CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kebaya & Baju Kurung? No Hal, Tudung Pun 'On Point' Buat Backflip

10-11-2021 04:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3579| Komen: 18

Description: Kelincahan seorang wanita beraksi dalam permainan itu menarik perhatian ramai menerusi perkongsian video di media sosial.
Kelincahan seorang wanita beraksi dalam permainan itu menarik perhatian ramai menerusi perkongsian video di media sosial.


Kredit foto: TikTok

Lebih mengagumkan apabila dia kelihatan selesa berbaju kurung biru ketika melompat dan melonjakkan badan ke udara sebelum membuat pusingan secara backflip.

Wanita berkenaan, Wan Nur Amirah Wan Mohd Azmi berkata, dia mula bermain trampolin sejak mengikuti pengajian diploma dan ijazah sarjana muda dalam bidang sains sukan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) sehingga melakukan latihan praktikal pada 2019.


Dia yang berusia 25 tahun bagaimanapun tampil menjelaskan pemakaiannya itu bukan disebabkan menghadiri sebarang majlis yang memerlukannya untuk berbaju kurung.

"Saya bukan balik dari kenduri kahwin atau mana-mana majlis pun. Video itu dirakam pada Jun lalu dan saya muat naik di TikTok minggu ini sebagai throwback.



"Masa tu saya baru balik selepas keluar berjalan-jalan dengan keluarga, dan kami singgah untuk bermain trampolin," katanya kepada mStar, sambil merujuk kepada taman trampolin, JumpStreet Asia di Petaling Jaya, Selangor.

Lebih mesra disapa Mira, dia mengakui ramai mengajukan pelbagai persoalan berikutan aksinya berbaju kurung ketika melakukan backflip.

"Sebenarnya tak susah pun nak buat backflip masa pakai baju kurung. Sebab backflip tidak perlu buka kaki, tak beri kesan pada kain.

"Jangan risau, kain tak terselak. Bukan setakat baju kurung, malah jubah dan baju kelawar pun saya pernah pakai untuk buat backflip.

"Kain batik dan kain pelikat suami pun pernah pakai buat backflip. Pergerakannya terlalu pantas, kain tak sempat terselak," ujarnya yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan.

Menurut petugas di taman aktiviti SuperPark ini berkata, antara lain yang turut ditanyakan netizen adalah mengenai tudung yang dipakainya masih dalam keadaan baik selepas membuat aksi backflip.



"Bagi mereka yang bertudung, boleh je nak buat backflip di trampolin. Tapi kena pin tudung di bahagian dada dan belakang.

"Tak kira lelaki atau perempuan, apa yang penting adalah penglihatan kita bila buat backflip. Kalau muka tertutup nanti bahaya, sebab tak nampak kita nak landing yang boleh mengakibatkan kecederaan kalau tersilap," tambahnya.

Dalam pada itu, Mira turut berkongsi pengalamannya melakukan aksi backflip beberapa kali tanpa henti di trampolin, termasuk ketika berbaju kurung.

"Kalau pakai baju kurung pernah buat backflip lima kali tanpa henti. Tapi paling banyak saya dapat buat adalah sembilan kali, masa tu pakai baju sukan," tambahnya.

Susulan berjubah dan berbaju kurung di trampolin, beberapa netizen turut mencadangkannya supaya beraksi dalam beberapa pakaian termasuk telekung.

"Ada yang request saya pakai telekung buat backflip tapi bagi saya, ia tak sesuai kerana telekung dipakai untuk solat. Kena jaga sensitiviti, dan nanti kena kecam.

"Bagaimanapun, pertanyaan dan cadangan mereka menarik lebih ramai untuk melakukan sukan trampolin yang tak begitu expose di Malaysia.

"Badan ringan atau berat, sesiapa pun boleh buat backflip di trampolin. Tip adalah kena berlatih dan biasakan diri dengan trampolin.

