CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Kenderaan Lihat artikel

Chevrolet Camaro 2016 tak sabar hendak munculkan diri

12-5-2015 05:04 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 1934| Komen: 0

Description: Hujung minggu ini, Chevrolet bakal mendedahkan model Camaro 2016 di Belle Isle, Detroit. Di mana, di lokasi yang mampu memuatkan hampir 1,000 orang, para tetamu akan berpeluang menyaksikan “Camaro Mu ...


Hujung minggu ini, Chevrolet bakal mendedahkan model Camaro 2016 di Belle Isle, Detroit. Di mana, di lokasi yang mampu memuatkan hampir 1,000 orang, para tetamu akan berpeluang menyaksikan “Camaro Museum” yang menghimpunkan pelbagai model penting dalam sejarah Camaro. Malah para tetamu juga berpeluang untuk memandu uji Camaro Z/28 2018 ini di Belle Isle Grand Prix, di samping berkenalan dengan barisan jurutera dan pereka Camaro.


Tinggal beberapa hari lagi detik bersejarah itu, Chevrolet semakin ligat mendedahkan sedikit demi sedikit perician mengenai jentera ini.

Kini giliran bahagian hadapan dan profil sisinya didedahkan pada mata umum. Palang gril yang lebih rendah turut menjadi pilihan bagi model terbaharu ini. Malah Chevrolet mengambil keputusan untuk memasangnya pada kedudukan 13 darjah bagi memastikan aliran udara bagi penyejukan enjin dapat dipertingkatkan.


Selain itu, pengaliran udara bagi meningkatkan ciri aerodinamik turut dipertingkatkan dengan menambah baik bahagian tersebut.


Generasi keenam Camaro ini telah diuji merentasi terowong angin selama 350 jam untuk mengukur kestabilan dan prestasinya berbanding model sedia ada. Malah ia juga bertujuan untuk memastikan bunyi angin tersebut tidak begitu menyerapi bahagian kabin.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai jentera ini, nantikan kemunculannya pada 16 Mei!

kredit:www.infokereta.com


1

Bagus
2

Marah
4

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:35 AM GMT+8 , Processed in 0.116691 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top