Syatilla Melvin tak sangka dia dapat menghadiahkan gelang emas buat ibunya. Aktres ini berkongsi tentangnya melalui video yang dimuat naik di Instagram.
Dalam rakaman tersebut, Syatilla membuat kejutan menghadiahkan ibunya gelas emas besar hasil dari titik peluhnya berniaga.
Katanya dari dulu lagi dia akan mengutamakan ibunya. Ini kerana berkat doa ibunya dia kini semakin berjaya dan sentiasa murah rezeki. “Dahulukan yang tercinta. Dulu rasa mustahil dapat masuk kedai emas dan terus beli tapi Allah memang maha adil. “Bila kita utamakan orang tersayang lebih dari diri sendiri Allah balas dengan semua bentuk bahagia dan rezeki melimpah-melimpah bagai ke ladang gandum lalu ambik coco crunch makan dengan susu, ya Allah sedapnya. “Ibu jangan pernah berhenti berdoa untuk keberkatan anak-anak ibu dunia akhirat. I love you,” tulisnya.
Menurut isteri kepada Shaheizy Sam ini, perkongsian itu diharap agar dapat memberikan inspirasi kepada orang lain. “Moga video ni dapat bagi inspirasi untuk orang-orang di luar sana supaya mula berniaga atau cari duit hasil titik peluh sendiri untuk bahagiakan orang yang tersayang." Di tuangan komen ramai yang memuji Syatilla kerana menjadi seornag anak yang baik dan sentiasa menghargai ibunya. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|