CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kakak-kakak Dah Lepas, Uqasha Tak Sabar Tunggu 'Turn' Raysha Rizrose Pula

8-12-2021 06:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3808| Komen: 14

Description: Di saat ini, perkahwinan selebriti Uqasha Senrose dan Kamal Adli menjadi bualan ramai selepas mereka mendedahkan sudah sebulan berkahwin iaitu pada 5 November lalu.
Di saat ini, perkahwinan selebriti Uqasha Senrose dan Kamal Adli menjadi bualan ramai selepas mereka mendedahkan sudah sebulan berkahwin iaitu pada 5 November lalu.


Selepas Uqasha dan pelakon Nelydia Senrose menamatkan zaman bujang, kini adik pula menjadi tumpuan wargamaya terutama kaum Adam.


Kredit foto: IG Raysha

Raysha Rizrose yang juga merupakan seorang aktres mendapat ‘spotlight’ selepas memuat naik foto ketika majlis pernikahan Uqasha dan Kamal.

Dengan kapsyen ‘kakak saya dah kahwin’, Raysha nampak anggun dengan busana berwarna merah hasil sentuhan pereka fesyen, Ezuwan Ismail.




Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut lelaki mula menjalankan operasi untuk mengurat pemilik nama Farza Naquraisha Mohd Fariz.

Sampaikan ada komen yang mengajak juara Dewi Remaja 2014/2015 ini berkahwin pada tahun hadapan.



"Raysha bila? Saya sudi.

"Jangan nangis. Nanti sampai lah giliran kita pula.

"Tahun depan kita pula ya.

"Nanti kita pula. Eh, semoga dipermudahkan," antara komen netizen.



Bagaimanapun, seandainya ada yang belum tahu, pelakon ini sudah mempunyai teman lelaki iaitu pelumba kereta negara, Nabil Jeffri yang sudah dikenalinya sejak 2013.


Sumber: OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote babyLON. 8-12-2021 06:30 PM
air muka dia mcm sentiasa nak nangis
Quote sunshinelady 8-12-2021 07:51 PM
ngapa nama uqasha  & nelydia ada senrose, dia ni pulak rizrose? yg lagi sorang tu anak iwan ke sapa kazen diorang eh, monrose?
Quote dudaberhias 8-12-2021 08:01 PM
takpe raysha muda lagi... ungka ye la dah nak masuk 30 kira nak masuk kategori kertu dah macam jahlop... lakinya takyah citer la dah rhoper bapak2 tunggu nak timang cucu dah...

sabar je dulu mana tahu dapat tangkap jerung nan besar lagi rare...
Quote orkidorkido 8-12-2021 08:40 PM
Nikah tengah panas macam tu, habis cAir mekap orang
Quote mendeluk 8-12-2021 08:45 PM
Raysha ini kalau berkawan dgn ninot jelly puaka and rita nadira nampak wow. Tetiga sama baya and personaliti sama.
Quote mendeluk 8-12-2021 08:45 PM
Btw she dgn nabil dah lama kan.. pergi oversea pun togederr..
Quote Incanto 8-12-2021 09:16 PM
sedap nama dia Farza Naquraisha
Quote irvene 8-12-2021 09:22 PM
sunshinelady replied at 8-12-2021 07:51 PM
ngapa nama uqasha  & nelydia ada senrose, dia ni pulak rizrose? yg lagi sorang tu anak iwan ke sapa  ...

sbb uqa n nely sama bapak. gabungan nama bapak n mak deme. jd lah senrose. raysha ni bapaknya lain. fariz nama nya. so gabung dgn nama mak. jadilah rizrose.
cousin diaorg tu manrose. hasil gabungan nama mak pak jugak
Quote cheezel 8-12-2021 09:26 PM
Pakwe dia tu iras laki nyna cuma versi putihla
Quote I.K.A888990 9-12-2021 12:46 AM
xpe la dik hang pn cantik molek bagai
esok2 tup2 nikah
Quote KirazMevsimi 9-12-2021 10:35 AM
cheezel: Pakwe dia tu iras laki nyna cu ...
haaa ya kaka cheezel. tengok seimbas tadi seiras ngan suami si nynaa harizal
Quote KirazMevsimi 9-12-2021 10:35 AM
dudaberhias replied at 8-12-2021 08:01 PM
takpe raysha muda lagi... ungka ye la dah nak masuk 30 kira nak masuk kategori kertu dah macam jahlo ...

hahahahahaha
Quote mizruncing 9-12-2021 10:50 AM
sedap nama dia. tp dari segi rupa akak2 nye lagi lawa
Quote shahirakay 9-12-2021 03:48 PM
dudaberhias replied at 8-12-2021 08:01 PM
takpe raysha muda lagi... ungka ye la dah nak masuk 30 kira nak masuk kategori kertu dah macam jahlo ...

depa ni gabung nama mak dengan apak. yang anak anak manrose tu gabungan nama apaknya wan ashman (iwan dangdut) dengan maknya aktress jelita rosnah md noor. hat rizrose tu tak tau la nama makpaknya.. yang pasti maknya ros ros jugekkk

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:27 PM GMT+8 , Processed in 0.159393 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top