CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Kenderaan Lihat artikel

Chevrolet Camaro 2016 muncul dengan semangat membara

19-5-2015 10:58 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 2044| Komen: 0

Description: Selepas beberapa kempen, akhirnya Chevrolet telah memperkenalkan modelCamarogenerasi ke-enam untuk tatapan global.Perubahan signifikan yang dilakukan pada bahagian badannya agar dapat mengoptimakan la ...


Selepas beberapa kempen, akhirnya Chevrolet telah memperkenalkan modelCamarogenerasi ke-enam untuk tatapan global.


Perubahan signifikan yang dilakukan pada bahagian badannya agar dapat mengoptimakan lagi sifat aerodinamik termasuklah mengurangkan beratnya sehingga 90kg dengan penggunaan lebih banyak bahan aluminium. Walau bagaimana pun struktur badannya tetap mantap dan sebanyak 70% komponen bagi jentera ini memang dihasilkan khas buat Camaro baharu ini.

Bagi versi standard, ia dilengkapi dengan lampu utama dan lampu belakang projektor halogen. Manakala bagi varian RS dan SS pula dipadakan dengan lampu utama projektor HID dengan lampu nyalaan siang LED serta lampu belakang LED.


Rim aloi bersaiz 18-inci yang dibaluti tayar Goodyear Eagle Sport dipadankan buat varian standard, dan tayar Goodyear Eagle F1 Asymmetric 3 dengan rim bersaiz 20-inci pula untuk varian SS.

Gandingan topang multi-link MacPherson baharu di hadapan dan five-link independent bagi bahagian belakang memantapkan lagi sistem suspensi jentera ini.






Menjengah bahagian kabinnya, Camaro 2016 ini mengetengahkan rekaan yang lebih signifikan termasuk menampilkan paparan kluster instrumen definisi-tinggi bersaiz lapan-incu, sistem hiburan MyLink generasi baharu, pencahayaan ambien LED, brek parkir elektrik dan Driver Mode Selector yang menawarkan beberapa mod termasuk Snow/Ice, Tour, Sport dan Track (untuk varian SS sahaja).


Bagi sudut mekanikalnya, Camaro generasi ke-enam ini dipadankan dengan enjin 2.0 liter turbo dengan empat-silinder yang baharu, mampu menghasilkan kuasa sehingga 275 hp dan tork setinggi 400 Nm. Sekali gus membolehkan jentera ini dipacu dari 0-100 km/j dalam hanya kurang enam saat.






Selain itu, ia turut menawarkan pilihan enjin serba baharu iaitu 3.6 liter V6 dengan kuasa 335 hp dan tork 385 Nm dengan padanan kotak gear manual enam-kelajuan atau pilihan automatik Hydra-Matic 8L45 lapan-kelajuan dengan pedal penukar gear.


Bagi Camaro SS pula, ia lebih berkuasa dengan enjin 6.2 liter V8 dengan ledakan 455 hp dan tork 617 Nm yang disalurkan menerusi roda hadapan. Ia turut dipadankan dengan transmisi manual enam-kelajuan yang turut dilengkapi teknologi Active Rev Match atau automatik Hydra-Matic 8L45 lapan-kelajuan dengan pedal penukar gear.


Camaro 2016 ini bakal berada di pasaran dunia pada tahun hadapan dan ia akan diproduksi di kilang pemasangan Lansing, Michigan, USA.


sumber:infokereta.com


1

Bagus
1

Marah
4

Terkejut
4

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:11 PM GMT+8 , Processed in 0.080132 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top