CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bukan Setahun Dua Kumpul, Mawar Rashid Terharu Suami Hadiahkan Banglo RM2 Juta

10-11-2021 04:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9355| Komen: 77

Description: Pelakon Mawar Rashid tersentuh dengan tindakan suaminya yang melakukan kejutan sempena ulang tahun perkahwinan keempat mereka semalam di kediaman baharu berharga hampir RM2 juta.
Pelakon Mawar Rashid tersentuh dengan tindakan suaminya yang melakukan kejutan sempena ulang tahun perkahwinan keempat mereka semalam di kediaman baharu berharga hampir RM2 juta.


Menurut Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shahputri Wan Abdul Rashid, dia bersyukur kerana akhirnya dapat memiliki sebuah rumah idaman selepas berhempas pulas bekerja dan mengumpul wang selama ini.


Kredit foto: IG Mawar

“Sumpah saya memang tak sangka akhirnya dapat beli rumah idaman ini. Lama dah saya impikan. Saya selalu beritahu suami (Raf) untuk ada rumah tersebut satu hari nanti.


“Kalau ikutkan, saya tahu pasal rumah itu. Cuma saya tak sangka yang Raf akan buat surprise (kejutan) sempena ulang tahun keempat kami di rumah tersebut.

“Bukan setahun dua kami kumpul wang dan bekerja keras untuk itu. Empat tahun juga selepas bernikah kami mula menabung perlahan-lahan,” katanya kepada Kosmo! sebentar tadi.



Tambah pelakon TQ Captain itu lagi, tiada apa yang dapat menggambarkan perasaan syukur kerana impiannya dikabulkan Tuhan.

“Bukan senang nak ada aset pada usia muda. Kerja keras siang malam, bila dapat sesuatu yang kita idam dengan hasil usaha sendiri, lain betul rasanya,” katanya.

Terdahulu menerusi hantaran video dalam Instagram, Mawar, 26, dilihat teruja selepas dihadiahkan sebuah rumah jenis banglo tiga tingkat terletak di ibu kota.




Menurut Mawar lagi, dia dan suami merancang untuk berpindah dan menetap di kediaman baharu mereka yang terletak di ibu kota selewat-lewatnya menjelang Ramadan tahun depan.

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Raden Muhammad, 2 , dan Raden Seri Rosabella Cinta yang kini berusia 10 bulan. 


Sumber: K! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 10-11-2021 04:56 PM
Tahniah, btw kenapa ramai founder2 anak didik under sifu J tu semua pakat2 beli rumah dekat area ni ye? Ada dapat diskaun tak?
Quote hareeeesah 10-11-2021 04:59 PM
dudaberhias replied at 10-11-2021 04:56 PM
Tahniah, btw kenapa ramai founder2 anak didik under sifu J tu semua pakat2 beli rumah dekat area ni  ...

Area mana kak dud? Tadi first time iolls lalu gamuda cove wow sangat extrance dia… gamuda ni rumah  CQ sister tu kan
Quote nuryakmal 10-11-2021 05:18 PM
To be honest actually, rumah teres 2 tingkat pun range harga is between 800k -1.5mill depending on size lot tanah dan area perumahan.
Putrajaya ni semi d 2-3 juta pun ramai beli and da habis.
So bungalow 2 mill —- meh.
Quote dejure 10-11-2021 05:26 PM
X lawa design rumah dia ni..mcm kilang punya design.for me 2 juta tu kalau beli tanah and design sendiri rumah tu lg bagus.
Quote laksmanabentan 10-11-2021 05:42 PM
dejure replied at 10-11-2021 05:26 PM
X lawa design rumah dia ni..mcm kilang punya design.for me 2 juta tu kalau beli tanah and design sen ...

ala2 industrial design uolllsss...
Quote trexxxxxi 10-11-2021 05:46 PM
Gambaq atas tu ku sangka Cep Misai sepat

Quote ellejo 10-11-2021 05:47 PM
kayanya raf ni. bisnes apa ya?
Quote naina 10-11-2021 05:53 PM
Rumah yg sekarang pun dah cukup cantik mewah serba lengkap dahh
Quote Masukkeluar 10-11-2021 05:56 PM
dudaberhias replied at 10-11-2021 04:56 PM
Tahniah, btw kenapa ramai founder2 anak didik under sifu J tu semua pakat2 beli rumah dekat area ni  ...

jp jp. kata si raf yg hadiahkan? tp knp si mawar kata dia penat kumpul duit nk beli rmh. mana stu ni??

mmg trend ank ddik sifubad la skrg pakat beli rumah tnjuk kekayaan jual produk timbang kilo. hahah.
Quote dudaberhias 10-11-2021 06:04 PM
Masukkeluar replied at 10-11-2021 05:56 PM
jp jp. kata si raf yg hadiahkan? tp knp si mawar kata dia penat kumpul duit nk beli rmh. mana stu  ...

