CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Akhirnya... PAS setuju Wan Azizah dipilih sebagai Ketua Pembangkang

12-5-2015 03:43 PM| Diterbitkan: CMFreporter1| Dilihat: 3878| Komen: 4

Description: Pas bersetuju untuk menyerahkan jawatan ketua pembangkang kepada Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berdasarkan prinsip parti yang mempunyai kerusi majoriti.



Pas bersetuju untuk menyerahkan jawatan ketua pembangkang kepada Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berdasarkan prinsip parti yang mempunyai kerusi majoriti.

Ketua Whip Pas Parlimen, Datuk Mahfuz Omar berkata, perkara itu dicapai selepas dipersetujui Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mempengerusi mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat, pada Sabtu.

"Kami sebulat suara... dan cadangan Datuk Seri Hadi untuk menyerahkan (ketua pembangkang) kepada parti yang punyai majoriti.

"Sudah tentu adalah DAP adalah parti yang mempunyai kerusi majoriti, oleh kerana DAP telah bersetuju serahkan kepada PKR iaitu Wan Azizah, maka kami bersetuju memilihnya untuk jadi ketua pembangkang," katanya pada sidang media di Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas status kekosongan jawatan ketua pembangkang yang masih kosong selepas penyandangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman penjara lima tahun dalam kes liwat II.

Sebelum ini, pemimpin PR sepakat untuk menangguhkan pelantikan jawatan itu bagi memberi tumpuan kepada PRK Rompin dan PRK Permatang Pauh dahulu.

Pada PRU13 lalu, DAP memperoleh kerusi Parlimen terbanyak iaitu 38 manakala PKR kekal dengan 30 kerusi Parlimen dan Pas dengan 21 kerusi Parlimen.

Mengulas lanjut, Mahfuz berkata lagi, keputusan itu sebagai menghormati pendirian DAP yang menyerahkan jawatan itu kepada PKR.

Sekalipun sebelum ini sewaktu krisis Kajang dahlu, Haji Hadi sendiri menyatakan DS Wan Azizah tidak layak memimpin, namun perencanaan Allah tetap mengatasi perencanaan manusia.




Kendati pun demikian, DS Wan Azizah tetap dipilih sebagai ADUN Kajang, kemudian menang pula di Parlimen P044 Permatang Pauh dan kini dipersetujui oleh Presiden PAS sendiri bahawa DS Wan Azizah menjadi Ketua Pembangkang di parlimen. - CARI INFONET

Sumber : http://greenboc.blogspot.com/


11

Bagus
14

Marah
7

Terkejut
13

Sedih
19

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (80 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote belilies 12-5-2015 04:01 PM
usulnya di mata kita dia adalah ketua, tp tersirat, dia adalah pemangku sehingga lakinya balik.
Quote dcruins 12-5-2015 04:07 PM
hidup pemimpin dinasti!!

Parlimen Permatang Pauh Dilanda Banjir - http://www.anwaraidc.com/2015/05 ... auh-dilanda-banjir/

Quote dcruins 12-5-2015 04:29 PM
Wan Azizah dan Lim Guan Eng.....

where art thou?
Quote Lagubestbest 12-5-2015 05:50 PM
Edited by Lagubestbest at 12-5-2015 05:52 PM

Kira Anwar boleh je jadi mastermind walaupun dari dalam jail.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:24 PM GMT+8 , Processed in 0.176386 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top