CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

1MDB ditubuhkan sejak awal bertujuan untuk menyeleweng..

13-5-2015 11:06 AM| Diterbitkan: CMFreporter1| Dilihat: 11031| Komen: 71

Description: Ada pihak yang cuba mencagarkan hasil gas dan minyak Terengganu, disebabkan bantahan pihaknya, cubaan tersebut akhirnya dibatalkan... Dewan hari ini dikejutkan dengan pendedahan-demi pendedahan o ...

Ketika menyampaikan ucapan menjunjung kasih titah Ucapan Perasmian Tuanku Sultan Terengganu, mantan Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad said mengejutkan dewan dengan mendedahkan ada pihak yang cuba mencagarkan hasil gas dan minyak Terengganu. 

Namun disebabkan bantahan pihaknya, cubaan tersebut akhirnya dibatalkan akibatnya beliau ' diturunkan ' dari jawatannya, jelas DS Ahmad said.

Perkara itu diungkitkan ketika beliau menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh Wakil Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkenaan kaitan 1MDB dengan kerajaan negeri Terengganu.

Tambah beliau, buat masa ini, beliau hanya akan mendedahkan sebahagian sahaja, tetapi pada masa akan datang lebih banyak pendedahan lagi akan disuarakan bila terdapat masa yang sesuai.


Selain itu, beliau turut memberi pengakuan ke atas pendedahan yang dibuat berkaitan 1MDB dengan kerajaan negeri adalah perkara yang benar.

“Saya memohon maaf, buat masa ni saya tidak dapat menjawabnya, tapi saya tunggu masa yang sesuai. Dan saya akui, betul, 1MDB asalnya TIA, Terengganu Investment Authority bukan Agency yang modalnya berbayar dan saya dan kerajaan negeri yang bayar.

"Tetapi apabila kita dapati “hanky panky (perkara tidak betul), ada permasalahan yang tak boleh kita terima, termasuk saya boleh sebut di sini buat permulaan ini dulu, mereka nak cagar minyak dan gas di laut Terengganu ketika itu."

"Inilah satu sebab kenapa saya dimarah oleh Perdana Menteri, termasuk kes-kes yang lain, akhirnya kita menarik diri dan kerajaan negeri tidak rugi apa-apa, saya minta balik wang satu juta sebagai modal berbayar ketika itu. " - CARI INFONET



16

Bagus
8

Marah
9

Terkejut
7

Sedih
1

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (50 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jengkoil 13-5-2015 12:36 AM
Rasa tred dah ada...guane guane pong..mat said nelang...peteh mat said peteh..

errr .. pocit ANG mungkin kata mat said belawok ni..
Quote jengkoil 13-5-2015 12:59 AM


http://mforum1.cari.com.my/forum ... 874822&mobile=2
Quote abrar1 13-5-2015 01:10 AM
bagus kasi dedah lagi biar tercirit si jibby
Quote stania83 13-5-2015 01:45 AM
1mdb scam mmg nak jatuhkan najib? I mean takkan la najib nak menyeleweng secara terbuka. 1mdb terang terangan kamikaze.
Quote Lagubestbest 13-5-2015 02:47 AM
mane boleh menyeleweng, masuk jail. ni caranya ---> selam sambil minum air. cuma kali ni tak jadi.
Quote leni 13-5-2015 03:32 AM
Biar mat said tunjuk bukti baru boleh percaya. Klau ckp tin kosong apa guna.
Quote kangkong999 13-5-2015 05:31 AM
Proposal 1MDB disuapkan kpd Rosmah Mansur oleh Riza Aziz hasil idea dan kerjasama dgn Jho Lo, kaki enjoy dan kononnya networking dia tahap dewata. Dia nilah sebenarnya “fund manager” 1MDB.  Jho Lo adalah agen 1MDB kalau dilihat kepada struktur kertas penghakiman kes Patrick McKKillen v Misland(Cyprus) Investments Ltd &10 others di London. Ia menunjukkan Jho Low bekerja untuk 1MDB.  Dan Abu Dhabi group yang JV dengan 1MDB iaitu aabr investment, adalah syarikat yg sama sponsor Red Granite, syarikat filem Riza Aziz, anak tiri Najib yg buat filem “Wolf of the Wall Street”. 1MDB menggunakan konsep "leveraging" iaitu dgn meminjam dan hasil pinjaman dibuat pelaburan(konsep "used other people's money; Robert Kiosaki, "millionaires Next Door).

