CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

China Hasilkan Robot Boleh Baca Fikiran Manusia Sehingga 96 Peratus

7-1-2022 11:48 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 915| Komen: 0

Description: Beijing – Sekumpulan penyelidik di China dilaporkan membina robot industri yang boleh membaca fikiran manusia sehingga 96 peratus, lapor akhbar South China Morning Post semalam.
Beijing – Sekumpulan penyelidik di China dilaporkan membina robot industri yang boleh membaca fikiran manusia sehingga 96 peratus, lapor akhbar South China Morning Post semalam. 


Robot industri itu bakal digunakan sebagai rakan sekerja bagi pekerja kilang dalam usaha meningkatkan tahap kecekapan dalam sesuatu penghasilan produk.

Menurut penyelidik Pusat Teknologi Inovasi Pembuatan Pintar, Universiti Three Gorges China, robot itu bukan sahaja mampu memantau gelombang otak pekerja tetapi turut mengumpul isyarat elektrik daripada otot untuk sama-sama berfungsi bagi menghasilkan produk yang kompleks.

Foto: Agensi

“Selepas ini, pekerja kilang tidak perlu menyuruh atau mengeluarkan arahan secara verbal kerana robot industri ini boleh membaca fikiran mereka.

“Ini akan membantu proses penghasilan produk dilakukan dengan lebih pantas dan berkualiti,” jelas ketua saintis projek tersebut, Dong Yuanfa

Dalam pembuatan industri moden, kerja pemasangan di sesebuah kilang menyumbang 45 peratus daripada jumlah beban kerja dan 20 hingga 30 peratus daripada jumlah kos pengeluaran.

“Bagaimanapun, robot kolaboratif atau ‘cobot’ hanya membantu mempercepat aktiviti pemasangan namun aplikasinya kekal terhad kerana keupayaan mengenal pasti fikiran manusia selalunya tidak tepat dan tidak stabil”, jelas Dong. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 06:46 AM GMT+8 , Processed in 0.253596 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top