7-1-2022 09:11 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1355| Komen: 7

Description: Beijing – Sebuah mahkamah di China menetapkan permohonan untuk bercerai tidak akan dibenarkan bagi alasan pasangan berlaku curang, lapor laman berita Wion News.
Beijing – Sebuah mahkamah di China menetapkan permohonan untuk bercerai tidak akan dibenarkan bagi alasan pasangan berlaku curang, lapor laman berita Wion News.


Menurut laporan akhbar Global Times, mahkamah di wilayah Shandong itu menetapkan bahawa curang bukan satu tindakan bersekedudukan.

Ini kerana bersekedudukan merujuk kepada seseorang individu berkahwin yang tinggal bersama seseorang yang lain tanpa ikatan perkahwinan secara berterusan dan stabil.

Gambar Hiasan, AFP

Susulan itu, mahkamah tersebut tidak akan mengiktiraf aktiviti seks luar nikah sebagai alasan untuk mengemukakan perceraian.

Undang-undang tersebut telah mencetuskan pertikaian di media sosial China, Weibo dengan tanda pagar ‘tidak boleh mengemukakan perceraian kerana curang’ mula menjadi trend selepas netizen di negara itu menyifatkan undang-undang tersebut sebagai ‘mengelirukan’.

Berdasarkan beberapa laporan yang dikeluarkan, kadar perceraian di China telah meningkat daripada 0.96 kes perceraian bagi setiap 1,000 penduduk pada tahun 2000 kepada 3.36 pada 2019.

Kementerian Hal Ehwal Awam China turut melaporkan sebanyak 4.15 juta perceraian direkodkan pada 2019. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 7-1-2022 09:14 AM
Marilah kita bersama-sama together-gether saling zina-berzina antara satu sama lain
Quote gideoncross 7-1-2022 11:12 AM
X lama lgi rmai lah org akn jdi gila sbb trpksa hidup dgn org yg xde prasaan lgi.
Quote annehuda 7-1-2022 11:32 AM
Kenapa tred ni mcm sama je dgn tred lain
Quote pekanwoohoo 7-1-2022 11:38 AM
Dekat China pun boleh ke berjuang untuk hak asasi untuk perkara macam ni? Bukan dekat sana Komunis totok ke, jenis ikut cakap semua? Serius nak tahu.
Quote capiloton 7-1-2022 12:27 PM
sapa suruh kawin, padan muka. lain kali skendel jer
Quote angelofish 7-1-2022 01:14 PM
ketuanan komunis
Quote bulalof 7-1-2022 01:16 PM
ingatkan tajuk berita di tanah air.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 09:32 AM GMT+8 , Processed in 0.047741 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top