CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Mayat 4 Beranak Berpelukan Dalam Kebakaran

10-11-2021 04:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2332| Komen: 20

Description: Mayat seorang ibu dan tiga anaknya yang terkorban dalam satu kebakaran di Kampung Kubang Jaya, daerah Siak Hulu dalam wilayah Riau ditemui dalam keadaan berpelukan, lapor laman berita Tribunnews kelma ...
Mayat seorang ibu dan tiga anaknya yang terkorban dalam satu kebakaran di Kampung Kubang Jaya, daerah Siak Hulu dalam wilayah Riau ditemui dalam keadaan berpelukan, lapor laman berita Tribunnews kelmarin.


Kejadian kebakaran tersebut berlaku pada Ahad lepas di kediaman milik Syafar, 53, yang mengorbankan isteri serta tiga anaknya.

Mereka yang terkorban ialah Suriyati, 44; Syafitri, 22; Selvina Putri, 17 dan Hazim Zhafran Syaputra, tiga tahun.


Lokasi bilik mandi di mana mayat keempat-empat mangsa diemui dalam keadaan berpelukan. - Istimewa

Kesemua mangsa dipercayai meninggal dunia kerana terhidu asap kebakaran yang tebal.

Mayat kesemua mangsa ditemui di dalam tandas dalam keadaan sedang berpelukan.

Menurut seorang saksi, ketika kejadian, dia meminta Suriyati untuk segera keluar dari rumah itu.

Mangsa bagaimanapun masuk ke dalam satu ruang di dalam kediaman itu untuk menyelamatkan ketiga-tiga orang anaknya. Namun, api marak begitu pantas dan menyebabkan keempat-empat mereka terperangkap.

Syafar juga sempat masuk ke dalam api yang sedang marak untuk cuba menyelamatkan isteri serta tiga anaknya, namun dia dihalang penduduk kampung dan hanya mampu meraung melihat kesemua mereka terkorban dalam kejadian itu.

Syafar kemudiannya dibawa ke sebuah hospital di Pekanbaru. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mikaella 10-11-2021 04:14 PM
sedih baca sebab takde pengetahuan pasal sains dan keselamatan. bomba sepatutnya bagi ceramah dari sekolah ke sekolah.

Kalau kebakaran bukan cari bilik air tapi kena keluar dari tempat tu. kain tebal boleh membantu & kalau mula ada asap kena keluar secara merangkak. api ni kejap je sebenarnya... kalau rasa yakin  (DAN LAJU) boleh selamatkan anak yang disayangi, go ahead. tapi kalau dah marak tu...

tu sebab langkah pencegahan lagi penting.
Quote nononcrux 10-11-2021 04:17 PM
Salam Takziah, ank Perempuan semuanya&sorg laki.. Kesian tak sempat nak buat apa-apa api marak dgn cepat
Quote Suchi 10-11-2021 04:59 PM
Bahaya duk dlm bilik air sbb air pun panas menggelegak nnt.

Sedihnya masing2 saling berpelukkan sblm akhirnya lemas dgn asap.
Quote shernazz 10-11-2021 05:03 PM
Ools teringat cite 1000 ways to die
Ada 2 orang terperwngkap dalam.kebakaran
Pastu.sorang ni dpt.lari keluar...sorang tu menyorok dalam tin minyak beso tu tak.mau ikut kawan dia ke kakak dia tah..
Pastu habis dah padam.kebakaran..bomba jumpa dia dah masak dalam.tong tu...huhuuuu......
Quote azahan 10-11-2021 07:54 PM
Kasih seorang ibu. Sanggup bergadai nyawa selamatkam anak. Melahirkan anak tu pun dah bergadai nyawa
Quote Adrif 10-11-2021 08:24 PM
kesiannya.. tak dapat bayang mental dan emosi si ayah tu.
sekelip mata hilang isteri dan anak-anak tersayang
saat terakhir pulak dengar jeritan dari dalam rumah
sebak pulak aku weyh. tragis.. sungguh tragis..
Quote milanhawkin 11-11-2021 07:54 AM
Mikaella: sedih baca sebab takde pengetahuan pasal sains dan keselamatan. bomba sepatutnya bagi ceramah dari sekolah ke sekolah. Kalau kebakaran bukan cari bili ...