End game Model perniagaan ini sepatutnya memberi pulangan segera kpd penciptanya dlm bentuk komisen(Jho Low & Riza Aziz), kerajaan Malaysia mendapat easy capital utk pembangunan hartanah dan infrastruktur serta berjaya menjadikan Malaysia pusat pasaran Modal dan kewangan dunia mengatasi Singapura maupun London. Tapi sayang, cerita Mat Jenin dah lama kita dengar dan hasil Man Telo, ada ahlinya panjat pokok kutip daun katanya itu duit. Samalah dgn 1MDB nanti. Tetapi mangsanya disini adalah rakyat marhaen maleis.
Quote kangkong999 13-5-2015 05:41 AM
Lebih drpd 90% pinjaman 1MDB dibuat menerusi pinjaman drpd "local financial instituitions and GLCs". Sepertimana yg kita ketahui kesemua bank2 dlm Malaysia terlibat memberi pinjaman kpd 1MDB kecuali CIMB Bank. Manakala penjualan sukuk(bond) pula dilanggani oleh kesemua badan2 kerajaan yg bergiat dlm pelaburan. Mereka diperdaya 1MDB kerana ia adalah sebuah anak sykt kerajaan dibawah Kememterian Kewangan.

Persoalannya sekarang, kemanakah wang berjumlah RM27 billion(unaccounted for) pergi, selepas mengambil kira pembelian2 janakuasa2 IPP dan tanah2 trx & sg besi.
Quote miabebe 13-5-2015 06:02 AM
Haaaaa tajuk yg ni mia stuju bebeno
Quote batman_2007 13-5-2015 08:45 AM
kangkong999 replied at 13-5-2015 05:41 AM
Lebih drpd 90% pinjaman 1MDB dibuat menerusi pinjaman drpd "local financial instituitions and GLCs". ...

Keep it up

Mendidih dah ni
Quote koko2 13-5-2015 08:58 AM
ERRR...bank rakyat dan PNB terlibat gak ker bagi bantuan modal kat 1MDB????.....
risau neh...saham aku tuuuuu
Quote JERONG_GERGASI 13-5-2015 09:01 AM
makin menarik kisah kerajaan MALAYSIA ni......
Quote lurve82 13-5-2015 09:06 AM
caramel popcorn sgt sedap...
Quote nh83 13-5-2015 09:13 AM
dan najib terus kukuh berdiri di singgahsana beliau... takpalah doalah byk2x..Tuhan ada kalu org wat aniaya suatu hari akan tertiarap jgk..x dak manusia yg kekal di atas..sabar jela..
Quote gaara_X 13-5-2015 09:46 AM
target terlepas....
Quote rikiruj 13-5-2015 10:14 AM
kangkong999 replied at 13-5-2015 05:41 AM
Lebih drpd 90% pinjaman 1MDB dibuat menerusi pinjaman drpd "local financial instituitions and GLCs". ...

salah satu sebab CIMB tak jadi beli RHB pasal RHB ada kasi hutang 1mdb.... Nazir Razak tau itu hutang tak boleh collect...
Quote rikiruj 13-5-2015 10:16 AM
kangkong999 replied at 13-5-2015 05:31 AM
Proposal 1MDB disuapkan kpd Rosmah Mansur oleh Riza Aziz hasil idea dan kerjasama dgn Jho Lo, kaki e ...

aku dengor cerita sama macamana asal usul 1mdb ni... mula dgn Reza & Jho Low...
Quote cupin_cipin 13-5-2015 10:44 AM
scandal 1mdb ni bakal jadi sejarah sebagai scandal terburuk mesia melibatkan wang rakyat
elok difilemkan kisahnya dgn tajuk 'toyols of putrajaya street'
Quote lurve82 13-5-2015 10:46 AM
cupin_cipin replied at 13-5-2015 10:44 AM
scandal 1mdb ni bakal jadi sejarah sebagai scandal terburuk mesia melibatkan wang rakyat
elok difil ...

lepas tu amik pelakon soft porn jd heroin...

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:40 PM GMT+8 , Processed in 0.068398 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top