CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Isu Rider Mengamuk Hempas Makanan, Pelanggan Yang 'Demand' Sangat?

9-11-2021 07:49 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3030| Komen: 10

Description: Baru-baru ini, kecoh dengan satu rakaman di media sosial yang memaparkan seorang food rider dalam keadaan cukup marah.
Baru-baru ini, kecoh dengan satu rakaman di media sosial yang memaparkan seorang food rider dalam keadaan cukup marah. 

Bukan itu sahaja, dia juga turut menghempas makanan dibawanya ke atas lantai beberapa kali di hadapan sebuah pondok pengawal sebelum berlalu pergi.


Kredit foto: TikTok

Susulan video tular itu, seorang pengawal keselamatan yang juga pernah bekerja sebagai food rider merasa terpanggil untuk memberikan teguran. 

Jelasnya, dalam kejadian ini pelanggan perlu tahu kebanyakan apartment kini tidak membenarkan penghantar makanan untuk naik sampai ke depan pintu rumah.


Jadi, cuma tinggal dua pilihan sama ada tinggalkan sahaja makanan di kaunter pengawal ataupun menunggu sehingga pelanggan turun mengambilnya sendiri. 



Oleh sebab itu, pelanggan digalakkan untuk terus membuat pembayaran secara online. Dalam hal ini, sepatutnya tidak lagi wujud istilah 'customer always right' kerana penghantar makanan cuma patuh terhadap larangan di sesebuah kediaman.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan teguran yang diberikan lelaki berkenaan. Malah, setiap pelanggan sepatutnya perlu peka dengan peraturan bangunan kediaman masing-masing serta mudahkan urusan food rider. 


Sumber: Kisah Dunia

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 9-11-2021 08:56 AM
Kalau pelanggan tu oku mcm mana?
Quote CiliPadiSedap 9-11-2021 09:15 AM
KamikuP: Kalau pelanggan tu oku mcm mana?


food panda kena parking petak oku

Quote Artemesiaa 9-11-2021 01:49 PM
Call ler pembeli tu suruh dia tunggu kat bawah siap2 bila dah nak sampai tak ler kena menunggu lama.  Marah2 bukan boleh selesaikan masaalah.
Quote nakkomenjugak 9-11-2021 02:13 PM
Tau takpeee...
Malassssss kastemer masing2 nak berjalan ambik makanan sendiri
Lain kali masak laaa sendiri
Quote makadek 9-11-2021 02:31 PM
Tahnya lah wehhhhh
Quote jijilaaa 9-11-2021 04:51 PM
tak jugak weh..kadang org tu ada anak kecik tgh tido..dia xleh turun amik tu yang dia suh naik atas.

mcm aku selalu meeting online meleret2 membawa smpai ke waktu lunch, so ak order la panda. mmg aku request dia hantar smpai tingkat 3 (office aku). siap aku selitkan tips lagi

win win situation lah. pembeli kenyang, rider pun gembira
Quote becir 9-11-2021 05:44 PM
Kalau dah tau lambat nak turun bawah msg Terus cakap tinggal kat pondok guard. Or time dah order sarung jela tudung sesiap..susah sgt keeeeee
Quote Normabaru 10-11-2021 12:58 AM
kaka speku sama ada rider ni newbie..

or customer tu diva..

both patutnya complaint to the apps..

they can assist..either cancel order xpon refund money or give voucher

guardhouse plak klu kes gini..normally dia akan call ckp dgn customer directly inform management punya houserule

xguna ko hempas makanan..rezeki kot..

klu mRah kat customer sgt..then maybe job rider ni bukan utk ko

utk customer plak..klu ko fussy sgt..better ko kua beli sendiri jelaa..dh itu ini serba xkena kan..now byk dh blh dine in segala..so should be no issue

nway kt klang valley ni dh ada shopeefood yach...best giler dia punya promo...voucher bersusun kaka dpt.happy okkk

Quote ladybugz 10-11-2021 09:17 AM
jgn campak makanan. just tinggal mcm tu je pun ok. campak2 rezeki org ni x elok. jgn duk buat contoh
Quote Thunderclouds 10-11-2021 09:53 AM
Ni konpem ngamok sbb cash. Rider beli pki duit die dulu hokey. Sampai2 cust xmo turun. Rider xleh nek atas sbb management  xbagi. Lg haru kalo kna game. Tkena 2-3x sehari bole naik hantu lar. Duit yg burn beli mknan cust td dekat 2mggu baru grab/fp credit blk.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:35 AM GMT+8 , Processed in 0.044944 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top