CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerja Tak Jalan, Duit Lesap Rumah Pula Disewakan

10-11-2021 04:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1659| Komen: 5

Description: Hasrat seorang akauntan untuk mengubahsuai rumahnya sendiri bukan hanya tidak kesampaian, malah kediamannya itu dikesan disewakan kepada orang lain.
Hasrat seorang akauntan untuk mengubahsuai rumahnya sendiri bukan hanya tidak kesampaian, malah kediamannya itu dikesan disewakan kepada orang lain.


Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, pada 19 Mac lalu, mangsa iaitu lelaki berusia 39 tahun berurusan dengan seorang lelaki bagi urusan mengubahsuai rumah mangsa di Klang Lama, Kuala Lumpur.


Gambar hiasan

Menurutnya, mangsa dimaklumkan suspek adalah ejen rumah dari sebuah syarikat dan mereka bersetuju rumah itu diubahsuai selepas berpuas hati dengan syarat ditetapkan seperti pembelian perabot, cat, lampu, kipas, dan barangan elektrik.


“Mangsa mahu ubahsuai rumah untuk disewakan dan semua kerja itu melibatkan nilai RM12,950. Mangsa tidak pernah berjumpa dengan ejen rumah ini dan segala urusan adalah secara panggilan telefon dan WhatsApp sahaja.

“Mereka tidak membuat sebarang dokumen perjanjian dan hanya berurusan secara online,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Chang Hook berkata, mangsa telah diminta untuk melakukan kesemua bayaran ke sebuah akaun bank dan tempoh masa bagi mengubahsuai rumah berkenaan adalah sebulan. 


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hareeeesah 10-11-2021 04:51 PM
Husnujon level bukan biashe biashe.. 12k macam rm12 je ye dia percaya orang
Quote Belibis 10-11-2021 05:29 PM
Orang terlalu jujur memang jadi lauk jer la..
Quote nononcrux 11-11-2021 09:30 AM
byk dah kesedaran pasal penipuan ni tetap juga kena tipu..
Quote nakkomenjugak 11-11-2021 05:28 PM
Silakan lagi kena tipu
Takkan ada penamatnya
Suckers born every minute
Quote glump 11-11-2021 06:47 PM
Pakej renovate n Cari oenyewa sekali ..kenyeng agent tu...betul ke REN tu

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:28 AM GMT+8 , Processed in 0.042011 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top