"Minda kena betul-betul fokus. Kalau rasa takut bahaya, jangan buat. Kena belajar balance diri. Jangan juga makan dulu dan terus lompat, nanti muntah," katanya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Normabaru 10-11-2021 07:32 PM
Badan ringan atau berat, sesiapa pun boleh buat backflip di trampolin. Tip adalah kena berlatih dan biasakan diri dengan trampolin.

Menurut petugas di taman aktiviti SuperPark ini berkata, antara lain yang turut ditanyakan netizen adalah mengenai tudung yang dipakainya masih dalam keadaan baik selepas membuat aksi backflip.


m
a
r
k
e
t
i
n
g


hehe


Quote shernazz 10-11-2021 07:34 PM
Iols.suka..
Tp.kalau buat masa sekarang dgn anak 3 ni..
Iols lompay gitu2 jelah..
Takde la buat backflip bagai
Hahha
Quote sharlenetexas 10-11-2021 07:35 PM
Iols pun pakai baju kurung dan kebaya dengan seluar panjang. Senang nak bergerak.

Quote djzara81 10-11-2021 08:36 PM
Aku baru pi SPK aritu. Best weyy. Terasa kembali ke zmn kanak2. Peduli ape org tgk, aku lompat atas trampoline, main basketball, kayuh kete manual cuma yg lasak2 aku tak main sbb pinggang lutut nak pakai lama.
Quote becir 10-11-2021 08:41 PM
Asma dah komen lum?
Quote makadek 10-11-2021 08:47 PM
Normabaru replied at 10-11-2021 07:32 PM
Badan ringan atau berat, sesiapa pun boleh buat backflip di trampolin. Tip adalah kena berlatih dan  ...

Tak baca habis ... Maksudnya dia jual tudung ke @ brooch
Quote makadek 10-11-2021 08:47 PM
becir replied at 10-11-2021 08:41 PM
Asma dah komen lum?

Hantor link kat dia nanti dia kumen lertewww
Quote Normabaru 10-11-2021 09:04 PM
makadek replied at 10-11-2021 10:47 PM
Tak baca habis ... Maksudnya dia jual tudung ke @ brooch

dia keje situ.. Memey la blh pektis smpi lebam
Quote makadek 10-11-2021 09:05 PM
Normabaru replied at 10-11-2021 09:04 PM
dia keje situ.. Memey la blh pektis smpi lebam

Owh gituh loading lak malam ni
Quote Normabaru 10-11-2021 09:06 PM
makadek replied at 10-11-2021 11:05 PM
Owh gituh loading lak malam ni

Bkn hr2 pon loding ke mak
Quote Normabaru 11-11-2021 03:22 AM
makadek replied at 10-11-2021 11:05 PM
Owh gituh loading lak malam ni

nah mak...sila compare tiakkkk saper lg tengikkk

[ig]https://www.instagram.com/reel/CVmuTgTF26j/?utm_medium=copy_link[/ig]
Quote Kurex 11-11-2021 11:57 AM
Kemain muka kau berfilter
Quote Dwdrum 11-11-2021 12:08 PM
Buat  backflip dari floor dan trampolin tudak sama.... Atas trampolin lebih senang...
Quote cik_sssara 11-11-2021 02:44 PM
Nak backflip atas trampolin senang je, landing tu kena betul so tak injured & terselak kain lagi2 kalau tempat awam.

I pernah pakai sarong flip skateboard, tu lagi berisiko untuk cedera tapi nasib baik smooth & tak koyak kain batik mak. Masa tu main truth dare or kiss dengan cousins.

Haishh rindunya raya kumpul ramai2 riuh rumah
Quote Babai 11-11-2021 02:49 PM
Makin bermekap makin nampak tak elok.
Quote nakkomenjugak 11-11-2021 05:25 PM
Motippppppp??
Quote misc 11-11-2021 05:42 PM
Mampu tengok je laaa. Takde trampolin kat rumah.
Quote edayildiz 11-11-2021 08:20 PM
huihhhh xmampu la even pakai seluar

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:37 PM GMT+8 , Processed in 0.060563 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top