CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Bila Perempuan Bergaduh Pasal ‘Parking’

9-11-2021 04:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4074| Komen: 23

Description: Tular video dua orang wanita bertengkar gara-gara tempat letak kereta di sebuah perumahan.
Tular video dua orang wanita bertengkar gara-gara tempat letak kereta di sebuah perumahan.

Menerusi rakaman dikongsikan di Twitter Jabatan Netizen Malaysia itu, pergaduhan tersebut dipercayai berlaku kerana si perakam berang dengan tindakan pemandu kereta yang dikatakan meletakkan kenderaannya sesuka hati.


Kredit foto: Twitter

Perakam video tersebut mendakwa, tindakan pemandu itu juga menyusahkan orang ramai kerana menghalang lalu lintas.

Kedua-dua mereka dilihat bertikam lidah hingga pemandu menunjukkan isyarat lucah kepada perakam sebelum bertindak keluar daripada kenderaannya dan menyembur perakam dengan cecair pembasmi kuman.


“Cuci you (kamu) punya mulut. Kotor,” kata wanita berkenaan.

Paling mengejutkan, selepas menyembur perakam dengan cecair tersebut, pemandu itu dilihat menendang perakam berkenaan.



Tinjauan di ruang komen mendapati, orang ramai mengecam tindakan kedua-dua wanita tersebut dan menganggap perkara itu boleh dibincangkan secara baik.

“Dua-dua dah besar, patut bincang elok-elok tak perlu keluar kata-kata kesat atau berkasar. Memalukan,” kata Shery.

“Perempuan kalau bergaduh boleh tahan juga. Cuba bawak bersabar, nanti menyesal pulak sebab bergaduh,” kata Hafiz.


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 9-11-2021 04:39 PM
AKU....selalu baca...forumer gaduh kat 'forum cari'...
Quote makadek 9-11-2021 04:49 PM
Letak pocit stinkkk kt tengah2
Biar 2pmpuan ni gomol telur pocit kahkah
Quote makadek 9-11-2021 04:50 PM
Skuau replied at 9-11-2021 04:39 PM
AKU....selalu baca...forumer gaduh kat 'forum cari'...

Tgh gaduh dgn poremer tua mati pucuk
Tk habis2 nk cri gaduh dgn org
Dia tgh bengang ng aku tu hahaha
Malu dia aku ejek dia suka makan petai dn jering
Quote jijilaaa 9-11-2021 05:05 PM
dua2 period kot...tak pun dua2 tak dapat semalam. tu yang angin semcam tu. lex la kak
Quote gekkou 9-11-2021 06:50 PM
“Perempuan kalau bergaduh boleh tahan juga. Cuba bawak bersabar, nanti menyesal pulak sebab bergaduh,” kata Hafiz.


laki kalau bergaduh sepak kereta orang, sepak side mirror. sama je la laki ke perempuan
Quote syamzana 9-11-2021 06:56 PM
hihi bila naik seh laki/pompuan pedulik hapa?uols dah lupa ke kes pompuan hempuk kunci kereta beso kat kereta apek suatu masa dahulu?
Quote krustykrab 9-11-2021 07:00 PM
gekkou replied at 9-11-2021 06:50 PM
laki kalau bergaduh sepak kereta orang, sepak side mirror. sama je la laki ke perempuan

Kan...cara cakap tu mcm org laki ni maksum, baik2 belaka
Quote felinecat 9-11-2021 07:32 PM
Report je la PBT, parking sesuka halang Jalan ni memang sakit hati
Quote kotakominami 9-11-2021 07:51 PM
Huhu..die belom jumpe kiki peugeot lg....
Quote Decaffeinated 9-11-2021 08:02 PM
masa kecik dulu pernah dengar dua jiran gaduh kat kampung tapi tak berani nak tengok. orang kata ada tarik2 rambut.

Quote CiliPadiSedap 9-11-2021 08:03 PM
Moga kereta friska madu jusa c minus tidak terlibat dalam pergaduhan
Quote hareeeesah 9-11-2021 11:48 PM
CiliPadiSedap replied at 9-11-2021 08:03 PM
Moga kereta friska madu jusa c minus tidak terlibat dalam pergaduhan

Hahahh kang dia datang tanya apesal tak puas hati dengan dia. Kereta suami dia tak bersalah
Quote ChildrenOfBodom 10-11-2021 09:09 AM
[ig]https://www.instagram.com/tv/CWC1i9sBv3n/?utm_source=ig_web_copy_link[/ig]
Quote nakkomenjugak 10-11-2021 12:48 PM
Alaaaa viral2
Ingat orang nak ingat keee muka plat no kete bagaiii
Pergi bersilat laaa memasingggg
Quote missus_meow 10-11-2021 01:03 PM
adoilah ... macam2 ... masing tgh stress ke ...
Quote batmana 10-11-2021 01:27 PM
gaduh2 cmni dpt apa?
puas hati?

selesai masalah?

pi la buat report, amik gmba, taula mgkin tkde tindakan,
tapi tu cara betul
Quote Firenzza 10-11-2021 01:30 PM
Kecoh la....byk lg parking kosong...saja je perakam nk cari pasal
Quote adm7 10-11-2021 03:34 PM
Apa kes?
Nak tau cerita sebenar sebelum maki.
Tapi aku memang benci orang jenis double parking, parking bahu @ tengah jalan, cop parking. Manusia2 macam ni memang jenis selfish, bingai babi laknat. Menyusahkan orang. Pbt/penguatkuasa pun knp la tak ambik tindakan
Quote ifanonline 10-11-2021 03:38 PM
dua2 mcm andartu aje

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:17 AM GMT+8 , Processed in 0.055227 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top