CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bunga Isme Menangis, Kekasih Minta Netizen Henti Tuduhan Curang Dengan Ismail Izzani

9-11-2021 10:53 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 5873| Komen: 50|Original author: Oleh: LilRose

Description: "Saya cuba jaga imej dengan baik. Saya sendiri tak ada kongsi hal berkaitan hubungan dengan kekasih di media sosial... saya menangis tertanya-tanya kenapa orang tuduh saya macam tu."
"Saya cuba jaga imej dengan baik. Saya sendiri tak ada kongsi hal berkaitan hubungan dengan kekasih di media sosial... saya menangis tertanya-tanya kenapa orang tuduh saya macam tu."



Kredit foto: IG

Penyanyi rap Bunga Isme terkilan apabila namanya tiba-tiba dipetik sebagai punca hubungan Ismail Izzani dan Shalma Eliana putus.

Bunga atau nama sebenar Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari, 21, mengakui tidak tahu-menahu mengenai status hubungan mereka sehinggalah kawannya menghantar satu status di Twitter.


"Terkejut apabila tiba-tiba nama saya dikaitkan oleh netizen sedangkan saya pun dah ada kekasih. Sejujurnya saya sedih bila ramai yang mesej beritahu tentang gosip itu," katanya.


Kredit foto: IG

Sebelum itu, tular ciapan pengguna Twitter mendakwa Ismail pernah berlaku curang dengan seorang wanita bertudung di sebuah pusat beli-belah.

"Bagus la pun break (putus cinta), kan awak (merujuk Ismail) curang di Starbucks Great Eastern Mall berpeluk dengan ‘minah’ tudung kesukaan ramai itu," tulis netizen berkenaan," ciapnya.

Dengan tidak semena-mena, ciapan yang tidak merujuk mana-mana nama itu menyebabkan segelintir netizen menuduh Bunga sebagai wanita dimaksudkan.


Kredit foto: IG

"Ya saya faham mungkin individu yang memulakan tweet itu tidak bermaksudkan saya tetapi status itu telah menyebabkan orang lain pula tuduh saya.

"Saya tak mahu gosip seperti ini mengganggu kerjaya dan nama saya. Saya tak nak benda macam ini menyebabkan orang berfikir yang tak baik. Saya takut kalau ada yang menerima gosip ini bulat-bulat dan percaya," ujarnya kepada mStar.

Meminta semua pihak berhenti menyebarkan fitnah tidak berasas itu, Bunga bagaimanapun menganggap ia ujian Allah.

Sementara itu, kekasihnya, Amzar Razqa turut tampil menegaskan bahawa Bunga langsung tiada kena-mengena dengan hubungan Ismail dan Shalma.


Kredit foto: IG

"Ismail dan Shalma Aina dah putus... jangan campur aduk urusan mereka dengan Bunga. Semua yang disebarkan itu sangat tak betul.

"Kejadian yang orang nampak itu, memang Bunga ada di situ tapi saya juga berada bersamanya ketika itu"Janganlah menyibuk... yang tak tahu cerita, jangan buat-buat cerita. Tak fasal-fasal Bunga Isme yang kena. Saya tak marah tapi benda ini perkara kecil.

"Saya harap kepada sesiapa yang viralkan benda yang tak elok itu, tolonglah padam dan fikir baik-baik. Kita ini tak lama hidup.

"Kalau korang tak sempat minta maaf nanti, jawablah dekat padang marsyar. Saya harap korang lupakan sebelum benda ini jadi complicated," katanya.

Media pada 31 Oktober melaporkan Ismail mendedahkan mengenai pengakhiran percintaannya dengan Shalma. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote derp 9-11-2021 11:15 AM
who de heck are youssssss ?
Quote musangbodoh 9-11-2021 11:22 AM
bangga sgt...nie semua lupa diri dh...berboypren bagai...nilah gen mase dpn...hancusss

kesian dan kasihan
Quote AKAZ85 9-11-2021 11:50 AM
Ape benda cerita bbnu baru tumbuh bulu pubis ni
Quote prettyuglybabe 9-11-2021 01:30 PM
padahal dia yang tak habis dok kaitkan nama sendiri..
sapa je yang peduli hal korang melainkan bbnu..
Quote nakkomenjugak 9-11-2021 01:44 PM
Iol tak tahu menahu yachhhh
Marahkan bbbnu
Quote jijilaaa 9-11-2021 01:48 PM
budak2 lagi dah kecoh pasal putus cinta lah org ketiga lah. mcm ni ke generasi nak terajui negara nanti? besar sngat lah masaalah putus cinta korang tuh
Quote ketupatnasi 9-11-2021 01:54 PM
Nanges baca komen acik porem
bbnu memang sejenis lambat matang. umur masing2 dah banyak tapi perangai macam budak sekolah. semua benda nak direspon. semua benda nak dibagik tahu.
Quote bambimbom 9-11-2021 02:03 PM
bangga.... bf bekap! kang kena caras baru tau..
Quote chazey 9-11-2021 02:05 PM
Sapa la retis2 2021 nih...Akak dah terlalu tua kot nak kenal kamu orang semua.
Quote makton 9-11-2021 02:29 PM
bunga ismee ni pun aku tak kenal sape.
Quote mawarkhayalan99 9-11-2021 03:27 PM
ekeleh minah ni perasan much org pun tak kenal ko dekkkk. nextttttt
Quote chekacheku 9-11-2021 03:31 PM
Ini semua cinta monyet je
Quote immaryjane 9-11-2021 03:35 PM
Bukan kau dekkkk. Nth ade ke tk org petik nama tu. nth2 sorg je petik, or question mark coz tk kenal retis bbnu tudung yg mana 1.
Dan2 terus terase. Bkn diorg speku mail get back dgn ex dia seripah tu ke?minah tu tgok dlm drama dgn hero muke kucing mmg snang kne sentuh sna sini. Bkn jaga sgt jarak sop ape lagi bkn mahram
Quote mamajawie 9-11-2021 03:35 PM
dah tau x tahan gosip baik x payah jadi retis..suara pun cam itik serati boleh geng ngan kaknab chipmunk..cringe giler bila dgar lagu dia ngan nek enjut tu..ala payung la payung simpang payung..bulu pubis sepanjang bulu jaguuuuooongg~~
Quote immaryjane 9-11-2021 03:37 PM
And kau tk ckup urban bertdung pula tu nk mail tu pandang. Bdk tu playboy, menceret merata utk sape2 tino yg hadap dgn retis
Quote brown_pupil 9-11-2021 03:42 PM
Rasanya yg menuduh tu xde petik nama dia pun... pehal ko terasa?

fefeeling prominent bbnu ni
Quote sharlenetexas 9-11-2021 03:46 PM
Bosan...

Quote dudaberhias 9-11-2021 03:48 PM
Bukan orang tuduh dia la, yang dia perasan lebih dah kenapa??? Yihhh hadap jugak ko dengan jejan muka sid ice age gigi tikus tuuu!!!

Mentang2 kekarrr... Muka boleh katup pakai plastik tesco orang kata... Takpun drivr thru je mcdonald order dua set burger lepastu pakaikan disposable bag tu time tengah2 panas lagi bagi bau kepam sid tu hilang...
Quote awanysss 9-11-2021 04:01 PM
amboi bbnu ni. pusing2 situ je

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:16 PM GMT+8 , Processed in 0.143310 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top