CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak Trauma Hampir Dipanggang 7 Perompak Dalam Ketuhar

8-12-2021 06:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1754| Komen: 8

Description: Sekumpulan perompak bersenjata dilaporkan mengugut untuk memanggang seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun hidup-hidup di dalam ketuhar sambil ditonton ahli keluarganya, lapor akhbar Daily Star ...
Sekumpulan perompak bersenjata dilaporkan mengugut untuk memanggang seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun hidup-hidup di dalam ketuhar sambil ditonton ahli keluarganya, lapor akhbar Daily Star kelmarin.


Gideon Bierman mengalami trauma apabila tujuh lelaki lengkap bersenjata menyerbu ladang milik keluarganya yang berusia 15 tahun di Mpumalanga, Afrika Selatan.

Ibu bapa Gideon, Niel, 47, dan Sonja, 43, beserta dua abangnya, Daniel, 13, dan Jacobus, 10, turut ditahan ketika serbuan. 


Kredit foto: FB/Daily Star

Sonja memberitahu akhbar The Scottish Sun bahawa mereka tidak sempat berbuat apa-apa kerana suspek bersenjatakan selaras senapang patah dan lima pucuk pistol. Mereka segera mengikat suaminya.


Pada awalnya, suspek mengancam untuk menembak Sonja dan anak-anaknya jika tidak membuka peti besi milik mereka.

Suspek berang apabila tiada barang berharga ditemui di dalam peti besi itu, sebaliknya hanya sepucuk pistol jenis Browning, senapang jenis Browning serta pistol pelet.

“Saya beritahu mereka berulang kali bahawa kami tidak simpan wang di dalam rumah tetapi mereka tidak percaya. Ketika saya cuba menenangkan anak-anak, saya dengar tembakan dilepaskan dari dalam rumah.

“Saya tidak tahu sama ada suami saya masih hidup atau mati. Mereka kemudian menangkap Gideon dan membawa kami ke dapur. Saya lega bahawa suami saya tidak ditembak,’’ jelas Sonja. 

Kumpulan perompak itu melarikan sebuah trak, kad bank Niel beserta nombor pin, pistol dan beberapa telefon pintar setelah penggera dibunyikan seorang pekerja ladang yang ingin mendapatkan makanan ayam.

Keluarga itu kini menjalani khidmat kaunseling setelah mengalami trauma. Suspek sehingga kini masih bebas.

Jurucakap polis, Kapten Kay Makhubla berkata bahawa ia bukan kali pertama ladang di Afrika Selatan diserbu penjenayah. Sebelum ini, seorang petani wanita tua diseksa menggunakan obor api  ketika ladangnya diserang perompak. 


Sumber: Kosmo

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hareeeesah 8-12-2021 09:01 PM
Kesiannya… betul la orang skarang kata takut lagi dengan manusia dari hantu. Semoga keluarga kita semua sentiasa dilindungi
Quote kakikuDibibirmu 8-12-2021 09:11 PM
Hensel and Gentel sesangat sis
Quote OyenLemas 9-12-2021 02:30 AM
ishhh takotnya
Quote Simunggu 9-12-2021 08:21 AM
teruk org aprika ni
Quote KirazMevsimi 9-12-2021 10:30 AM
kurang hajarrrrrr punya perompak. budak kecik, org tua diseksanya. masih bebas. moga cepat dikesan dan dapat hukuman sekerasnya
Quote Supersirap 9-12-2021 10:38 AM
Apa bangsatlah punya jenayah
Quote white_musk 9-12-2021 10:41 AM
Ini masalah mental
Quote copy_paste 9-12-2021 11:25 AM
hareeeesah replied at 8-12-2021 09:01 PM
Kesiannya… betul la orang skarang kata takut lagi dengan manusia dari hantu. Semoga keluarga kita s ...

ye betul,manusia lagi bahaya dari hantu,
hantu boleh main cak2 je,paling kuat pengsan atau kena serangan jantung,
kalau manusia boleh menyiksa

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:10 AM GMT+8 , Processed in 0.050723 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top