CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Putus Asa 5 Tahun Permohonan Ditolak, Gadis Bisu Akhirnya Dapat Kerja

10-11-2021 04:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1717| Komen: 9

Description: Usaha keras seorang gadis orang kelainan upaya (OKU) yang tidak kenal erti jemu mencari peluang pekerjaan di pelbagai tempat sejak lima tahun lalu membuahkan hasil apabila akhirnya dia diterima bekerj ...
Usaha keras seorang gadis orang kelainan upaya (OKU) yang tidak kenal erti jemu mencari peluang pekerjaan di pelbagai tempat sejak lima tahun lalu membuahkan hasil apabila akhirnya dia diterima bekerja.


Farah Azira Mohd. Nor, 31, yang mengalami masalah bisu diterima bekerja sebagai penjaga kaunter sebuah pasar raya selepas menghadiri temu duga Karnival Kerjaya Inspirasi OKU 2021 anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

“Saya pergi temuduga banyak tempat sehingga ke Pulau Pinang. Tapi semua permohonan saya ditolak memang sedih tapi saya tidak putus asa.

“Dalam tempoh lima tahun tiada kerja, saya jadi ‘babysister’ (pengasuh bayi). Saya bersyukur sangat hari ini akhirnya saya diterima bekerja,” katanya.



Farah Azira yang merupakan anak kedua dari lima beradik dan mempunyai kelulusan Sijil Kemahiran Khas Politeknik dalam bidang reka bentuk grafik berharap lebih banyak majikan memberi peluang kepada OKU untuk bekerja dan tidak melakukan diskriminasi.

“Orang OKU juga mahu bekerja sekiranya diberi peluang, justeru saya menyeru rakan-rakan OKU supaya tidak merasa rendah diri dan menghadiri temu duga yang disediakan,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Firdhauz Abdul Rashid, 24, yang merupakan OKU yang mengalami masalah hilang pergerakan (lumpuh) akibat kemalangan empat tahun lalu pula berkata, dia berharap mendapat pekerjaan dengan gaji yang lebih baik.

Menurut Muhammad Firdhauz, penganjuran karnival itu sangat membantu dan memudahkan OKU sepertinya untuk mencari pekerjaan.

“OKU ini ada yang berpelajaran. Kita bukannya memilih, tapi mahu juga diberi peluang bekerja sama seperti orang normal.

“Sebelum ini saya bekerja memasukkan data penerimaan barang di sebuah syarikat, tetapi mereka tidak memahami keadaan saya,” katanya yang mempunyai sijil kemahiran Microsoft dan Excel.

Muhammad Firdhauz mengakui pada awalnya bukan mudah untuknya menerima hakikat dirinya kini OKU sehingga terperap dua tahun di dalam rumah.

“Selepas kemalangan itu, dua tahun saya duduk rumah kerana tak yakin pada diri.

“Selepas selesai jalani rawatan, saya terus buat keputusan mencari kerja dan mahu majukan diri,” katanya.


Sumber: K! ONLINE
1

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote norawestallen 10-11-2021 08:36 PM
Semoga dipermudahkan urusan awak
Quote stingerspace 10-11-2021 08:38 PM
Edited by stingerspace at 10-11-2021 08:40 PM

Jgn run as a candidate for any elections sudah...rakyat malaysia kalau yg gagap tak fasih bahasa melayu dah kena kutuk kaw kaw...apa lagi yg bisu...

Kahkahkahkahkahkahkah
Quote makadek 10-11-2021 10:19 PM
Skrg ramai dh oku educated..diorg dh selevel mcm kita gak
Quote gekkou 11-11-2021 01:07 AM
respect boost mid valley
ada dua oku (pekak n bisu) kerja kat situ
sopan santun dah sentiada tersenyum

Quote CiliPadiSedap 11-11-2021 08:13 AM
stingerspace:    Edited by stingerspace at 10-11-2021 08:40 PM  Jgn run as a candidate for any elections sudah...rakyat malaysia kalau yg gagap tak fasih bahasa mela ...


tak kelakar dah tekan button report

Quote nononcrux 11-11-2021 09:33 AM
Reka bentuk grafik tu bagus, semoga urusan dipermudahkan.
Quote nakkomenjugak 11-11-2021 05:27 PM
Moga disenangkan urusan carik kerja untuk golongan ni
Quote missus_meow 11-11-2021 05:34 PM
walopon OKU  tapi bkemampuan bekerja ... hrp2 golongan ini terus diberikan peluang utk berdikari ....
Quote edayildiz 11-11-2021 09:58 PM
kt ig i ada follow sorg hakak ni..dia marhaen jah la tpnya..cuma i baru terbaca bila sheols cite sheols bisu..i nampak hidup dia sgt normal..dan bekerjaya jgk..
pttnya mcm kepci kt kch..dorg amik org bisu..ok jer dorg kerja.cpt dan pantas

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.099568 second(s), 54 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top