sangat2 setuju .. rasanya pengetahuan malaysian on this sangat kurang, especially kt pedalaman.
Quote cucuq 11-11-2021 08:10 AM
kesiannyaa...salam takziah buat ahli keluarga si mati.
Quote intnjuliet 11-11-2021 09:07 AM
shernazz replied at 10-11-2021 09:03 AM
Ools teringat cite 1000 ways to die
Ada 2 orang terperwngkap dalam.kebakaran
Pastu.sorang ni dpt.lar ...

ya ALLAH seramnya .. can't imagine the pain that the person hold until her/his last breath..  
Quote shernazz 13-11-2021 09:50 PM
intnjuliet replied at 11-11-2021 09:07 AM
ya ALLAH seramnya .. can't imagine the pain that the person hold until her/his last breath..

Kan
Iols tonton pung rasa cam..
Tak terkata
Masak woo...huhuu
Quote edayildiz 13-11-2021 09:54 PM
takziah..seramnyaa..
selalu mesti jmpa mayat dlm toilet kan...i  rasa msti sbb dorg panas nak cari air..siannya kann..takut
Quote orkidorkido 13-11-2021 10:39 PM
Kesiannya si bapa tu ya allah, ubatilah trauma dia .. i can imagine dia jerit meraung macam dalam movie.
Semoga damai di sana anak-anak & isteri
Quote keane.somewhere 14-11-2021 10:07 PM
milanhawkin replied at 11-11-2021 07:54 AM
sangat2 setuju .. rasanya pengetahuan malaysian on this sangat kurang, especially kt pedalaman.
...

Ni Kat Indonesia
Quote milanhawkin 15-11-2021 08:10 AM

ooppsss... ok meols x pasan. hampun.
tp x rasa malaysian should hv this knowledge jugak ke? i just rasa this kind of info mcm x meluas lg. itu saja. maybe i salah
Quote keane.somewhere 15-11-2021 10:02 AM
milanhawkin replied at 15-11-2021 08:10 AM
ooppsss... ok meols x pasan. hampun.
tp x rasa malaysian should hv this knowledge jugak ke? i just ...

Ye la...tapi Malaysian banyak dah sedar sejak peristiwa Pondok Pak Ya.

Jarang dengar mati dlm bilik air.

Quote keane.somewhere 15-11-2021 10:04 AM
Suchi replied at 10-11-2021 04:59 PM
Bahaya duk dlm bilik air sbb air pun panas menggelegak nnt.

Sedihnya masing2 saling berpelukkan sbl ...

Kalau tengok kolah air dia...boleh nampak air susut a few inches
Quote Carcosa 15-11-2021 10:04 AM
Eikhhhhh stressnya aku baca berita niiiiihhh
Takboleh bayangkan lah tangisan anak2 kau, dgn pelok kau utk keselamatan. Ehhhh depress aku laaaaaaaaaa
Quote Artemesiaa 15-11-2021 11:29 AM
Sebab tu penting ada pengetahuan apa yang harus dilakukan ketika berdepan dengan kebakaran.  Takziah buat keluarga mangsa.
Quote copy_paste 15-11-2021 11:31 AM
Mikaella replied at 10-11-2021 04:14 PM
sedih baca sebab takde pengetahuan pasal sains dan keselamatan. bomba sepatutnya bagi ceramah dari s ...

kalau dah kalut xteringat dah semua tu....

Lihat semua komen(20)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

28-1-2022 05:18 AM GMT+8 , Processed in 0.102878 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top