Memang MO dia la tu.. jom kita tengok sape plak yang gigih buat benda sama lepasni kaka demi content... Samada si Tilla muka tua ataupun Sunari buat filem syok sendiri tu atau founder2 lain under sifu sama

Haiyooo tu la iolss hanya mampu tahniahkan jerrr kot2 betul la si cikki kumpul duit cari kutu celah rambut soo apa kes jantan ko plak surprise pakai duit engkooooo... Terus bila kaka ingatkan ni iolsss terbau2 ikan masin gittewww
Quote Nenasketum 10-11-2021 06:05 PM
Laki kroni si tuuuut, ni dumbno dah naik balik, mendonia la depa balik. Aritu ada orang membawang, si tuuuuut ber or** atas kapal mewah di Utara, kapal nama si lesbo plak registration nya.
Kesian acik porem cari kan, dikatakan gosip ialah apa retis hapload di soc med.
Kumpul duit tu alasan nek Rosie, cer carik tagline lain plak.
Quote Masukkeluar 10-11-2021 06:19 PM
dudaberhias replied at 10-11-2021 06:04 PM
Memang MO dia la tu.. jom kita tengok sape plak yang gigih buat benda sama lepasni kaka demi  ...

mcm mcm lah adk didik sifu bad ni. demi melakukan produk yg tak berapa nk laku. si mawar ni jual apa je aku tgk yg calit calit serum pemerah pipi. ada ke yg beli?? hahaha.  tapi kesian gk la sendu betul komen dan viewers video diorg ni..pdhl kira dh habis show off romantik dh tu si raf. lol.
Quote luvly_snow8608 10-11-2021 06:20 PM
kat area mana kilang eh rumah sheols nie?
Quote dudaberhias 10-11-2021 06:23 PM
Masukkeluar replied at 10-11-2021 06:19 PM
mcm mcm lah adk didik sifu bad ni. demi melakukan produk yg tak berapa nk laku. si mawar ni jual a ...

Khennn, sedihnyaaaa... Penat duk buat video bagai siap videographer... Lepastu si laki pesen rambut sana sini tapi muka tetap la haukkk jowo teemorr... Last2 gitu jah hasilnyaaa...

Btw asalkan berita dari geng2 anak didik sifu tu kan mesti akan masuk forum ni. Gigih betul ye marketing team theyols klik dan karang tularkan suara anda di sini untuk wartawan buka thread, tapi tetap lah sendu ok cuba lagi orang kata.
Quote Masukkeluar 10-11-2021 06:26 PM
ellejo replied at 10-11-2021 05:47 PM
kayanya raf ni. bisnes apa ya?

katanya sbb arwah bapaknya kaya raya kroni umno. nk harap kan bisnes si raf tu, jual vitamin pn lingkup, latest jual susu bandung strawberry sama jgk melingkup..bertahan 3 bulan je last last kesian agen kena habiskan..
Quote Masukkeluar 10-11-2021 06:28 PM
dudaberhias replied at 10-11-2021 06:23 PM
Khennn, sedihnyaaaa... Penat duk buat video bagai siap videographer... Lepastu si laki pesen rambu ...

tak leh blah betul si raf tu siap mention kt caption sblm ni beli mawar beg hrga 25k tapi mawar xsehappy hadiahkan sejambak bunga..pening aku, kata hadiahkn rmh, ni kata hadiahkn bunga plak. mana satu ni hahahah
Quote winky1 10-11-2021 06:43 PM
Masukkeluar replied at 10-11-2021 06:28 PM
tak leh blah betul si raf tu siap mention kt caption sblm ni beli mawar beg hrga 25k tapi mawar xs ...

Tak perlu confuse... Content merapu mcm tu lah....
Quote love_warrior 10-11-2021 07:15 PM
MO juai produk timbang kati...
Quote kitmal 10-11-2021 07:17 PM
realiti ke lakunan ni.........................................

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:12 AM GMT+8 , Processed in 0.133429 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top