CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemandu Digantung Tugas Kerana Hentikan Kereta Api Demi Beli Yogurt

8-12-2021 07:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1495| Komen: 3

Description: LAHORE: Seorang pemandu kereta api antara bandar digantung tugas selepas didakwa menghentikan pengangkutan itu tanpa mengikut jadual semata-mata untuk membeli yogurt.
LAHORE: Seorang pemandu kereta api antara bandar digantung tugas selepas didakwa menghentikan pengangkutan itu tanpa mengikut jadual semata-mata untuk membeli yogurt.


Satu video tular menunjukkan pemandu tersebut menghentikan pengangkutan dan turun membeli yogurt di sebuah gerai tepi jalan sebelum kembali ke dalam gerabak dan meneruskan perjalanan.


Kredit foto: Twitter

Insiden berlaku pada Isnin lalu itu menimbulkan persoalan mengenai tahap keselamatan dan perundangan pengangkutan kereta api di negara ini, lapor AFP.

Jurucakap kementerian landasan kereta api, Syed Ijaz-ul-Hassan Shah berkata, tindakan pemandu itu yang menghentikan kereta api di tengah-tengah landasan mencetuskan pelbagai isu, terutamanya soal keselamatan.


“Kita tidak boleh bertolak ansur dengan kejadian ini kerana ia melibatkan keselamatan dan nyawa penumpang,” katanya.


FB/Twitter

Ketika kejadian, kereta api itu dalam perjalanan dari Lahore ke Karachi.

Dalam pada itu, Menteri Landasan Kereta Api, Azam Khan Swati memberi amaran bahawa ‘mana-mana pihak tidak boleh menggunakan aset negara secara sesuka hati untuk kepentingan sendiri’. 


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 9-12-2021 03:14 AM
isteri dia kirim tu...husnuzon lh skit
Quote keane.somewhere 9-12-2021 07:59 AM
Negara ramai rakyat
Quote slyfynx 9-12-2021 08:14 AM
Tajuk clickbait sgt
Tulis la pemandu ketapi

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:12 PM GMT+8 , Processed in 0.278469 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top